Impian Jadi Kenyataan! Lamborghini Merah Milik Shuib Sepahtu?

Selebriti berusia 34 tahun yang berasal dari Johor itu telah memuat naik gambar menerusi akaun Instagramnya yang berpose dengan Lamborghini merah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, menulis:

“Berkat dari usaha untuk perniagaan madu ini, saya akhirnya mengambil gambar yangdengan kereta impian saya. Ini adalah peluang yang sangat berharga kerana hanya terdapat empat kereta sebegini di Malaysia. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua. “

Bergambar dengan kereta mewah dari Itali ini menarik lebih daripada 50,000 orang setakat ini, ramai netizen yang meninggalkan komen positif dan mendoakan kejayaan Shuib.

Tetapi sebenarnya ini hanya motivasi buat Shuib. Dia mendedahkan bahawa kereta impian mewah itu bukanlah dimiliki olehnya. Dia berkata:

“Ia milik orang lain, saya hanya teringin nak bergambar dengan kereta mewah ini”

Kalau ada rezeki, tak mustahil suatu masa nanti Shuib akan memilikinya. Amin

Sumber IG Shuib

“Tak Nak Kembali Bercinta Ke?”Neelofa Temani Hans Isaac Di Genting Highland

Pelakon dan pengarah popular Datuk Hans Isaac terlihat makan malam bersama dengan Neelofa di sebuah Restoran terkemuka di Genting Highland.

Difahamkan pasangan ini baru sahaja selesai menonton konsert bintang sensasi R&B, John Legend. Konsert yang dikenali sebagai ‘Jelajah Darkness and Light World’ itu diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Perkara ini telah disedari peminat selepas sebuah video yang dimuatnaik oleh teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly di Instagram Stories. Video singkat itu menunjukkan Hans Isaac ada bersama di Restoran itu menikmati hidangan Burger Lobster di Sky Avenue, Resort World Genting.

Hangat.com difahamkan, secara kebetulan Neelofa juga turut memuatnaik video dia menikmati hidangan yang sama di Restoran terkemuka itu. Kedua-dua video secara tak langsung telah mengesahkan bahawa pasangan ini menonton bersama-sama konsert John Legend.
Walaupun pasangan ini telah membawa haluan sendiri semenjak berpisah pada tahun 2014 yang lalu, ada desas-desus mengatakan mereka telah kembali menjalinkan hubungan cinta. Betul ke dakwaan ini?

”Saya Kumur Benda Nie Je, Sakit Gigi Terus Hilang Sampai Sekarang”

Sakit gigi berlaku pada semua peringkat umur. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang hilang fokus untuk melakukan tugas seharian.

Perkongsian oleh  Yanti Adneen melalui laman facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Gadis ini mengalami sakit gigi yang teruk, setelah berkumur menggunakan mouthwash ini, sakit giginya yang sekian lama telah hilang hingga sekarang. Paling penting harganya murah dan mudah untuk didapati di farmasi.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

KORANG SAKIT GIGI? CEPAT CARI BENDA NI! 

Ingat lagi tak episod yan sakit gigi bulan Januari yang lepas? Hampir 2 minggu sakit gigi. Bukan sakit biasa-biasa. Sakit ya amatttt! Sampai menitis tup tap tup tap air mata. Sadis gila. Sakit oiii! Gigi bongsu la katakan.

Jumpa doktor dapat la ubat tahan sakit & antibiotik. Yan rasa ubat tahan sakit tu kuat gila sebab kalau telan, sejam dua lepas tu hilang terus sakit. Eh eh sihat walafiat pulakss! Tapiiiiiii esok dan esok dan esok datang balik sakit tuuu.

Sempat telan 2 biji jer ubat tahan sakit. Sebab rasa kuat sgt ubat tu, tak berani laa nak amal walaupon doc cakap selamat jer. Hari2 seterusnya tahan sendiri laaa sakit tu.

Antibiotik mmg yan habiskan. Tapi still sakit tu berterusan. Siang sakit, malam hilang. Esok ulang sakit balik sampai hampir 2 minggu tak hilang lagi.

Yang pernah sakit gigi bongsu paham la kot sakit tu camna. Sampai ke otak dia pergi. Jemmm! Memang melepekkk kat rumah ajer la jawabnya. Tak de mood nak keluar.

Sembang dengan adik laki, adik pon tanya;

“Laaa, tak hilang lagi ka sakit gigi hang kak?”
“Belum. Sampai sekarang sakit. Bila laaa nak hilang pon x tau. Huhuhu…” yan mengadu.

“Man dulu pon sakit macam hg gak. Pi check, doktor cakap gigi bongsu berlubang. Kena cabut. Pastu aku pon cabut lariiii! Hahaha…” adik bercerita.

“Laaa… Hg lariiii???” yan terkejut sambil gelak.

“Haaa laaa. Pastu sakit x tahan, aku pi klinik lain pulak. Tapi aku cerita sesiap la kat doktor tu yg aku dah pi check gigi, doc sana cakap kena cabut terus aku angkat kaki. So, doc tu tau aku penakut. Dia pon suruh aku pi cari satu mouth wash ni kat farmasi. Aku beli & guna 2-3 hari jer, terus hilang sakit gigi tu sampai sekarang. Alhamdulillah…” adik story panjang lebar.

Yan yg tengah sakit gigi ni pon apa lagi, terus eksited tanya.

“Weh… Nama apa ubat tu? Beli kat mana?”

“Oradex. Botoi kecik ja warna biru. Aku beli kat farmasi kupang. Hang try pi tengok. Kot ada lagi…” adik balas.

Keesokannya, yan pon pi la cari ubat tu kat farmasi. Yessss! Ada! RM 7 lebih sebotoi kecik tu. Beli terusss. Ikhtiar kot2 menjadi.

Nak tau tak apa jadi lepas yan kumur guna mouthwash tu?? 

2-3 hari kemudian… Jeng jeng jeng!!!! Sakit gigi yan dah hilang!!! Hilang??? Yes, hilang sampai sekarang!!! Alhamdulillah, syukurrrr. Semuanya dengan izin Allah.

So, kalau korang sakit gigi, cuba la cari mouthwash ni. Kita usaha ja. Kalau serasi dan Allah izin, in shaa Allah menjadi. Siap ada logo halal lagi. Dapat laaa guna tanpa was-was. Silakan share. Semoga bermanfaat.

Siakapkeli.my

(Video) “Tak Perlu Nak Jerit-Jerit Ajar Anak Membaca,”

Bukan semua anak-anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini dikurniakan untuk pandai membaca. Pasti ada hikmahnya mengapa sesetengah kanak-kanak lambat untuk membaca.

Sebagai ibu bapa atau guru, sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk mahir dalam bacaan kerana membaca dan mengira adalah asas dalam menjalani rutin kehidupan seharian.

Seorang guru kelas pemulihan telah mengilhamkan satu teknik bagaimana untuk mengajar anak-anak untuk pandai membaca.

Guru yang bernama Norishah Jaafar ini telah mencipta satu rekaan seakan telefon yang diperbuat daripada paip pvc.

Menurut Norishah, kanak-kanak akan lebih cepat untuk mahir membaca sekiranya mereka dapat membaca dan mendengar dengan jelas.

Jom ikuti perkongsian guru kelas pemulihan ini. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian utk ibu bapa yg nk melatih anak2 mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6thn. Boleh pakai pvc pipe ni yg kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah jer. 

 
G kedai hardware mtk dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akn pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak2 akan lebih jelas didengar. 
 
X perlu lg nk menjerit pd mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ni.Apabila mereka dgr dgn jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan bacaan akn jd lebih mudah.

Kaedah ni sangat bagus utk anak yg sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. X percaya???. Cubalah dulu. Anak2 mmg akn suka main dgn “telefon” ni. Kami guru pemulihan ramai yg guna ni sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pic ni sy ambil dgn slh seorg murid sk felda lurah bilut di program khidmat bantu guru pemulihan linus nkra .


Boleh guna kreativiti masing2 utk cat/hias bagi cantik. Kami ni x sempat lg nk menghias sbb murid ramai. Hehehe.

Boleh gunakan pvc pipe+ elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dgn mulut mcm gagang telefon tu. Sy biasa buat pjg 10cm-12cm.

Kalau rs susah nk g beli meh pm sy.. Sy tlg belikan di kedai hardware tepi rumah sy jer. Tahan lama. Berbaloi-baloi.kos satu ni rm4 shj.

*sekiranya gusar / risau dgn risiko pvc kpd anak2 tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yg lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pd masa yg perlu shj bukan spjg masa dan setiap hari bg anak mengeja dan membaca guna telefon ni. Anak hanya bercakap dan mendengar blk menggunakannya pd masa yg singkat pd satu2 waktu. Bila ank dh mahir x perlu dh pakai ni





Siakapkeli.my

Akibat Terlalu ‘Asyik’ Menghadap Telefon Bimbit Selama Lebih 20 Jam Sehari

Seorang wanita di China terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan selepas diserang strok akibat menggunakan telefon bimbitnya selama 20 jam tanpa henti.

Wanita berusia 47 tahun itu dibawa ke Hospital Universiti Jinan selepas tidak berhenti menggunakan telefon bimbitnya ketika berada dalam sebuah kereta api menuju ke Guangzhou pada 13 mac lalu.

Menurut doktor, wanita ini mengalami pendarahan di bahagian otak hampir dua sentimeter dan punca insiden itu berlaku dipercayai berlaku kerana peakit berada dalam keadaan statik yang lama dan hanya bermain dengan telefon bimbitnya.

Pihak doktor mengeluarkan darah dua kali ganda berbanding pesakit biasa yang mengalami strok otak.

Dalam pada itu, selepas pembedahan wanita itu memberitahu dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Bagaimana pun doktor mendedahkan semakin ramai jumlah pesakit yang mengalami situasi yang sama hari ini.

Sumber- The Straits Times

Perjalanan ‘Bariatrik Surgery’ Bantu Aishah Susut 7.7kg Dalam Masa 15 Hari

Penyanyi terkenal dengan suara merdu bak buluh perindu, sehingga pernah berjaya memasuki Billboard Hot 100 di pasaran antarabangasa, Wan Aishah Wan Ariffin, 53 tahun baru-baru ini telah menjalani pembedahan pintasan usus, Bariatrik Surgery serta berjaya susut sebanyak 7.7 kg dalam masa 15 hari.

Perubahan fizikal Aishah yang begitu ketara telah mendapat perhatian peminatnya dan dihujani pertanyaan bagaimana beliau boleh berjaya menguruskan berat badan sebegitu banyak dalam masa yang singkat?

Aishah akhirnya berkongsi detik pembedahan yang dilalui dan 10 panduan selepas menjalani prosedur berkenaan.


1. Kita kena jelas mengapa kita buat keputusan untuk pembedahan ini. Kalau sudah nama pembedahan, potong sana sini, mestilah ada tahap sakit yang mesti dilalui. Kita kena realistik dalam hal itu. Ubat-ubatan moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.

2. Bila dah nekad nak buat, buatlah sungguh-sungguh. Carilah moral dan kumpulan sokongan yang boleh membantu.

3. Jangan malas! Sehari selepas pembedahan saya dayakan bangun dan berjalan. Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dapat capai niat kita.

4. Senyum selalu! Perjalanan seterusnya ialah peperangan antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.

Perjalanan ini memang ‘tricky’ kerana selama ini kita keliru di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yang kata ‘dah kenyang’.

5. Sekarang perut yang dulu boleh terima tiga pinggan nasi sekarang boleh masuk 30ml-50ml saja.


Kita kena ajar diri kita semula secara mental yang badan kita perlu setakat ini saja. Kita kena perlahan-lahan mencuba makan apa yang perut kita boleh terima.

6. Pembedahan ini bukan ‘shortcut’ untuk turunkan berat badan, selebihnya kita kena usaha sendiri.

Calon-calon pembedahan ini termasuk dalam kategori ‘morbid obesity’ dan pelbagai penyakit. This is about getting back the quality of life you deserve.

7. Berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita.

8. Dengar nasihat doktor dan jangan memandai-mandai.

9. Carilah sebanyak boleh info mengenai pembedahan ini dan fahami.

10. Saya bukan pakar, saya sekadar berkongsi pengalaman. Hari ke-15 dan saya sudah hilang 7.7 kilogram.

Siakapkeli.my

“Saya Tak Tahan Sakit Ni, Operate Je Lah Senang, Habis Cerita!”

Setiap bakal ibu mengimpikan cara bersalin yang paling mudah, cepat tanpa sebarang komplikasi.  Secara amnya kaedah bersalin normal lebih selamat berbanding pembedahan caesarean.  Bukan saja dalam masa jangka pendek, malah untuk kesan jangka panjang.

Umum tahu pembedahan caesarean akan melibatkan kesan luka yang besar pada bahagian perut dan pelvis si ibu.  Keadaan kesihatan dan gaya hidup sedikit sebanyak akan mempengaruhi kaedah bersalin ini jika mempunyai berat badan yang berlebihan, pernah menjalani pembedahan dibahagian perut dan mempunyai masalah kesihatan didalam pemantauan.

Perkongsian daripada seorang pegawai perubatan bahagian Obstretrik dan Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak melalui laman Facebook miliknya menjelaskan situasi dan risiko utama pembedahan caesarean yang tidak boleh diambil mudah.

Kepada bakal ibu, semoga dapat membuat keputusan yang sewajarnya dan dipermudahkan urusan bersalin kalian.  Mari ikuti perkongsian doktor agar dapat dijadikan rujukan.

“Saya tak tahan dah sakit nak bersalin ni doktor. Operate je lah! Senang, abes cerita!”

Apabila kita berada dalam kesakitan melampau, terkadang kita hilang pertimbangan dan meminta untuk diperlakukan apa sahaja tanpa memikir baik buruk sesuatu keputusan itu.

Walau bagaimanapun jika terdapat indikasi pembedahan caeserean perlu dilakukan, kami tanpa berlengah lagi akan memastikan ianya dilakukan dengan sepantas kilat untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Yang menjadi perhatian saya adalah ibu-ibu yang meminta agar dilakukan pembedahan caeserean ke atasnya tanpa sebab musabab yang difikirkan perlu secara perubatannya. Pembedahan caeserean bukannya benda main-main, silap haribulan segala macam komplikasi boleh timbul. Maka, kedua-dua pesakit dan suami perlu ambil tahu mengenai risiko yang bakal mereka hadapi.

Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

Kesakitan

Selepas pembedahan anda bukannya boleh berjalan segera seperti sediakala. Ada kalanya memerlukan bantuan untuk bergerak berhari-hari lamanya. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.

Anda akan diberi ubat tahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika.

Jangkitan kuman

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, kira-kira 8 % daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jenis jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

1) Jangkitan pada bahagian luka pembedahan – Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut. Ada kala ianya mengeluarkan nanah.

2) Jangkitan pada rahim. Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan darah nifas berbau busuk dan juga demam ketika berpantang.

3) Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sejenis tiub kencing akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah beku

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:

– batuk;
– sesak nafas;
– kesakitan atau bengkak pada bahagian betis
– sakit dada

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan sejenis stokin khas untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

Perlekatan organ dalaman

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Perlekatan yang saya maksudkan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami perlekatan ini dan jumlah ini meningkat kepada 83 % selepas tiga kali pembedahan caesarean.

Kadang kala perlekatan boleh menyebabkan kesakitan (adhesion colic) kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.

Pembiusan

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan penuh (general anaesthetia), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi spinal atau epidural yang akan menyebabkan bahagian perut dan kaki berasa kebas supaya pembedahan boleh dilakukan. Epidural/spinal lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko.

Apakah komplikasi lain ?

Komplikasi yang serius sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 1 %. Komplikasi serius yang dimaksudkan :

Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing ( ureter ), atau kepada usus.

Doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (hysterectomy) sebagai langkah menyelamatkan nyawa jika berlaku tumpah darah yang serius yang boleh mengancam nyawa ibu.

Anda mungkin perlu menjalani pembedahan caeserean pada masa akan datang. Perkara ini akan dibincangkan semula dalam kehamilan berikutnya.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. 2% bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caeserean.

Akhir kata,

Buat keputusan yang sewajarnya, jangan membabi buta. Jangan ambil bulat-bulat ‘cakap-cakap’ orang. Banyakkan bertanya pada mereka yang berilmu dan bertauliah.

Takde nye saya potong orang sesuka hati, tanpa sebab yg munasabah

Siakakeli.my

Petua Turunkan Suhu Badan Anak Demam Dengan Teknik Mandian Yang Betul

Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak mengalami demam lebih kerap.  Oleh itu ibu bapa harus sentiasa memantau kesihatan anak-anak dan terus rujuk doktor untuk pemeriksaan.

Demam selalunya berpunca daripada jangkita kuman yang menentang badan bayi yang lemah dan menyebabkan suhu badan mereka meningkat dengan mendadak.
Apabila bayi mengalami demam, ia bermakna tubuh mereka sedang melawan jangkitan dengan sistem imunisasi badan.
Dibawah adalah petua bagi ibu bapa sebagai rujukan yang diambil daripada Facebook milik Zulaikha Abdul Mutalib.  Namun, ini bukan bermakna ibu bapa tidak perlu pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut ya!

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

  • Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
  • Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Siakapkeli.my

8 Langkah MUDAH Lajukan Internet Smartphone Android 2018

Adakah anda mempunyai sambungan internet handphone yang LEMBAP walaupun mempunyai signal 3G, H+ atau 4G? Mungkinkah masalah tersebut datang dari handphone anda?

Berita baik untuk anda, terdapat beberapa cara (cara baik) yang boleh anda cuba untuk melajukan internet handphone anda.

Praktikkan 8 cara lajukan internet handphone android ini pada telefon bimbit anda. Cara ini boleh digunapakai untuk melajukan internet celcom, digi, maxis, umobile atau mana-mana rangkaian yang ada.

Tidak menyesal untuk mencuba!

NOTA: Panduan ini dibuat berdasarkan handphone jenis android. Ia boleh juga digunapakai untuk handphone jenis lain seperti iOS tetapi settingnya mungkin berbeza

1. Bersihkan cache Apps

Bersihkan cache pada aplikasi yang ada pada handphone anda terutama sekali apps yang menggunakan internet. Cache yang terkumpul akan memakan prestasi handphone anda dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan internet.

Untuk membersihkan cache secara manual anda boleh pergi ke:

Settings > Apps

cara akses apps dalam setting

Kemudian pilih aplikasi yang kerap anda gunakan seperti pelayar internet, facebook apps, permainan/games dan sebagainya.

paparan apss pada setting android

Paparan App info akan keluar seperti berikut:

bahagian apps info dan storage

Klik/sentuh pada bahagian Storage.

Dibawah bahagian Cache, terdapat butang Clear cache. Tekan butang tersebut.

butang clear cache pada apps

Anda akan lihat nombor pada bahagian tepi akan berkurangan.

Jika anda malas mahu membersihkan satu persatu, anda boleh gunakan aplikasi pembersih cache seperti: App Cache Cleaner

2. Ubah setting internet

Cara ini berguna untuk tempat-tempat yang mana signal rangkaian yang anda guna tidak stabil.

Bagaimana hendak mengetahui signal tidak stabil?

Jika signal telefon anda pandai berubah ubah, sekejap 3G, Sekejap E, kadang-kadang H+ dan boleh juga dapat 4G itu maknanya signal tidak stabil atau juga signal tidak kuat.

Untuk pengetahuan anda, setting asal (setting kilang) internet anda biasanya diletakkan pada ‘automatik‘. Maknanya handphone anda akan pilih signal yang paling kuat.

Sebagai contoh ditempat anda boleh dapat 3G dan juga H+, tapi selalu signal yang keluar adalah E, bermaksud signal untuk E lebih stabil dan kuat sebab itulah handphone anda pilih E.

Untuk situasi seperti ini ubah setting internet anda dan tetapkan pada jenis signal tertentu. Caranya adalah seperti berikut:

Settings > More > Mobile networks > Preferred network type

bahagian preferred network type pada android

NOTA: Cara untuk akses bahagian prefered network type mungkin berbeza pada setiap handphone.

Klik pada Prefered network type dan pilih antara 4G atau 3G sahaja.

pilihan signal pada handphone android

Cuba dulu pada 4G. Jika tiada signal keluar gantikan pada 3G.

PERINGATAN: Jika anda memilih 4G, pastikan anda mengembalikan setting kepada auto selepas menggunakan internet kerana dalam mode 4G, fungsi untuk membuat atau menerima panggilan tidak dapat berfungsi.

3. Buang widget dan aplikasi yang tidak digunakan

Apa itu widget? Widget adalah paparan seperti jam, kalender, Google search, ramalan cuaca dan sebagainya yang muncul pada homescreen handphone anda.

widget pada homescreen handphone android

Tahukah anda widget tersebut (terutama widget yang memerlukan sambungan internet untuk berfungsi) memakan kelajuan internet anda?

Bersihkan widget tersebut. Buang widget yang ada pada homescreen handphone anda melainkan anda betul-betul memerlukannya.

Bergantung kepada jenis handphone, cara membuang widget adalah seperti berikut:

Sentuh widget > Ikon tong sampah keluar > Tarik widget tong sampah

cara buang widget pada homescreen handphone android

Buang juga aplikasi yang anda tidak gunakan. Hampir semua apps yang ada di google play menggunakan internet untuk memperlihatkan iklan-iklan mereka.

TIP: Buang aplikasi yang sering muncul dalam notifikasi anda. Aplikasi inilah yang banyak menggunakan internet anda tanpa anda sedari

4. Guna aplikasi pelaju internet

aplikasi lajukan internet handphone android aplikasi untuk melajukan internet

Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dibuat khas untuk menambah kelajuan internet handphone anda? Anda boleh memuat turn aplikasi tersebut dari Google Play.

Berikut merupakan 2 antara yang terbaik:

  1. Internet Speed Master
  2. Internet Booster & Optimizer

Selepas install cuba buka pelayar internet anda untuk lihat jika terdapat sebarang perubahan. Tidak salah untuk mencuba bukan?

5. Gunakan pelayar internet yang laju

pelayar internet terpantas

Apa pelayar internet atau browser yang anda gunakan? Kelajuan internet handphone anda juga dipengaruhi oleh jenis pelayar yang anda gunakan.

Bedasarkan ujian yang dibuat oleh Edgar Cervantes yang mana telah diterbitkan dalam blog Android Authority, pelayar yang terbaik adalah Puffin.

Muat turun: Puffin

Nota: Chrome yang mana merupakan pelayar popular tidak memenangi mana-mana ujian kelajuan yang dijalankan.

6. Reset Internet Connection

Kadang-kadang akan terjadi gangguan sambungan internet handphone anda dengan menara pemancar. Ini selalu terjadi kepada handphone lama atau kurang RAM/premproses kecil.

Untuk mengatasi masalah ini, reset sambungan internet anda dengan cara:

  1. Padam dan pasang semula handphone anda atau;
  2. Aktifkan mod airplane dan untuk seketika kemudian kembalikan kepada normal mod.mod airplane pada handphone

7. Tutup operasi background bagi aplikasi yang tidak digunakan

Apabila anda membuka sesuatu aplikasi contohnya youtube kemudian membuka lagi aplikasi lain seperti pelayar internet, aplikasi terdahulu yang anda buka tadi akan terus beroperasi di background.

Ini akan memakan RAM anda dan seterusnya menjadikan internet handphone anda lembab.

Berikut merupakan cara untuk menutup aplikasi background tersebut.

  • Tekan menu aplikasi terbaharu. Menu ini adalah salah satu daripada 3 butang pada bawah handphone anda dan selalunya berbentuk segi empat. Untuk Infinix Zero 3, butang tersebut terletak pada sebelah kiri.menu butang aplikasi beroperasi
  • Paparan berikut akan muncul.Paparan aplikasi terbaharu
  • Tekan lambang X atau tarik keluar aplikasi yang anda tidak gunakan.

Atau,

  • Masuk ke bahagian setting handphone anda.
  • Cari bahagian Apps atau Appplication Manager. Nama bahagian ini mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone. Untuk Samsung ia dipanggil “Application Manager”, untuk LG adalah Setting>General>Apps. Untuk Infinix adalah “Apps”.Setting apps
  • Pilih aplikasi yang anda mahu matikan dan tekan “Force stop“.force stop aplikasi

Mahu cara lagi senang? Cuba gunakan aplikasi berikut:

Muat turun: Advance Task Killer

Cara gunanya:

  • Install.
  • Tekan untuk buka.
  • Tandakan (tick) pada aplikasi yang ingin anda matikan kemudian tekan pada “Boost (KILL)“.Advance task killer

8. Factory reset untuk reset semua setting

Internet masih lagi lambat? Mungkin sistem handphone anda sudah bermasalah. Seringkali terjadi untuk handphone yang telah digunakan sekian lama.

Cara paling mudah untuk mengembalikan setting dan sistem asal? Lakukan factory reset.

Jika anda perlukan bantuan cara untuk melakukan factory reset dan juga membuat back-up semua nombor, fail, video dan sebagainya boleh rujuk pautan ini:

Format Handphone: Cara Lengkap Backup & Factory Reset Android

Sudah mencuba semua tips untuk lajukan internet handphone yang dinyatakan diatas? Apa pendapat anda?

Bacaan tambahan: Tahukah anda bahawa internet handphone anda boleh jadi lambat disebabkan performance atau prestasi handphone anda? Jika anda mahu menambah prestasi handphone anda boleh cuba pautan berikut:

Handphone Lambat: 10 Cara Melajukan Handphone Android 2017

Jika anda mempunyai teknik lain kongsikan untuk panduan bersama pada ruangan komen dibawah.

Kongsikan pada kawan anda yang selalu mengeluh internetnya lambat..

Handphone LEMBAP : 10 Cara Melajukan Handphone Anda 2018

Ingat tak handphone android anda ketika baru sahaja dibeli? Laju, tidak lag, tidak hang…Kemudian selepas beberapa lama anda menggunakannya mulalah jadi lambat…Hingga anda pun jadi stress.

handphone lamabt punca stress

Ini adalah masalah biasa dan berita baiknya jika handphone anda dahulunya memang laju anda boleh mengembalikan kelajuan itu dengan beberapa cara.

Berikut merupakan 10 cara untuk melajukan handphone android anda. Tidak salah untuk mencuba bukan? Manalah tahu salah satu daripada teknik ini dapat memperbaiki prestasi handphone anda menjadi laju daripada sekarang?

Cara 1: Bersihkan Ruang Penyimpanan

Handphone perlu ruang untuk bergerak. Handphone yang terlalu penuh juga akan menjadi lambat.

Gambar yang anda ambil, video, apps yang anda install, dan fail-fail yang disimpan oleh apps yang anda install memakan ruang handphone anda.

INFO: Ruang kosong minimum yang diperlukan oleh android untuk berfungsi secara normal adalah 1GB. Lagi besar lagi bagus!

Anda boleh melihat status ruang kosong pada handphone anda dengan cara berikut:

Settings > Storage & USB > Internal storage

Bahagian paling atas memaparkan status semasa ruangan penyimpanan handphone anda:

bersihkan ruang penyimpanan (internal memory) handphone

Anda boleh membersihkan bahagian berikut:

  1. Apps
  2. Images
  3. Videos
  4. Audio
  5. Other
  6. Cached data

Jika anda tidak mahu membuang data tersebut, pindahkan atau buat backup pada komputer/laptop atau tempat lain dan padamkan.

Untuk fail-fail seperti sistem cache dan juga temp file, Jika anda tidak yakin atau tidak berani untuk membuang secara manual fail-fail tersebut, gunakan app Cheetah Mobile’s Clean Master.

Cara 2: Buang atau Kurangkan Widget dan shortcut pada Homescreen

Widget tersebut mungkin berguna tetapi ia juga memakan prestasi handphone anda. Buang widget tersebut melainkan anda betul-betul memerlukannya (bukan sekadar untuk mencantikkan homescreen anda).

buang widget pada homescreen

Berikut merupakan cara untuk membuang widget:

  • Sentuh widget dan tahan sehingga ikon ‘tong sampah‘ keluar.
  • Tarik Widget ke arah ikon ‘tong‘ tersebut.

Untuk mengaktifkan semula widget, tekan dan tahan pada mana-mana ruang kosong di homescreen hingga pilihan widget keluar. Pilih widget yang anda mahu

Untuk membuang shortcut anda boleh menggunakan cara yang sama.

Cara 3: Padam atau Kurangkan Animasi

Bergantung kepada jenis/jenama handphone android yang anda miliki, terdapat pelbagai animasi untuk menjadikan handphone anda lebih menarik.

Tetapi malangnya animasi ini juga mengurangkan prestasi handphone anda. Padam animasi tersebut untuk menambah kelajuan.

Berikut merupakan langkah untuk mengubah setting animasi pada handphone anda:

Langkah 1: Aktifkan “Developer Options” pada handphone anda

Cuba cari pilihan “Developer Options” pada setting anda. Selalunya ia berada dalam bahagian “System“.

kedudukan developer option dalam setting

Jika anda tidak dapat mencari “Developers Options” bermakna ia belum diaktifkan.

Untuk mengaktifkan pergi ke Settings > About phone > Build number dan sentuh “Build number” berulang-ulang hingga notifikasi yang menyatakan “Developers Option” sudah diaktifkan keluar.

cara aktifkan developer option pada android

Langkah 2: Masuk ke dalam “Developers Option” dan cari 3 bahagian berikut:

  1. Window animation scale
  2. Transition animation scale
  3. Animation duration scale

animasi option pada android

Langkah 3: Ubah setting kepada nilai yang terkecil seperti .5x ataupun padamkan sama sekali.

Langkah 4: Restart handphone anda untuk melihat hasil.

Cara 4: Padamkan Aplikasi yang tidak digunakan

Padamkan aplikasi yang tidak digunakan untuk melajukan handphone

Handphone android boleh menggunakan banyak aplikasi pada masa yang sama.

Jika anda perasan anda boleh berpindah kepada sebarang aplikasi yang anda guna sebelum ini dengan cepat dengan cara menekan butang “recent screen” pada homescreen handphone anda.

Bergantung pada jenis handphone anda, butang “recent screen” adalah salah satu daripada 3 butang yang terletak dibawah skrin handphone anda.

Tekan butang “recent screen“, dan tutup app yang anda tidak gunakan dengan cara menarik ketepi/keluar.

Cara 5: Restart handphone anda

Ini adalah salah satu cara paling mudah. Kadang-kadang anda tidak sedar handphone anda sudah berhari-hari berpasang (mungkin sudah berminggu atau berbulan?).

Penyelesaian paling mudah? Restart. Restart akan mengosongkan cache, memberhentikan proses-proses yang tidak diperlukan dan menjadikan handphone anda fresh.

Cara 6: Optimumkan pelayar internet (Chrome)

Jika anda gunakan Google Chrome sebagai pelayar internet anda, aktifkan “Data Saver Mode” untuk menjadikan ia lebih pantas. Selain itu ia juga boleh menjimatkan data!.

Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan “Data Saver Mode“:

  1. Buka pelayar internet Chrome anda.
  2. Sentuh menu pada bahagian kanan atas (3 titik bertindih).menu google chrome
  3. Pilih Setting.bahagian setting google chrome
  4. Pilih Data Saver.
  5. Pastikan ia dalam keadaan “On“. Butang on off terletak pada bahagian kanan atas.data saver on google chrome

Cara 7: Jangan gunakan “Live Wallpaper”

Ya, Live Wallpaper menjadikan homescreen anda cantik tetapi ia juga memakan prestasi handphone anda.

Jika anda mengutamakan kelajuan gantikan “Live Wallpaper” dengan wallpaper biasa.

Cara 8: Pastikan Software Handphone anda Up-to-Date

sistem android terbaru up to date

Adakah anda sering menangguhkan notifikasi untuk update kerana ia melecehkan atau atas alasan seperti jimat data, proses yang lambat atau tidak cukup ruang?

Sila ingat, update bukan sahaja untuk memperkenalkan fungsi baru tetapi juga untuk menyelesaikan masalah seperti sekuriti dan juga untuk meningkatkan prestasi.

Pastikan handphone anda sentiasa up-to-date dan yang paling penting jangan tangguhkan sebarang update untuk sistem handphone anda.

Untuk periksa secara manual sama ada sistem handphone anda updates atau tidak, gunakan cara berikut:

Settings > About phone > System update

Cara 9: Hentikan automatik ‘Sync’

tutupkan auto sync data

Tidak dinafikan fungsi ‘sync’ merupakan fungsi yang amat baik untuk memastikan anda tidak kehilangan data jika handphone anda rosak, hilang dan sebagainya.

Akan tetapi fungsi ini juga menurunkan prestasi handphone anda kerana ia sentiasa melakukan ‘sync’ tanpa anda sedari.

Anda tidak perlu tutup kesemua fungsi ini, anda hanya perlu tutup sebahagian untuk mengurangkan beban pada handphone anda.

Untuk pergi ke bahagian ‘Sync’:

Settings > Account > Others Accounts

Anda akan nampak akaun app yang anda daftar sini seperti facebook, Google, Messenger, Twitter, WhatsApp, Email dan sebagainya.

Anda boleh tutup fungsi ‘Sync’ untuk mana-mana apps yang anda mahu dan aktifkan secara manual jika perlu.

Untuk tutup, pergi ke mana-mana akaun pilihan dan padamkan.

Sebagai contoh saya menutup kesemua fungsi ‘Sync’ untuk Google. Saya mengaktifkan fungsi ini sekali seminggu untuk update data kemudian memadamkannya kembali.

Cara 10: Lakukan Factory Reset!

factory reset handphone android

Cara terakhir jika semua teknik diatas tidak berkesan – Factory Reset

Factory reset akan menyapu semua apps dan data anda (termasuk contact dan detail akaun anda) mengembalikan keadaan asal ketika anda mula-mula membeli handphone tersebut.

Factory reset tidak memadam external memory card anda. Jika anda ingin mengosongkan external memory, lakukan dengan cara manual

Sebelum menggunakan cara ini pastikan anda membuat backup untuk data penting seperti contact number dalam handphone anda.

Jika anda memerlukan panduan penuh boleh rujuk post ini: Format Handphone – Cara lengkap untuk factory reset & buat backup.

Berikut merupakan cara untuk melakukan Factory reset:

Setting > Backup & reset > Factory data reset

Melainkan handphone anda mempunyai masalah komponen (hardware), cara ke – 10 ini selalunya berkesan…

Adakah post ini dapat membantu anda? Kongsikan pada rakan anda yang handphonenya agak ‘lembab‘..

Sumber: ithmm.com