“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” – Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman

Layanan kelas pertama yang diberikan oleh pelakon Datin Eina Azman terhadap pembantu rumahnya membuatkan netizen sebak.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Eina, pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu ini memuat naik video pertemuan semula dengan pembantu rumahnya yang dipanggil Bik Poji.

Keadaan Bik Poji yang kurang sihat membuatkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menyediakan sebuah bilik hotel untuk dijadikan tempat penginapan Bik Poji.

Video tersebut memaparkan kesedihan Bik Poji yang terharu kerana dapat kembali bekerja semula dengan Eina dan keluarga.

Salam guys… For those yang always DM saya tanya about my Bik Poji, here we go. After two months tak jumpa Bik Poji, sebab Bik Poji sakit TB dan doktor sarankan dia duduk luar sebab saya ada anak kecil-kecil takut berjangkit.

“Nak hantar balik kampung Bik Poji tak nak sebab dia masih nak berkerja. So takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat?

“So me and hubs decide ambil hotel for two months untuk bagi dia rest cukup dan pulihkan diri dia. Sebab dia on medication for two months.

“Last two months Bik Poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi, kami semua risau. But Alhamdullilah semuanya dah okay dan saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi,” tulis Eina.

Eina turut menyertakan hashtag seperti #bibiksayatakpernahlaribilakerjadengansaya #sebabsayatakpukulmakihamunbibik #sayajagakebajikanbibiksayasemua #jangantauamikbyk2bibikuntukSHOWOFF #layanlahmerekamacamkeluargabukanbinatang

Rata-rata netizen turut sama-sama sebak melihat keikhlasan hati Eina melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Pengikut laman Instagram Eina juga memuji ikatan mesra yang terjalin antara Eina dengan pembantunya.

Dalam perkembangan lain, Eina kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro Ria.

Selain Eina, drama bersiri arahan Michael Ang yang bakal bersiaran sempena kedatangan Ramadan ini menampilkan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid sebagai teraju utama.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Eina

Sumber: gempak.com

Fauziah Ahmad Daud Jemput Fattah Amin Masuk Kelas Lakonan

Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy menjemput Fattah Amin untuk memasuki kelas lakonan yang diadakan olehnya.

Menurut Ogy, dia mahu Fattah untuk mempelajari lebih banyak teknik berlakon supaya dapat memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.

“Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular.

“Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon.

“Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan.

“Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu itu akan menggandingkan Liza Hanim dan Safura selain Fauziah Ahmad Daud sebagai pengacara.

Sepetang Bersama Bonda Ratuku akan berlangsung pada 1 Mei depan bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur bermula pukul 2.30 petang.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM10,000 (Pakej Korporat), RM5,000 (Pakej Bonda) dan RM150 (Individu) serta RM80 (Kanak-Kanak).

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembelian tiket boleh menghubungi 019-2975260 (Samirah) atau 016-3787863 (Cik Emyllia).

Sumber: gempak.com

“Bazir Data Internet Aku Je” – Netizen Kecam Nazim Othman Cover Lagu Di Matamu

Pelakon Nazim Othman menerima kritikan netizen yang mengecam suara nyanyiannya.

Merakamkan lagu cover Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik video tersebut di laman YouTube, Nazim membuat penampilan dalam video nyanyian pelakon Fatin Afeefa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kecaman negatif terhadap cara nyanyian Nazim.

Selain kecaman tidak membina, ada juga yang memberi kritikan yang berunsur positif terhadap Nazim.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di saluran YouTube Fatin pada 28 Mac itu mendapat hampir 370,000 tontonan serta menduduki tangga ke-37 dalam carta trending.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Nazim, Monalisa kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: gempak.com

Mila Kunis Malaysia! Netizen Puji Wajah Nad Zainal Makin Jelita

Seiring pertambahan usia, pelakon Nad Zainal semakin kelihatan jelita hingga ada peminat yang melabelkannya sebagai Mila Kunis Malaysia.

Menerusi perkongsian wajah terbaharu Nad di entri jurusolek popular baru-baru ini, foto Nad yang dioles solekan sederhana itu menarik perhatian netizen.

“Nanad (Nad) by me, nak make up dia dari zaman kerja retail lagi 7 tahun lepas, sekarang impian sudah tercapai,” tulis jurusolek @nvdism.

Jawab Nad dalam ruangan komen foto itu; “Nad tu kekwat (sombong) ke? Teruk betul 7 tahun, lepas tu post 60 gambar semalam. Tak move on.”

Peminat pelakon filem Kami Histeria itu juga memuji penampilan Nad yang bertaraf antarabangsa.

“Buka IG terus nampak gambar ini. Ingat minah saleh mana, rupanya Nad Zainal. Cantiknya,” tulis @dianajamaludin.

“Nampak macam tanner version Chloe Morello. Cantik!” puji @thekakeryperth.

“Wah! Lainnya muka dia,” tambah @chukieschuk.

Apapun, jom lihat wajah dahulu dan sekarang Nad Zainal. Mungkin sekitar 7 tahun lepas?



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nvdism, @nad.zainal

Sumber: gempak.com

“Meremang Dengar Lagu Ni Woi!” – Netizen Luah Rasa Seram

Pastinya ramai yang tertanya lagu apakah yang diangkat sebagai lagu tema untuk filem Dukun terbitan Astro Shaw.

Lagu yang turut disimpan selama 12 tahun itu mempunyai aura tersendiri dan menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.

Berjudul Merana Jiwa, lagu runut bunyi itu dinyanyikan sendiri oleh Datin Seri Umie Aida dan Elyana.

Menariknya, komposer lagu ini merupakan insan sama yang mecipta lagu popular untuk runut bunyi filem Ombak Rindu, Zaidi Abd Rahman.

Penyanyi Atilia turut berkolaborasi dengan Zaidi dalam menciptakan lirik untuk lagu Merana Jiwa.

Sudah dimuat naik di laman YouTube Astro Shaw semalam (5 April 2018), lagu ini sudah mendapat lebih 22,000 tontonan.

Di ruangan komen, peminat meluahkan rasa seram mereka selepas mendengar lagu ini.

Ada juga peminat yang memuji melodi lagu ini yang sesuai dengan jalan cerita filem Dukun.



Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: gempak.com

Pergi gimnasium setiap hari tapi kesihatan gigi bagaimana? Ramai Orang Lupa Pada Kesihatan Gigi

Anda mungkin semakin sihat dari segi fizikal tetapi adakah anda turut menjaga kesihatan mulut? Sesibuk mana pun anda, kesihatan gigi jangan sesekali diabaikan. Kalau anda boleh habiskan empat ke lima jam sehari di gimnasium ataupun beriadah, apa yang anda lakukan untuk memperbaiki kesihatan gigi?

Di atas usaha mendidik rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan gigi, Colgate-Palmolive, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Bulan Kesihatan Mulut 2018 yang berlangsung sepanjang Mac ini.

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

PIC: INSTAGRAM/@FAHRINAHMAD_FA

Gigi cantik Fahrin Ahmad.

Gigi yang cantik akan memberikan senyuman yang menawan. Selari dengan Bulan Kesihatan Mulut ini juga, pelakon, pengacara TV dan peminat kecergasan, Fahrin Ahmad telah dilantik sebagai duta Bulan Kesihatan Mulut 2018. Nak tahu macam mana Fahrin jaga kesihatan mulut? Ikuti empat caranya menjaga kesihatan gigi.

Langkah 1 – Berus

Berus gigi anda selama dua minit, dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida. Jangan lupa juga untuk flos gigi anda.

Langkah 2 – Tukar

Tukar berus gigi anda tiga bulan sekali. Jangan biarkan berus gigi anda kembang kerana ia gagal berfungsi dengan baik.

Langkah 3 – Kumur

Bilas mulut anda dengan larutan pencuci mulut secara harian untuk perlindungan yang lebih maksimum.

Langkah 4 – Doktor gigi

Kunjungi doktor gigi dua kali setahun untuk pemeriksaan dan nasihat. Kunjungan ke klinik pergigian memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Doktor gigi akan memberikan nasihat untuk penjagaan serta mengesan sebarang masalah yang tersembunyi.

“Tak Nak Kembali Bercinta Ke?”Neelofa Temani Hans Isaac Di Genting Highland

Pelakon dan pengarah popular Datuk Hans Isaac terlihat makan malam bersama dengan Neelofa di sebuah Restoran terkemuka di Genting Highland.

Difahamkan pasangan ini baru sahaja selesai menonton konsert bintang sensasi R&B, John Legend. Konsert yang dikenali sebagai ‘Jelajah Darkness and Light World’ itu diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Perkara ini telah disedari peminat selepas sebuah video yang dimuatnaik oleh teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly di Instagram Stories. Video singkat itu menunjukkan Hans Isaac ada bersama di Restoran itu menikmati hidangan Burger Lobster di Sky Avenue, Resort World Genting.

Hangat.com difahamkan, secara kebetulan Neelofa juga turut memuatnaik video dia menikmati hidangan yang sama di Restoran terkemuka itu. Kedua-dua video secara tak langsung telah mengesahkan bahawa pasangan ini menonton bersama-sama konsert John Legend.
Walaupun pasangan ini telah membawa haluan sendiri semenjak berpisah pada tahun 2014 yang lalu, ada desas-desus mengatakan mereka telah kembali menjalinkan hubungan cinta. Betul ke dakwaan ini?