Akta Kanak Kanak : Ibubapa perlu Ambil Tahu!

Lumrah setiap pasangan di dunia ini inginkan zuriat dan zuriat yang dilahirkan akan dijaga sepanjang masa. Sejak lahir tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah hujung nyawa, sudah pasti ibu bapa akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dari alam rahim, bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa, sudah pasti ada kasih sayang yang bertaut di antara insan-insan ini.

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kita pun adakalanya masih ingat dengan zaman kanak-kanak kita yang penuh dengan kegirangan dan kegembiraan. Bak kata orang, masa zaman kecil tidak perlu fikir apa-apa berbanding sekarang yang sudah dewasa dan bekerjaya. Itulah putaran roda hidup yang sentiasa berpusing saban masa.

Kita juga tahu bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.

Kasih anak hingga ke syurga

Anak-anak perlu dilindungi

Saban hari kita dimomokkan dengan pelbagai kisah dari seluruh dunia tentang kanak-kanak yang menceritakan seribu satu kisah. Ada yang menantikan anak dalam kandungan, kelahiran anak yang sudah lama ditunggu, anak dengan pengasuh, anak masuk sekolah, anak masuk institut pengajian tinggi, anak berkahwin dan sudah tentu semuanya bermula dari zaman kanak-kanak.

Memang benar bayi yang lahir ibarat kain yang putih, dan ibubapa yang mencorakkan kain itu dengan warna-warna kehidupan. Anak-anak perlu dijaga dengan cukup kasih sayang. Bukan dibiarkan dan diabaikan tanpa belas kasihan. Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.

Sudah menjadi peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat.

Pelbagai kes pengabaian dan penderaan didakwa

Mengabaikan anak satu kesalahan besar.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Seharusnya dijaga dan dibelai dengan kasih sayang tidak berbelah bagi. Begitu juga apabila dikurniakan lebih daripada seorang anak. Kasih sayang tidak sepatutnya dibeza-bezakan antara adik beradiknya. Tanggungjawab yang berat bagi ibubapa atau pengasuh yang menjaga anak-anak kecil ini kerana kecuaian akan melibatkan pelbagai perkara serius contohnya kecederaan dan penderaan.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Di Malaysia telah cukup banyak kes-kes penderaan atau pengabaian bayi dan kanak-kanak. Ada yang tidak masuk akal dan ada yang memberikan impak dan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga mangsa.

Kanak-kanak juga tidak boleh disuruh mengemis

Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga.

Pembedahan ‘Burr Hole’ untuk mengeluarkan darah beku

Doa untuk Farhan

Kisah adik Muhammad Farhan yang berlaku sudah tentu ada sebab musababnya kerana itu ada Hikmah Allah menguji hambaNya. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan diiringi doa-doa semua tanpa henti, Farhan telah boleh bernafas tanpa menggunakan mesin bantuan oksigen pada pagi Jumaat hari kelapan dan discaj daripada Hospital sepenuhnya pada petang Jumaat hari keenambelas.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 31 (1) A / Akta Kanak-kanak oleh pihak berkenaan dan segala keterangan semua pihak iaitu keluarga, pengasuh dan pakar bedah juga telah diambil. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Ibu Farhan mengambil cuti tiga bulan untuk menjaga anak secara intensif kerana pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti fisioterapi dan penjagaan mata. Pendarahan di mata berlaku yang menyebabkan mata masih tidak nampak adalah berkaitan dengan pendarahan di kepala di mana ada kesan pendarahan dua minggu sebelum lagi kejadian pada 2 Mac 2018.

Semoga Farhan dan semua anak-anak yang lain terus sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang.

#DoaUntukFarhan

Sumber: Denai Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *