Kodeks Kompleks Malique Dalam Lagu Pejamkan Mata

Seperti lagu-lagu Malique yang sebelum ini, pertama kali aku terdengar lagu Pejamkan Mata nyanyian bersama Dayang Nurfaizah di corong radio, aku terpesona dengan bait-bait liriknya. Lekas-lekas aku cari senikata lagu itu.

Malique adalah salah seorang penulis yang aku kagumi. Aku jatuh cinta dengan bidang penulisan dan sastera kerana pemuzik ini.

Kerana beliau, perbendaharaan kata aku pesat berkembang. Kerana beliau aku berjinak-jinak menulis. Kerana beliau kini aku seorang penulis.

Puitis lirik lagu Malique memang sudah terkenal seninya. Namun seni beliau lebih daripada itu. Aku berpendapat beliau adalah sasterawan lirik rap paling agung dalam sejarah muzik Malaysia.

Izinkan aku kupas lagu terbaru beliau — Pejamkan Mata, untuk membuktikan betapa hebatnya lirik nukilan Tuan Jeneral.

Lirik lagu ini sarat dengan elemen sastera, tapi aku akan fokus hanya kepada elemen rima(rhyme), kerana dalam lagu rap, rima adalah antara ramuan utama rap flow.

Malique gunakan teknik rima yang kompleks, dan setanding dengan kompleksnya lirik lagu-lagu Eminem:

1. Skima Rima
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Tak pernah dengar istilah-istilah rima ini?

Kau dengar dulu lagunya:

Lirik penuh, glosari dan penerangan rima ada di bawah.

Lirik Pejamkan Mata

Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam,
Dengar, patuh dan terpaku tunduk,
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk,
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai,
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai,
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan,
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan,
Dah diragut total, cinta resiprokal,
Bila dipersoal kekal equivokal.

Katanya tanggal tali leher itu,
Cukuplah seharian digembala,
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala,
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur,
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator,
Dikabur takbur shabab yang bermusim,
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim,
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin,
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur,
Masyghul, runsing… jah.

[Korus: Dayang Nurfaizah]
Pejamkan mata,
Mata yang lesu itu,
Dan mimpikan yang indah,
Mimpikan aku,
Biarkan gelita,
Menghapus derita,
Pejamkanlah matamu.

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi,
Dari tenggara namaku diseru,
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru,
Katanya mata penamu tak mencoret solusi,
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi,
Manusia kan sentiasa menyakiti,
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi,
Masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal,
Semoga afdal bertemu di astral,
Selamat tiba kita ke republik cinta,
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan,
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista,
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan,
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli,
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan,
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi,
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan.

[Korus: Dayang Nurfaizah]

(Malique)
Hakikatnya nirvana di sana,
Di sini masih lagi samsara,
Cuba tak diperhambanya dunya,
Sukar tapi aku cuba,
Sukar tapi aku cuba ya.

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman,
Serimu yang dulu,
Kembali ke dakapan,
Ku perlindunganmu,
Walaupun gerhananya,
Seakan tak berakhir,
Selagi ku di sisi,
Tak usah khuatir.

[Korus]

Glosari

Kencana – emas.
Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
Hering – burung pemakan bangkai.
Canggung – kekok, kaku, janggal.
Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
Kantor – ibu pejabat.
Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
Kasur – alas tidur, tilam.
Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
Solusi – penyelesaian masalah.
Revolusi- perubahan.
Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.

Rangkap 1

Rangkap pertama dimula dengan satu baris solitari— X.

Seterusnya, disusuli dengan 4 baris dengan skema rima “AABB”. Baris pertama dan kedua mempunyai rima akhiran tidak sempurna.

Manakala, baris ketiga dan keempat mempunyai rima akhiran sempurna.

Itu basik. Semua orang tahu. Mari pergi lebih dalam.

Di baris kedua, Malique menggunakan rima dalaman. Rima dalaman adalah pengunaan kata yang rima dengan kata lain selain di akhir baris. Di sini, “rujuk” dan “telunjuk” adalah rima dalaman.

Selain itu Malique juga menggunakan teknik asonans dalam baris kedua itu. Asonans adalah pengulangan huruf vokal (a,e,i,o,u) yang sama di dalam baris.

Dalam frasa “sujudnya rujuk telunjuk”, huruf U diulang 6 kali dalam 3 kata. Asonans ini menjadikan aliran rap sangat lancar.

Baris ketiga dan keempat sangat baik, ia mempunyai rima pelbagai sillabus.

Kedua-duanya mempunyai sintaks ayat yang sama.

Jumlah silibus kedua-dua baris yang sama, iaitu 15 sebutan.

Malah jika dibanding baris itu atas dan bawah, boleh lihat ia sepadan secara visual.

Tenagamu/ kencanaku/ kedanamu/ketawaku — pula adalah rima dalaman dengan gandaan sempurna. Rima akhiran baris-baris ini—gawai/ sawai, juga rima sempurna.

Pendek kata, serba sempurna.

4 baris berikutnya juga mengaplikasi semua elemen yang disebutkan.

Bahagian 2, rangkap 1

Bahagian kedua rangkap pertama, Malique menggunakan pula elemen rima yang dinamakan Aliterasi.

Aliterasi adalah penggunaan perkataan yang mempunyai huruf awalan yang sama.

Jika tidak silap ia juga dinamakan Rima Awalan.

Karektor/ kartun/ kantor/ karikatur/ diktator —a dalah contoh aliterasi dan pada masa yang sama ada unsur rima dalaman.

Satu lagi contoh aliterasi adalah — Al-Malik/ Al-Kudus/ As-Salam/ Al-Mukmin.

Jika dilihat, Al-Malik dan As-Salam rima sedikit lari, namun ia boleh diterima pakai dan kadangkala disebut Rima Mirip.

Skema rima untuk kuartet terakhir rangkap pertama adalah “AAAA”, namun akhiran dua baris terakhir — Al-Mukmin/ runsing, menggunakan Rima Mirip.

Rima mirip adalah sesuatu yang digunakan untuk memberi sedikit kebebasan kepada penulis, kerana sesetengah perkataan sukar untuk dipadankan dengan rima yang sempurna. Ia juga dikatakan memberi nilai insani pada sesebuah lagu/ puisi— agar tidak terlalu keras dan rigid.

Rangkap 2

Melompat ke kuartet ke ketiga dan keempat rangkap kedua. Kuartet-kuartet ini menggunakan skema rima ‘“ABAB”. Skema ini agak popular. Pantun 4 kerat lazimnya menggunakan skema rima ini.

Sekarang kau tahu kenapa lirik lagu-lagu Malique berhantu macam taruh candu.

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara teknikal dalam penulisan lirik lagu ini, tapi nanti ada yang aku terlebih analisis. Itu belum aku sentuh bab pemilihan perkataan dan topik lagunya. Belum lagi tentang kemahiran Malique dalam mempersembahkan puisi tulisannya dalam butiran rap.

Aku berpendapat Mr. General (Malique) adalah penulis lirik rap paling agung dalam lapangan muzik Malaysia. Mungkin juga di seantero Nusantara. Salut!

Nota ikhtisar:
1. Skima Rima AABB, ABAB
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Ikuti FB Dr Kamarul Ariffin untuk lebih banyak informasi.

Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Bibir Senget Kerana Alami ‘Bellpalsy’

Bellpalsy adalah salah satu kondisi dimana otot di muka anda menjadi lemah dan lumpuh. Selalunya, bellpalsy ini akan memberi kesan kepada sebelah kawasan wajah sahaja dimana sebelah wajah anda tidak akan berfungsi seperti biasa. Begitu juga dengan pengalaman yang dikongsikan oleh ibu ini mengenai anaknya yang dikatakan mengalami bellpalsy gara-gara selalu  korek telinga? Bahaya tu!

 

PERKONGSIAN PENGALAMAN ANAK SAKIT BELLPALSY

Assalamualaikum . Ramai yg pm Mai pasal anak saudara Mai yg sakit bellpalsy haritu. So Mai dah minta permission mama dia untuk share tentang penyakit Lala untuk share dengan uolls.

Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dalam dua hari. Then kita bagi ubat demam je sebab memang selalu spare kat umah lgpun klinik jauh. Jarang bawa pergi gov klinik sbb mls nk tunggu. So kita bg je ubat bli kt klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek ) Lepas dia makan ubat tu sihat. Main mcm biasa dengan Annur.

30.1.2018

Malam tu dia selalu gosok-gosok mata dia. Mata dia berair mcm gatal. Saya yang jaga dia masa tu. Saya basuh muka dia dengan air bersih takut kena habuk or apa2. Tp still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dgn Annur die gelak kitorang tengok mulut die senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut die buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.

31.1.2018

Pagi die bangun tidur nangis2 mcm x selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. baring kdang2 nyanyi lagu.. mak sy dukung Lala tanya dia nak apa..semua die xnk n die nangis2 makin kuat. Masa tu nmpk mulut die bertambah senget dr mlm td.. bila nangis mata dia x tertutup dua2 belah mata.Abah dh bising suh siap2 pegi klinik sekarang. Masa diorang g klinik sy takde. Diorg pergi klinik kat segamat (klinik utama) doc tu terkejut die ckp tak pernah handle kes mcm ni. So die buat surat refer kecemasan hp segamat. Then m.a cek dia ckp gusi bengkak. Die bg ubat antibiotic. Kne mkn smpai habis.

SARAF MUKA MATI, MUKA JADI SENGET SEBELAH

1.2.2018

Kitorang macam x puas hati m.a tu ckp gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yg ada pakar kanak2. Diorang pergi klinik mesra dkt jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dlm bhsa melayu sakit saraf ke 7. Doc ckp punca sakit Lala ni sbb korek telinga mungkin terkena urat telinga.. apa yg doc ckp tu mcm betul sbb sblm sakit tu mmg ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah n kuman dtg n mkn saraf muka sbb tu saraf muka mati n muka jd senget sebelah. Doc bg 3 jenis ubat. Seteroid n lg dua x ingat. Doc cina tu bg masa 4 hari utk follow up semula.

5.2.2018

4 hari lepas tu cek balik kt doc klinik mesra cek semula dia kata xde perubahan. Masa tu rasa sedih sgt. Doc suruh stop ubat n refer hkl . Tp kitorang tengok mcm dh kurang sikit mulut Lala senget lpas mkn ubat tu. Utk keselamatan ikut ckp doc pergi hkl mlm tu jugak.

6.2.2018

Pagi-pagi lagi pergi HKL. Bahagian kecemasan dan MA tu ckp sakit gusi. Dia bagi antibiotic. Nak surat refer bahagian paed. Tapi tak sempat masuk paed sebab dah tutup awal. So continue esok.

7.2.2018

Pergi hkl bhgian paed. Dtg awal klu nk balik awal. So diorang dtg kul 7 pg tu pun dpt no 4. Ada yang lagi awal dari diorg haha.. so cek dengan pakar kanak-kanak. Doc tu cakap mmg sakit bell palsy. N dia tanya kenapa stop ubat yg klinik swasta bg tu.. kitorg ckp doc swasta takut sakit lain klu continue ubat tu. Doc hkl ckp bell palsy mmg selalu jadi lepas budak2 demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah dan cepat sgt demam.. so doc bg antiniotic n steroid jenis tablet. (Fikir mcm mana nk bg pil kt lala) kene makan dlm msa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.

Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecik mcm taik idung tp pahit sgt2. Campur dlm air gula , sup tetap terasa pahit die.. yg tua pun x boleh telan inikan pula budak kecik.. mlm tu mmg xdpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotic je. Huhu

8.2.2018

Mama cari ubat yg sama mcm klinik mesra bg kt klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yg sama mcm tu. Lala boleh mkn dgn baik.. dia nangis xnak sbb pahit tp x sepahit pil tu..haha sian lala. Dgr die nangis merayu2 xnk mkn ubat kesian sgt. Hakak mmg lari jauh dh nt hakak hujan huhu.

22.2.2018

Ubat dah habis. Kitorang nmpk bnyk perubahan kt mulut lala. Mata pun dh berkelip sekata. Ckp pun x senget2 mulut. Alhamdulillah.

13.3.2018

Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya x perlu dtg hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga xkn dtg hospital dah smpai bila2..

Moral : Jangan terlalu obses nak korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yg terkeluar tu je..bahaya utk kanak-kanak..diorang xtau nak explain sakit mcm mana. So beware ok!

Moral : Kalau demam terus pegi cek jangan tangguh. Jgn suap ubat sesuka hati. Kita xtau sakit dlm badan dia.

