Wanita Ini Luah Rasa Geram, ”Biadapnya Budak Sekarang”

Adab sangat penting kerana orang yang beradab akan sentiasa mementingkan budi bahasa dan tatasuila sebagai orang yang mempunyai adab. Lebih-lebih lagi apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Seharusnya, dengan hormat, bukan cakap ikut sesedap rasa.

Tampil meluahkan rasa terkilan, seorang pengguna laman sosial berkongsi pengalamannya baru-baru ini apabila berhadapan dengan anak muda yang tidak mempunyai adab. Manakan tidak, sudahlah wanita ini tolong mencari pemilik ic yang tercicir, setelah jumpa, usahkan berterima kasih, dimarahnya lagi kerana dianggap menyusahkan beliau.
Untuk lebih jelas, mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana.

KEBIADAPAN BUDAK SEKARANG !

Last nite ada terjumpa ic kt parking lot. Ic ‘budak’. Born 1996. Bila check belakang ic, dah 3x report hilang… sudah. Berapa pulak nanti dia kene bayar. Dek kerana kesian, usaha la sedaya boleh cari hp no dia call dgn niat nak confirm alamat kat ic so that i can just post the ic.

Managed to call and talk to ic owner. Her first impression was ‘seyes arr saya hilang ic’? I was like duh?… after thanking me.. minta no account nak transfer duit utk post. I said no need, esok saya post.

Tetiba dpt msg, nak dtg amik kt rumah or nk jumpe memana. Sebab hari ni nak balik U and esok nak ‘pakai’ ic tu. I tanya jumpa mana and pukul berapa… pastu dia tnya balik pukul berapa and kat mana?

(Eh, budak2 sekarang tak reti baca msg ke? Memang jenis answer question with question ek?) Since dia tak leh nk decide wat time nak amik IC dia sendiri, I said jumpa kt SCM pukul 4. Diam lama tak berbalas.
Kol 3.20 dia reply awak kt scm sampai pukul berapa? Pukul 6 ke atas baru saya sampai… (masa ni aku da naik antu, aku nak post ko tak bagi.. nak urgent. Tapi nak ikut time ko).
Then i ckp.. camni la.. since da susah sangat… i post je esok… i tak leh tunggu lama. Pastu i da malas nak layan… banyak cikadak lak budak ni. Dah malas nak layan i block je..

I was busy settle kan my things. Masuk mesej adik owner IC. Yang sangat2 biadap! Cakap i susahkan dia??!! Wth!! Siap ugut nak report polis.

Keep thing short. I hantar je ke police station IC tu. Lantak ko la… ko cari la police station mana aku antar.

Nasihat untuk org2 umur i.. kalau jumpa ic budak2 muda ni… abaikan je la.. tak yah la nak baik hati nk tolong. End up ko yg sakit hati…. Utk budak2 muda ni. Belajar la adab! Jgn malukan mak bapak!

You and your adik surely memalukan keturunan kamu! Awak minta maaf tp pastu awak block saya balik… motip? Takut saya amik dp awak? Halooo muka IC i ada kot.

Siakapkeli.my

Peluklah Isteri Itu Walau Bau Bawang Sekalipun, Pesanan Buat Suami

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya, untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindung dan dekat dengan hatinya untuk dicintai. Mungkin kita biasa mendengar ayat ini bukan?

Di awal perkahwinan semua terasa indah. Namun, apabila ikatan sudah menjangkau tahun, tipulah kalau sesekali tidak terasa hambarnya. Ada yang sudah mula membandingkan kenapa isteri aku tidak seperti isteri orang lain?

Dahulunya cantik, kini tubuh isteri semakin berisi. Dahulunya pandai bergaya, kini sibuk mengendong anak-anak. Suami mulalah mencari setiap salah walau sekecil perkara, melihat isteri pun rasa ”semak”, dalam fikiran mahu mencari pengganti. Mudahnya.

Tapi, sedarkah anda wahai suami, seluruh hidup isteri itu telah dikorbankan untuk anda setelah lafaz diucap? Sesekali pandanglah wajahnya. Kenanglah pengorbanannya. Coretan oleh Marlia Ramli melalui laman facebooknya ini boleh dijadikan renungan buat semua lelaki yang bergelar suami di luar sana.

Semoga bermanfaat. Masih belum terlambat untuk anda menghargai isteri selagi dia masih di sisi.

SYURGA YANG DIBENCI.

1- semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.

2- semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.

3- semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!

4- semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.

5- semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.

6- semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!

7- semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.

Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.


Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!

Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.

Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.

Namun… Jom kita menilai sejenak…

Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.

Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.

Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.

Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…

Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.

Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?

Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?

Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?

Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.

Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.

Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?

Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?

Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!

Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.

Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?

Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.

Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.

Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?

Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.

Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?

Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?

Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.

Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.

Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.

Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.

Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!

Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.

Siakapkeli.my

Bangkai Pesawat Ditemui Kemungkinan Milik MH370? Pakar Dakwa Pesawat Ada Kesan Peluru

Sebuah pesawat yang didakwa MH370 dalam keadaan berlubang ditembusi peluru dilaporkan telah ditemukan menerusi imej yang diperoleh daripada aplikasi Google Earth.

Gambar tersebut memaparkan pesawat milik Mas yang dilaporkan hilang bersama 239 penumpang yang lain  berada di  bawah permukaan air di utara Mauritius.

Pakar penyiasat nahas pesawat dari Australia, Peter McMahon, 64, mendakwa beliau telah menghabiskan masa selama beberapa tahun mengkaji imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Google Maps sejak pesawat itu dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada 2014.

Jelasnya, beliau yakin bahawa pesawat tersebut berada pada jarak 16 kilometer di selatan pulau kecil, Round Island yang mana ia tidak termasuk dalam kawasan lingkungan carian sebelum ini.

Difahamkan, beliau juga telah mengemukakan laporan penemuan itu kepada Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia.

Pihak berkuasa terbabit bagaimanapun memberitahu mereka dimaklumkan oleh pegawai Amerika Syarikat agar kekal berada di kawasan lingkungan carian ditetapkan di Lautan Hindi.

“Adakah ini adalah bahagian kabin hadapan pesawat MH370 di perairan selatan Pulau Rodrigues? Seramai empat wakil dari Washington telah dihantar ke Canberra untuk mengawasi penemuan tersebut.

“Mereka mahu memastikan segala maklumat yang diterima tidak didedahkan kepada umum dan kerajaan. Tetapi kenapa?” ujar jurutera mekanikal itu yang dipetik dari laporan Daily Star Online.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak mahu pesawat dipenuhi kesan berlubang seperti ditembusi peluru itu akan membawa kepada siasatan baharu.

Berdasarkan laporan itu, selain bahagian utama pesawat tersebut, McMahon juga telah menemui bahagian hadapan kabin di perairan selatan Pulau Rodrigues yang juga terletak berhampiran Mauritius.

Awal tahun lalu, kerajaan Malaysia telah meluluskan syarikat AS, Ocean Infinity menghantar kapal carian untuk menjejaki MH370 di kawasan lingkungan lebih 9,000 meter persegi di perairan Australia.

Sehingga kini, lokasi tepat tidak pernah diketahui.

Pada 2015, beberapa bangkai pesawat didakwa telah ditemui pasukan sukarelawan ketika membersihkan pantai di St Andre, Reunion.

Dua tahun kemudian, imej satelit dikeluarkan Australia menunjukkan 12 objek terapung di kawasan dipercayai berhampiran lokasi nahas.

Sumber- The Sun

Pergi gimnasium setiap hari tapi kesihatan gigi bagaimana? Ramai Orang Lupa Pada Kesihatan Gigi

Anda mungkin semakin sihat dari segi fizikal tetapi adakah anda turut menjaga kesihatan mulut? Sesibuk mana pun anda, kesihatan gigi jangan sesekali diabaikan. Kalau anda boleh habiskan empat ke lima jam sehari di gimnasium ataupun beriadah, apa yang anda lakukan untuk memperbaiki kesihatan gigi?

Di atas usaha mendidik rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan gigi, Colgate-Palmolive, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2018 yang berlangsung sepanjang Mac ini.

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

PIC: INSTAGRAM/@FAHRINAHMAD_FA

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

Gigi yang cantik akan memberikan senyuman yang menawan. Selari dengan Bulan Kesihatan Mulut ini juga, pelakon, pengacara TV dan peminat kecergasan, Fahrin Ahmad telah dilantik sebagai duta Bulan Kesihatan Mulut 2018. Nak tahu macam mana Fahrin jaga kesihatan mulut? Ikuti empat caranya menjaga kesihatan gigi.

Langkah 1 – Berus

Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida. Jangan lupa juga untuk flos gigi anda.

Langkah 2 – Tukar

Tukar berus gigi anda tiga bulan sekali. Jangan biarkan berus gigi anda kembang kerana ia gagal berfungsi dengan baik.

Langkah 3 – Kumur

Bilas mulut anda dengan larutan pencuci mulut secara harian untuk perlindungan yang lebih maksimum.

Langkah 4 – Doktor gigi

Kunjungi doktor gigi dua kali setahun untuk pemeriksaan dan nasihat. Kunjungan ke klinik pergigian memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Doktor gigi akan memberikan nasihat untuk penjagaan serta mengesan sebarang masalah yang tersembunyi.

Cara Ini Boleh Jadikan Punggung Wanita Lebih Menawan

Bentuk tubuh yang menggiurkan dan pinggul yang mantap sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Boleh dikatakan, punggung wanita adalah salah satu daya penarik hebat di mata lelaki.

Meskipun majoriti golongan wanita berasa malu untuk berbicara soal ini tetapi jauh di dalam sudut hati mereka, perasaan teringin dan cemburu melihat punggung wanita lain yang lebih cantik sebenarnya menjadi idaman mereka juga.

Secara ringkasnya, merujuk pada fakta kesihatan menyatakan punggung mempunyai tiga otot utama iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus.

Fungsi otot adalah untuk membantu menggerakkan kaki ke semua arah dan menguatkan pinggang, paha dan punggung. Senaman yang menggerakkan otot ini sangat bagus untuk mendapatkan punggung mantap.

Di sini, Rojak Daily Skop! kongsikan lima cara mudah untuk wanita mendapatkan punggung idaman:

1. Squat

Senaman ini bagus untuk mendapatkan punggung yang bulat dan menguatkan otot paha serta pinggul. Ia juga mampu memperkuatkan otot di bahagian perut. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki anda.

2. Plank

Senaman Plank akan membina otot perut dan punggung. Cara paling berkesan untuk menaikkan punggung ialah dengan menyilangkan kaki. Lakukan setiap set selama satu minit dan tukar silangan kaki.

3. Lunges

Antara senaman yang mudah dilakukan untuk mendapatkan punggung menawan adalah dengan melakukan lunges.

Antara senaman yang mudah dilakukan untuk mendapatkan punggung menawan adalah dengan melakukan lunges.

Ini antara senaman paling popular untuk mencantikkan punggung. Namun, jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja. Jauhkan kaki sejajar antara satu sama lain.

Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, kemudian perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan dan kembali ke posisi asal dan lakukan pergerakan tadi untuk kaki kiri pula.

4. Wall Sit

Ini antara senaman paling mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Hanya bersandar pada dinding dalam keadaan separuh mencangkung. Senaman ini bagus untuk punggung dan menguatkan paha. Tahan selama mungkin yang anda mampu.

5. Mengangkat punggung

Senaman ini paling menyeronokkan kerana anda hanya perlu baring, bengkokkan lutut dan angkat punggung. Ketika mengangkat punggung tahan selama 30 saat untuk kesan lebih cepat. Kesannya, punggung anda akan jadi bulat seperti Kim Kardashian!

Selain melakukan rutin senaman secara konsisten, anda juga perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat pada setiap hari.

Kekyu yang juga aktivis gaya hidup sihat turut berkongsi ‘tips’ bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan pada masa sama, mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan menerusi laman sesawangnya, yayansmum.com.

  1. Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat ketika sarapan. Anda boleh cuba mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untu membakar kalori setiap hari.
  2. Bahagikan waktu makan kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam manakala dua lagi untuk snek ringan.
  3. Mulakan program 10,000 langkah sehari, lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika inginkan yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.
  4. Elakkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, elakkan makanan ini sama sekali.
  5. Hati-hati pada waktu petang lebih-lebih lagi sekitar jam 4.30 petang kerana pada waktu ini adalah paling bahaya untuk mengambil hidangan snek. Kadar tenaga berada pada tahap paling rendah dan jika anda mengambil snek bergula, pastikan anda melakukan senaman naik turun tangga selama lima minit.
  6. Elakkan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung! Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi bentuk punggung akan menjadi tidak rata.
  7. Berat badan berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak akan menutupi otot dan membuat punggung menjadi melorot. Oleh itu atur pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh menyingkirkan lemak berlebihan.
  8. Elak duduk terlalu lama hingga beberapa jam dalam satu masa. Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.

‘Colors’ Nyanyian Jason Derulo Terpilih Sebagai Lagu Tema Piala Dunia 2018

Anda dah sedia untuk Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun ini di Rusia? Untuk menambah keterujaan anda, lagu tema bagi Piala Dunia 2018 sudah dipilih iaitu Colors nyanyian Jason Derulo. Pertama kali dengar, boleh buat anda bergoyang bahu.

Menurut penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) ini, “kerja-kerja mencipta lagu dengan Coca-Cola cukup menyenangkan. Diberi penghormatan untuk mencipta dan menyanyikan lagu tema bagi acara sukan terbesar dunia ini cukup bermakna bagi saya.”

“Sepanjang bila saya mengembara, saya dapat melihat kecantikan setiap budaya yang ada di setiap negara. Dari situlah saya mendapat inspirasi untuk menulis ‘Colors’ dimana ia meraikan kepelbagaian dan semangat kesukanan dan kebanggaan segenap peminat sukan bola sepak di seluruh dunia”, jelas Jason Derulo di dalam kenyataan media.

Lagu ‘Colors’ ini telah dipilih oleh Coca-Cola sebagai lagu rasmi Piala Dunia 2018. Terdahulu, lagu tema Piala Dunia terdiri daripada ‘Dar um Jeito’ (We Will Find a Way)” menampilkan Carlos Santana, Wyclef Jean dan Avicii serta ‘Waka-Waka’ nyanyian Shakira pada tahun 2010.

30 Menu Selama 30 Hari Untuk Tampil Menawan Menjelang Aidilfitri.

Terkini, seorang jurulatih kecergasan, Coach Yatie Nadzli telah berkongsi 30 menu makan tengahariuntuk anda tampil kurus sebelum hari raya. Terdiri daripada menu nasi dari pelbagai lauk yang menyihatkan, sedap serta mudah disediakan, jika anda mengikuti saranan Coach Yantie ini, pasti penampilan anda menjelang hari raya nanti begitu memukau. Selamat mencuba!

 

Hari pertama.

Hari ke-2.

Hari ke-3.

Hari ke-4.

Hari ke-5.

Hari ke-6.

Hari ke-7.

Hari ke-8.

Hari ke-9.

Hari ke-10.

Hari ke-11.

Hari ke-12.

Hari ke-13.

Hari ke-14.

Hari ke-15.

Hari ke-16.

Hari ke-17.

Hari ke-18.

Hari ke- 19.

Hari ke-20.

Hari ke-21.

Hari ke-22.

Hari ke-23.

Hari ke-24.

Hari ke-25.

Hari ke-26.

Hari ke-27.

Hari ke-28.

Hari ke-29.

Hari ke-30.

Jadi, dah tahu apa nak makan untuk menu makan tengahari anda? Mudah dan sihat! Jangan sesekali berlapar dan amalkan diet yang tidak seimbang. Sama-sama kita berharap agar lebaran ini, anda mencapai berat badan ideal.

Siti Nurhaliza Selamat Bergelar Ibu

Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 8.17 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi penyanyi tersohor berkenaan menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di akaun Instagram rasminya, @ctdk.

Suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa berkata beliau bersyukur proses melahirkan berjalan dengan baik malah kedua-dua insan kesayangannya dalam keadaan sihat.

Katanya lagi, buat masa ini hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat bagi membolehkan Siti mendapat rehat secukupnya serta menumpukan momen awal bergelar ibu.

Pasangan terbabit turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa berterusan dari seluruh ahli keluarga, rakan, peminat serta wakil media dari awal kehamilan hingga melahirkan.

Dalam entri sama, mereka juga mendedahkan Isnin dipilih sebagai hari untuk melahirkan anak sulung mereka kerana ia bersamaan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain tepat pada 1 Rejab.

Bagaimanapun, mengenai gambar si kecil dan namanya, Khalid dan Siti meminta waktu sebelum berkongsi perkara itu kepada umum.

“Selagi Saya Masih Hidup Jangan Berani Keluarkan Jenama Baju Sendiri”

Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim menyelar golongan selebriti yang mengeluarkan jenama sendiri tanpa ilmu pengetahuan yang lengkap dalam bidang fesyen.

Kata Rizalman, dia kurang bersetuju dengan individu yang hanya ‘tangkap muat’ terjun ke bidang perniagaan pakaian dan fesyen demi mengaut untung semata-mata.

“Fesyen adalah satu industri yang serius dan dipandang tinggi, jadi bagi segelintir artis yang kurang tawaran berlakon atau jualan album tidak memberangsangkan, kemudian cuba untuk menjual baju.

“Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani.

“Jangan perkosa industri fesyen sebab fesyenlah yang boleh membina tamadun, mengubah ekonomi negara, mengubah watak seseorang individu dan memberikan pelbagai jaminan dalam aspek kehidupan manusia.

“Oleh kerana itulah, adanya program seperti Gen F yang akan memaparkan betapa sukar dan ada banyak kriteria untuk menjadi seorang pereka fesyen,” katanya kepada Astro Gempak.

Rizalman ditemui pada majlis pelancaran rancangan realiti pencarian bakat pelapis pereka fesyen, Gen F di Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi rancangan Gen F, Rizalman bertindak sebagai juri tetap bersama usahawan fesyen terkenal Vivy Yusof.

Sebanyak 10 jenama fesyen bakal bersaing untuk gelaran Juara Gen F yang akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan berpeluang mengeluarkan koleksi kapsul sendiri.

10 jenama tersebut ialah Kahou, Lolo, HN, Wan & Mary, Calaqisya, Jubahsouq, Ridzuan Alias, Larf, Seth & Luna dan Clothesology.

Gen F akan bersiaran selama lapan minggu setiap hari Ahad, 9 malam bermula 11 Mac 2018 di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: IG @rizalman71

Filem Badang Tidaklah Seteruk Disangka. Ini Tiga Elemen Patut Dipuji!

Jika ditanya apakah filem paling popular di Malaysia ketika ini pasti filem adiwira Badang berada di kedudukan teratas!

Tarikh tayangan yang sama dengan filem Hollywood, Black Panther pastinya menjadi laluan sukar untuk mana-mana filem untuk bersaing rapat. Kecuali Badang mungkin.

Sebenarnya terlalu banyak perkara menjadikan filem adiwira tempatan ini popular walaupun majoriti yang bercerita mengenainya belum lagi menyaksikan filem berkenaan di panggung wayang.

Antara publisiti bagi filem ini pastinya datang daripada pelakon utamanya yang juga Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ada saja video yang dimuat naik untuk mempromosikan Badang. Baik positif atau negatif, mungkin Aliff percaya cara itulah yang terbaik untuk menyakinkan penonton ke pawagam.

Paling mengejutkan apabila ‘abang terlajak laris’ ini sendiri mendakwa filem Badang adalah lebih bagus daripada Black Panther! Setuju?

Bagaimanapun, belum seminggu filem itu ditayangkan, ia telah pun menerima kritikan hebat daripada penonton.

