Pergi gimnasium setiap hari tapi kesihatan gigi bagaimana? Ramai Orang Lupa Pada Kesihatan Gigi

Anda mungkin semakin sihat dari segi fizikal tetapi adakah anda turut menjaga kesihatan mulut? Sesibuk mana pun anda, kesihatan gigi jangan sesekali diabaikan. Kalau anda boleh habiskan empat ke lima jam sehari di gimnasium ataupun beriadah, apa yang anda lakukan untuk memperbaiki kesihatan gigi?

Di atas usaha mendidik rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan gigi, Colgate-Palmolive, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2018 yang berlangsung sepanjang Mac ini.

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

PIC: INSTAGRAM/@FAHRINAHMAD_FA

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

Gigi yang cantik akan memberikan senyuman yang menawan. Selari dengan Bulan Kesihatan Mulut ini juga, pelakon, pengacara TV dan peminat kecergasan, Fahrin Ahmad telah dilantik sebagai duta Bulan Kesihatan Mulut 2018. Nak tahu macam mana Fahrin jaga kesihatan mulut? Ikuti empat caranya menjaga kesihatan gigi.

Langkah 1 – Berus

Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida. Jangan lupa juga untuk flos gigi anda.

Langkah 2 – Tukar

Tukar berus gigi anda tiga bulan sekali. Jangan biarkan berus gigi anda kembang kerana ia gagal berfungsi dengan baik.

Langkah 3 – Kumur

Bilas mulut anda dengan larutan pencuci mulut secara harian untuk perlindungan yang lebih maksimum.

Langkah 4 – Doktor gigi

Kunjungi doktor gigi dua kali setahun untuk pemeriksaan dan nasihat. Kunjungan ke klinik pergigian memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Doktor gigi akan memberikan nasihat untuk penjagaan serta mengesan sebarang masalah yang tersembunyi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *