“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” – Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman

Layanan kelas pertama yang diberikan oleh pelakon Datin Eina Azman terhadap pembantu rumahnya membuatkan netizen sebak.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Eina, pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu ini memuat naik video pertemuan semula dengan pembantu rumahnya yang dipanggil Bik Poji.

Keadaan Bik Poji yang kurang sihat membuatkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menyediakan sebuah bilik hotel untuk dijadikan tempat penginapan Bik Poji.

Video tersebut memaparkan kesedihan Bik Poji yang terharu kerana dapat kembali bekerja semula dengan Eina dan keluarga.

Salam guys… For those yang always DM saya tanya about my Bik Poji, here we go. After two months tak jumpa Bik Poji, sebab Bik Poji sakit TB dan doktor sarankan dia duduk luar sebab saya ada anak kecil-kecil takut berjangkit.

“Nak hantar balik kampung Bik Poji tak nak sebab dia masih nak berkerja. So takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat?

“So me and hubs decide ambil hotel for two months untuk bagi dia rest cukup dan pulihkan diri dia. Sebab dia on medication for two months.

“Last two months Bik Poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi, kami semua risau. But Alhamdullilah semuanya dah okay dan saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi,” tulis Eina.

Eina turut menyertakan hashtag seperti #bibiksayatakpernahlaribilakerjadengansaya #sebabsayatakpukulmakihamunbibik #sayajagakebajikanbibiksayasemua #jangantauamikbyk2bibikuntukSHOWOFF #layanlahmerekamacamkeluargabukanbinatang

Rata-rata netizen turut sama-sama sebak melihat keikhlasan hati Eina melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Pengikut laman Instagram Eina juga memuji ikatan mesra yang terjalin antara Eina dengan pembantunya.

Dalam perkembangan lain, Eina kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro Ria.

Selain Eina, drama bersiri arahan Michael Ang yang bakal bersiaran sempena kedatangan Ramadan ini menampilkan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid sebagai teraju utama.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Eina

Sumber: gempak.com

“Bazir Data Internet Aku Je” – Netizen Kecam Nazim Othman Cover Lagu Di Matamu

Pelakon Nazim Othman menerima kritikan netizen yang mengecam suara nyanyiannya.

Merakamkan lagu cover Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik video tersebut di laman YouTube, Nazim membuat penampilan dalam video nyanyian pelakon Fatin Afeefa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kecaman negatif terhadap cara nyanyian Nazim.

Selain kecaman tidak membina, ada juga yang memberi kritikan yang berunsur positif terhadap Nazim.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di saluran YouTube Fatin pada 28 Mac itu mendapat hampir 370,000 tontonan serta menduduki tangga ke-37 dalam carta trending.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Nazim, Monalisa kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: gempak.com

Mila Kunis Malaysia! Netizen Puji Wajah Nad Zainal Makin Jelita

Seiring pertambahan usia, pelakon Nad Zainal semakin kelihatan jelita hingga ada peminat yang melabelkannya sebagai Mila Kunis Malaysia.

Menerusi perkongsian wajah terbaharu Nad di entri jurusolek popular baru-baru ini, foto Nad yang dioles solekan sederhana itu menarik perhatian netizen.

“Nanad (Nad) by me, nak make up dia dari zaman kerja retail lagi 7 tahun lepas, sekarang impian sudah tercapai,” tulis jurusolek @nvdism.

Jawab Nad dalam ruangan komen foto itu; “Nad tu kekwat (sombong) ke? Teruk betul 7 tahun, lepas tu post 60 gambar semalam. Tak move on.”

Peminat pelakon filem Kami Histeria itu juga memuji penampilan Nad yang bertaraf antarabangsa.

“Buka IG terus nampak gambar ini. Ingat minah saleh mana, rupanya Nad Zainal. Cantiknya,” tulis @dianajamaludin.

“Nampak macam tanner version Chloe Morello. Cantik!” puji @thekakeryperth.

“Wah! Lainnya muka dia,” tambah @chukieschuk.

Apapun, jom lihat wajah dahulu dan sekarang Nad Zainal. Mungkin sekitar 7 tahun lepas?



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nvdism, @nad.zainal

Sumber: gempak.com

Kodeks Kompleks Malique Dalam Lagu Pejamkan Mata

Seperti lagu-lagu Malique yang sebelum ini, pertama kali aku terdengar lagu Pejamkan Mata nyanyian bersama Dayang Nurfaizah di corong radio, aku terpesona dengan bait-bait liriknya. Lekas-lekas aku cari senikata lagu itu.

Malique adalah salah seorang penulis yang aku kagumi. Aku jatuh cinta dengan bidang penulisan dan sastera kerana pemuzik ini.

Kerana beliau, perbendaharaan kata aku pesat berkembang. Kerana beliau aku berjinak-jinak menulis. Kerana beliau kini aku seorang penulis.

Puitis lirik lagu Malique memang sudah terkenal seninya. Namun seni beliau lebih daripada itu. Aku berpendapat beliau adalah sasterawan lirik rap paling agung dalam sejarah muzik Malaysia.

Izinkan aku kupas lagu terbaru beliau — Pejamkan Mata, untuk membuktikan betapa hebatnya lirik nukilan Tuan Jeneral.

Lirik lagu ini sarat dengan elemen sastera, tapi aku akan fokus hanya kepada elemen rima(rhyme), kerana dalam lagu rap, rima adalah antara ramuan utama rap flow.

Malique gunakan teknik rima yang kompleks, dan setanding dengan kompleksnya lirik lagu-lagu Eminem:

1. Skima Rima
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Tak pernah dengar istilah-istilah rima ini?

Kau dengar dulu lagunya:

Lirik penuh, glosari dan penerangan rima ada di bawah.

Lirik Pejamkan Mata

Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam,
Dengar, patuh dan terpaku tunduk,
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk,
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai,
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai,
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan,
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan,
Dah diragut total, cinta resiprokal,
Bila dipersoal kekal equivokal.

Katanya tanggal tali leher itu,
Cukuplah seharian digembala,
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala,
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur,
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator,
Dikabur takbur shabab yang bermusim,
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim,
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin,
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur,
Masyghul, runsing… jah.

[Korus: Dayang Nurfaizah]
Pejamkan mata,
Mata yang lesu itu,
Dan mimpikan yang indah,
Mimpikan aku,
Biarkan gelita,
Menghapus derita,
Pejamkanlah matamu.

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi,
Dari tenggara namaku diseru,
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru,
Katanya mata penamu tak mencoret solusi,
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi,
Manusia kan sentiasa menyakiti,
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi,
Masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal,
Semoga afdal bertemu di astral,
Selamat tiba kita ke republik cinta,
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan,
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista,
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan,
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli,
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan,
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi,
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan.

[Korus: Dayang Nurfaizah]

(Malique)
Hakikatnya nirvana di sana,
Di sini masih lagi samsara,
Cuba tak diperhambanya dunya,
Sukar tapi aku cuba,
Sukar tapi aku cuba ya.

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman,
Serimu yang dulu,
Kembali ke dakapan,
Ku perlindunganmu,
Walaupun gerhananya,
Seakan tak berakhir,
Selagi ku di sisi,
Tak usah khuatir.

[Korus]

Glosari

Kencana – emas.
Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
Hering – burung pemakan bangkai.
Canggung – kekok, kaku, janggal.
Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
Kantor – ibu pejabat.
Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
Kasur – alas tidur, tilam.
Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
Solusi – penyelesaian masalah.
Revolusi- perubahan.
Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.

Rangkap 1

Rangkap pertama dimula dengan satu baris solitari— X.

Seterusnya, disusuli dengan 4 baris dengan skema rima “AABB”. Baris pertama dan kedua mempunyai rima akhiran tidak sempurna.

Manakala, baris ketiga dan keempat mempunyai rima akhiran sempurna.

Itu basik. Semua orang tahu. Mari pergi lebih dalam.

Di baris kedua, Malique menggunakan rima dalaman. Rima dalaman adalah pengunaan kata yang rima dengan kata lain selain di akhir baris. Di sini, “rujuk” dan “telunjuk” adalah rima dalaman.

Selain itu Malique juga menggunakan teknik asonans dalam baris kedua itu. Asonans adalah pengulangan huruf vokal (a,e,i,o,u) yang sama di dalam baris.

Dalam frasa “sujudnya rujuk telunjuk”, huruf U diulang 6 kali dalam 3 kata. Asonans ini menjadikan aliran rap sangat lancar.

Baris ketiga dan keempat sangat baik, ia mempunyai rima pelbagai sillabus.

Kedua-duanya mempunyai sintaks ayat yang sama.

Jumlah silibus kedua-dua baris yang sama, iaitu 15 sebutan.

Malah jika dibanding baris itu atas dan bawah, boleh lihat ia sepadan secara visual.

Tenagamu/ kencanaku/ kedanamu/ketawaku — pula adalah rima dalaman dengan gandaan sempurna. Rima akhiran baris-baris ini—gawai/ sawai, juga rima sempurna.

Pendek kata, serba sempurna.

4 baris berikutnya juga mengaplikasi semua elemen yang disebutkan.

Bahagian 2, rangkap 1

Bahagian kedua rangkap pertama, Malique menggunakan pula elemen rima yang dinamakan Aliterasi.

Aliterasi adalah penggunaan perkataan yang mempunyai huruf awalan yang sama.

Jika tidak silap ia juga dinamakan Rima Awalan.

Karektor/ kartun/ kantor/ karikatur/ diktator —a dalah contoh aliterasi dan pada masa yang sama ada unsur rima dalaman.

Satu lagi contoh aliterasi adalah — Al-Malik/ Al-Kudus/ As-Salam/ Al-Mukmin.

Jika dilihat, Al-Malik dan As-Salam rima sedikit lari, namun ia boleh diterima pakai dan kadangkala disebut Rima Mirip.

Skema rima untuk kuartet terakhir rangkap pertama adalah “AAAA”, namun akhiran dua baris terakhir — Al-Mukmin/ runsing, menggunakan Rima Mirip.

Rima mirip adalah sesuatu yang digunakan untuk memberi sedikit kebebasan kepada penulis, kerana sesetengah perkataan sukar untuk dipadankan dengan rima yang sempurna. Ia juga dikatakan memberi nilai insani pada sesebuah lagu/ puisi— agar tidak terlalu keras dan rigid.

Rangkap 2

Melompat ke kuartet ke ketiga dan keempat rangkap kedua. Kuartet-kuartet ini menggunakan skema rima ‘“ABAB”. Skema ini agak popular. Pantun 4 kerat lazimnya menggunakan skema rima ini.

Sekarang kau tahu kenapa lirik lagu-lagu Malique berhantu macam taruh candu.

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara teknikal dalam penulisan lirik lagu ini, tapi nanti ada yang aku terlebih analisis. Itu belum aku sentuh bab pemilihan perkataan dan topik lagunya. Belum lagi tentang kemahiran Malique dalam mempersembahkan puisi tulisannya dalam butiran rap.

Aku berpendapat Mr. General (Malique) adalah penulis lirik rap paling agung dalam lapangan muzik Malaysia. Mungkin juga di seantero Nusantara. Salut!

Nota ikhtisar:
1. Skima Rima AABB, ABAB
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Ikuti FB Dr Kamarul Ariffin untuk lebih banyak informasi.

Perkara Anda Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Kaya

Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.
Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?
Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.

1. Ghairah untuk capai kejayaan

Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan penolakan orang lain.

2. Membaca untuk majukan diri

Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.
Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Bersenam sihatkan fikiran
Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.
Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

4. Suka berjimat dan menabung

Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.
Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.

5. Ada pembimbing & berikan bimbingan

Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.
6. Bina hubungan baik
Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.
7. Mencari ketenangan diri
Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.
Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.
Kredit: The Malay Mail Online

“Menangis Pun Merdu” | Video Tangisan Baby Girl Siti

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Entri yang dimuat naik awal pagi ini turut memaparkan pakaian pertama bayinya dan video tersebut menarik perhatian peminat.

“Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai, kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke?” tulis Siti.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #BabyCTDK.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 3,500 komen dari netizen dan meraih hampir 1.2 juta tontonan.

Peminat Siti menyatakan rasa teruja mereka apabila mendengarkan suara anak Siti.

Ada juga antara pengikut laman Instagram Siti memuji suara tangisan ‘comel pipi merah’ yang kedengaran merdu.

Selain itu, menerusi entri terbaru di laman Instagram Siti, penyanyi lagu Nian di Hati itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri sulungnya.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” tulis Siti.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti

Sumber: gempak.com

Gaya Pakaian Sheila Rusly Dikritik

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mengkritik gaya pemakaiannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila Rusly mengakui tidak mengetahui punca sebenar pihak terbabit berkata demikian kepadanya menerusi ruangan ‘Direct Message” (DM) di akaun media sosial.

“Netizen DM sis “Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!” cantik betul bahasa dia. Ha ha ha aku ketawa.

“Kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia itu tak kacau hidup LU pun!.

“Life is too short. Tak payah mencari salah orang je,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dan mengakui pakaian yang digayakan oleh Sheila Rusly tidak mempunyai sebarang masalah.

“@fyhannah_: Cemburu la tu kak. Macam orang cakap ‘fashion have no limit” walaupun dah berusia apa salahnya kalau masih ada style. Janji tak bercanggah dengan agama Islam.”

“@laili33: Apa masalah degan pakaian yang dipakai oleh Sheila Rusly? Cantik dan sopan apa. Untuk yang kecam tu ‘please go get a life.”

“@noi_nadyaE: Dia dengki tu sis makin gojes. Busuknya hati dia kan. Tak sangka ada juga manusia macam tu.”

“@amiee_nur” Abaikan jer sis. Fesyen tak mengenal usia. Mungkin dia ada masalah jiwa tu kak Sheila Rusly.”

“Mereka Pernah Nak ‘Try’ Saya” | Wani Kayrie

Penyanyi muda yang baru mendapat keputusan cemerlang SPM, Wani Kayrie mendedahkan dia menerima ucapan tahniah tak putus-putus termasuk daripada individu yang pernah cuba mendekatinya.

Kata Wani, 18, selain kenalan dan individu berkenaan, ucapan itu turut diterima daripada individu yang disukainya.

“Ya memang benar ada berderet-deret ucapan tahniah saya terima daripada media sosial untuk SPM dan hari jadi namun kebanyakannya daripada kawan-kawan, peminat dan crush saya sendiri.

“Saya juga ada terima ucapan daripada beberapa individu yang pernah cuba mengorat saya. Tapi saya malas nak layan.

“Sebab saya tak suka membuat orang menaruh harapan, kalau nak berkawan layan cara kawan betul-betul.

“Kalau saya melayan nanti mereka (terutamanya lelaki) akan melebih-lebih pula,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di Hotel Midah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wani akui ada beberapa individu cuba mengambil kesempatan untuk berkenalan dengannya lebih rapat kerana tahu statusnya sebagai penyanyi

“Ada juga saya rasa lelaki yang pernah cuba berkenalan dengan saya kerana tahu saya ada nama.

“Tetapi jujurnya saya tidak boleh menerima lelaki yang mendekati saya kerana nak popular atau mengejar nama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wani bakal melancarkan album sulungnya yang mengandungi enam lagu termasuk Jangan Jangan dan Aku Suka Kamu.

Julai nanti, Wani bakal menyertai pertandingan nyanyian World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Amerika Syarikat.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @wanikayrie

Gadis 19 Tahun Juara Pertandingan Punggung Paling Cantik

Bagi setiap wanita sudah tentu mahu memiliki bentuk tubuh yang cantuk, terutama sekali pada bahagian dada , perut dan juga punggung.

Kerana bahagian inilah yang menjadi penentu adakah wanita tersebut memiliki tubuh seksi ataukah tidak. Siapa sangka wanita yang bernama Gao Qian berasal dari China ini telah menjadi pemenang pemilik punggung cantik.

Pertandingan yang diadakan pada 24 Jun 2017 yang lalu telah membuat tubuh cantik dan seksi Gao Qian dinobatkan sebagai pemenang dari pertandingan tersebut.

Walaupun usianya baru masuk 19 tahun, Gao telah berjaya membuat para juri terpikat dengan kecantikan tubuhnya, terutama pada bahagian punggungnya. Namun, kemenangan ini membuatkan kehidupan Gao menjadi tidak aman.

BACA  (VIDEO) Sedih! Tendang Ibu Kerana Telefon Pintar

Gao Qian mengaku sudah tidak berani lagi mengenakan pakaian ketat ketika berada di tempat umum. Kerana jika itu dilakukan, akan ramai orang yang mengelilinginya dan mula menunjuk – nunjuk pada bahagian belakang tubuhnya.

Gao merupakan pelatih peribadi separuh masa dan juga vlogger popular. Dia menghabiskan masa selama enam jam di dalam gim untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Sumber Dailymail

Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia!

Perkembangan terbaru Intan, dia baru sahaja berpindah ke Jakarta kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli yang ditugaskan ke republik itu namun dia tidak mempunyai jangka masa tertentu untuk menetap di sana.

Menurut laporan dari Utusan Online, anak-anaknya kini meneruskan pengajian di Jakarta dan karier seninya masih diteruskan.

“Saya pindah sementara sahaja. Suami kena bertugas di Jakarta. Setakat ini, saya pun tak boleh hendak sahkan berapa lama kami bakal menetap di sini. Cuma anak-anak semua akan meneruskan pengajian di sini.

“Kerjaya seni masih diteruskan. Ulang alik sahaja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur taklah jauh mana. Sekarang setiap hari ada penerbangan. Kalau ada tawaran persembahan, saya akan balik,” 

Sudah kewajiban isteri untuk taat pada suami maka haruslah ikut suami hijrah ke luar negeri. Syurga isteri kan di tapak kaki suami!

BACA  Haida Tersingkir Di Gegar Vaganza Kerana Tidak Popular?

Inta akui sebelum ini ada lancarkan single tetapi mungkin kurang promosi jadi lagu itu kurang mendapat sambutan. Namun sebelum Aidilfitri ini dia merancang untuk keluarkan single terbaru dan akan rancang strategi yang lebih berkesan.

Sumber Utusan