Suasana tambah sensasi apabila pelakon yang lebih senior dan berpengalaman juga mengkritik lakonan Aliff dalam Badang.

Persoalannya, teruk sangatkah filem ini sehingga tiada langsung elemen atau adegan dalam filem ini yang boleh dibanggakan?

Rojak Daily Skop! berkesempatan menonton filem berkenaan pada saat-saat akhir tayangannya hari ini dan kami senaraikan tiga perkara yang wajar dipuji.

1. KUALITI CGI BERADA DALAM ‘KELASNYA’ TERSENDIRI

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

PIC: TWITTER

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

Sebelum menyentuh aspek kesan khas imej janaan komputer (CGI) secara terperinci, perlu diingatkan yang kesan CGI pada filem Badang diseliakan oleh KRU Studios.

Antara hasil filem sentuhan KRU Studios sebelum ini adalah Vikingdom, Magika, Cicakman dan Duyung. 

Secara jujurnya, penulis tidak memberi harapan tinggi mengenai kualiti CGI yang ditonjolkan kerana melihat posternya saja agak kurang membangkitkan rasa teruja.

Adegan CGI yang pertama dihidangkan adalah ketika ibu Badang dirempuh sekumpulan gangster di kawasan perumahan mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kesan khas pada adegan ini boleh disifatkan sebagai ‘Ok’ dan boleh dihadam oleh penglihatan normal manusia walaupun sudah memasuki 2018.

Namun, apa yang tidak masuk akal adalah keadaan ibunya yang masih stabil biarpun dihentam pada kelajuan tinggi kenderaan tersebut.

Selain itu, kesan khas ketika kemunculan ‘bunian’ lakonan Nadia Brian juga boleh diterima akal bagi ‘level’ filem tempatan.

Kesan khas pada imej bayi yang diletakkan pada tapak tangan ibu Badang juga agak menyakinkan. Tidak terlalu ‘fake’ dan nampak realistik.

Oh ya, tidak dilupakan bagaimana filem ini menjadikan Aliff sebagai seorang halimunan dan penggunaan efek gerak pelahan atau ‘slow motion’ ketika Badang membelasah ‘gangster’ ketika di hujung babak filem ini.

Malah, transisi Badang yang mampu ‘teleport’ atau ghaib dari satu kawasan ke kawasan lain juga tampak kemas!

Cuma, adegan watak Badang membawa Fasha ke luar negara amat menyedihkan dan sukar dihadam oleh penulis. Mungkin, jika adegan ‘melancong’ tiada dalam filem ini adalah keputusan yang lebih bagus.

Secara keseluruhannya, kesan CGI tidaklah terlalu ‘cap ayam’ sehingga boleh diperlekehkan dengan begitu teruk sekali.

Penulis sendiri sebagai penonton pernah melihat filem tempatan lain yang menggunakan CGI yang lebih teruk.

2. LAKONAN MANTAP PELAKON ‘UTAMA’!

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

PIC: UITM

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

Syabas diucapkan kepada kesemua tunjang utama filem ini kerana melakonkan watak mereka dengan baik.

Pujian ini diberikan kepada aktor berpengalaman, Fauzi Nawawi yang membawa watak ketua kongsi gelap merangkap abang kepada Fasha Sanda.

Dengan muka bengis semula jadi, Fauzi menjiwai karakter yang dibawa dengan bersahaja dan tidak mustahil untuk mengatakan filem ini diselamatkan pelakon itu.

Malah, lakonan Fasha juga memuaskan dan adegan paling terkesan adalah ketika rambutnya dipotong sehingga pendek oleh Fauzi.

Penulis hanya memberi skala memuaskan kepada Fasha kerana dia telah pun membawa watak sedemikian beberapa tahun lalu di awal kemunculannya.

Malah, watak heroin kepada adiwira ini mengingatkan kami kepada wataknya dalam filem, Cicakman.

Jika ditanya mengenai lakonan Aliff Syukri, baca artikel ini hingga habis.

3. USAHA BADANG MENJADI SEBAIK BLACK PANTHER

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

PIC: DIGITAL TREND

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

Masuk saja elemen ketiga yang boleh dipuji untuk filem ini, penulis sudah buntu untuk mencari kelebihan atau aspek filem berkenaan yang boleh dibanggakan.

Jika mahu memuji elemen nasihat dan pengajaran, ia terlalu sedikit dan langsung tidak ‘deep’ untuk diketengahkan.

Namun, kita tidak boleh memperlekehkan usaha pihak produksi filem ini untuk menghasilkan sebuah lagi filem adiwira buatan Malaysia yang setanding dengan produksi antarabangsa.

Malah, usaha Aliff untuk meyakinkan netizen yang Badang adalah sebagus Black Panther juga wajar dipuji.

Anda boleh lihat di pembukaan kredit filem ini yang mengunakan elemen komik ala Marvel. Walaupun agak kelakar tetapi pujian harus diberi pada produksi FiTA Studios Sdn Bhd.

Mungkin juga Malaysia belum menemui filem adiwira tempatan yang mampu dibanggakan selepas kemunculan Cicakman beberapa tahun lalu.

TIDAK DIINSPRASIKAN KISAH KLASIK BADANG

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

PIC: YOUTUBE

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

Filem ini diarahkan oleh Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen yang berpengalaman dalam menghasilkan filem ‘blockbuster’ atau pecah panggung.

Siapa boleh lupa filem sekuel, Anak Mami, Mami Jarum, Jutawan Fakir, Lady Boss dan banyak lagi yang meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Genre komedi ini menjadi kekuatan pengarah ini. Namun, secara jujurnya sukar untuk penulis ketawa sepanjang menyaksikan filem ini.

Watak menjengkelkan dalam filem ini bukanlah Aliff tetapi lebih kepada rakan karibnya, Sarip yang dilakonkan Azhari Zain mampu memberi kesan kepada sel minda anda!

Wataknya juga begitu janggal kerana dikelilingi dengan persekitaran pelakon lebih muda sekitar 20-an.

Selain itu, penulis agak kecewa kerana ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah rakyat Badang yang berasal dari Sayong Pinang, Johor.

Kisah misteri Badang itu telah difilemkan pada tahun 1962 sehingga menjadikan kisah lelaki gagah berkenaan sangat dekat dengan pemikiran masyarakat.

Siapa boleh lupa adegan Badang memakan segala muntah makhluk yang mencuri hasil ikannya.

Jika elemen dan jalan cerita ini dikekalkan mungkin ramai yang akan membawa anak-anak mereka melihat filem yang diinsipirasikan kisah rakyat.

Generasi kini mungkin keliru dengan kisah Badang sebenar kerana Badang 2018 ini hanya diambil berdasarkan nama watak Alif iaitu Bad atau nama penuhnya, Badrul Hisham.

Nama panggilan Bad ditambah menjadi Badang dan tiada langsung kaitan dengan kisah klasik Melayu tersebut. Bahkan, adegan Badang yang muncul daripada buluh juga bukan daripada kisah klasik berkenaan.

Sudut positifnya pula, pihak produksi lain masih mempunyai peluang untuk menghasilkan filem Badangyang diadaptasi daripada kisah di Johor itu.

Penulis tidaklah terlalu membenci filem tempatan kerana secara jujurnya penulis pernah menonton filem lain sebelum ini termasuk Mat Moto Otai dan juga Pak Pong. Mendengar nama filem ini saja pastinya mengundang pandangan negatif anda bukan?

Namun, penulis masih mampu menonton filem sebegini sehingga tamat tetapi tidak untuk Badang. Pemilihan pelakon utamanya iaitu Alif mungkin dianggap tidak sesuai buat filem ini.

Jika ditanya mengenai ‘rating’ bagi filem ini, penulis berikan 1/10 untuk usaha mencipta filem adiwira.

Bagaimanapun, filem ini mungkin boleh dijadikan bahan kajian untuk pembikin filem kita lebih memahami pemasalahan filem tempatan yang perlu dirombak dan ditambah baik agar kualitinya lebih bagus pada masa akan datang.

Sumber: rojakdaily.com