Tq kawan2 yg doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan2 mai dr bff, yg kje nurse, pharmacist, tqsm sbb beri tunjuk ajar cmne nk bg ubat kt lala.. tq tau.

Sumber: Siraplimau

Perkara Anda Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Kaya

Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.
Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?
Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.

1. Ghairah untuk capai kejayaan

Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan penolakan orang lain.

2. Membaca untuk majukan diri

Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.
Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Bersenam sihatkan fikiran
Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.
Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

4. Suka berjimat dan menabung

Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.
Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.

5. Ada pembimbing & berikan bimbingan

Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.
6. Bina hubungan baik
Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.
7. Mencari ketenangan diri
Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.
Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.
Kredit: The Malay Mail Online

“Menangis Pun Merdu” | Video Tangisan Baby Girl Siti

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Entri yang dimuat naik awal pagi ini turut memaparkan pakaian pertama bayinya dan video tersebut menarik perhatian peminat.

“Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai, kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke?” tulis Siti.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #BabyCTDK.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 3,500 komen dari netizen dan meraih hampir 1.2 juta tontonan.

Peminat Siti menyatakan rasa teruja mereka apabila mendengarkan suara anak Siti.

Ada juga antara pengikut laman Instagram Siti memuji suara tangisan ‘comel pipi merah’ yang kedengaran merdu.

Selain itu, menerusi entri terbaru di laman Instagram Siti, penyanyi lagu Nian di Hati itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri sulungnya.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” tulis Siti.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti

Sumber: gempak.com

Gaya Pakaian Sheila Rusly Dikritik

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mengkritik gaya pemakaiannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila Rusly mengakui tidak mengetahui punca sebenar pihak terbabit berkata demikian kepadanya menerusi ruangan ‘Direct Message” (DM) di akaun media sosial.

“Netizen DM sis “Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!” cantik betul bahasa dia. Ha ha ha aku ketawa.

“Kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia itu tak kacau hidup LU pun!.

“Life is too short. Tak payah mencari salah orang je,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dan mengakui pakaian yang digayakan oleh Sheila Rusly tidak mempunyai sebarang masalah.

“@fyhannah_: Cemburu la tu kak. Macam orang cakap ‘fashion have no limit” walaupun dah berusia apa salahnya kalau masih ada style. Janji tak bercanggah dengan agama Islam.”

“@laili33: Apa masalah degan pakaian yang dipakai oleh Sheila Rusly? Cantik dan sopan apa. Untuk yang kecam tu ‘please go get a life.”

“@noi_nadyaE: Dia dengki tu sis makin gojes. Busuknya hati dia kan. Tak sangka ada juga manusia macam tu.”

“@amiee_nur” Abaikan jer sis. Fesyen tak mengenal usia. Mungkin dia ada masalah jiwa tu kak Sheila Rusly.”

“Mereka Pernah Nak ‘Try’ Saya” | Wani Kayrie

Penyanyi muda yang baru mendapat keputusan cemerlang SPM, Wani Kayrie mendedahkan dia menerima ucapan tahniah tak putus-putus termasuk daripada individu yang pernah cuba mendekatinya.

Kata Wani, 18, selain kenalan dan individu berkenaan, ucapan itu turut diterima daripada individu yang disukainya.

“Ya memang benar ada berderet-deret ucapan tahniah saya terima daripada media sosial untuk SPM dan hari jadi namun kebanyakannya daripada kawan-kawan, peminat dan crush saya sendiri.

“Saya juga ada terima ucapan daripada beberapa individu yang pernah cuba mengorat saya. Tapi saya malas nak layan.

“Sebab saya tak suka membuat orang menaruh harapan, kalau nak berkawan layan cara kawan betul-betul.

“Kalau saya melayan nanti mereka (terutamanya lelaki) akan melebih-lebih pula,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di Hotel Midah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Wani akui ada beberapa individu cuba mengambil kesempatan untuk berkenalan dengannya lebih rapat kerana tahu statusnya sebagai penyanyi

“Ada juga saya rasa lelaki yang pernah cuba berkenalan dengan saya kerana tahu saya ada nama.

“Tetapi jujurnya saya tidak boleh menerima lelaki yang mendekati saya kerana nak popular atau mengejar nama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Wani bakal melancarkan album sulungnya yang mengandungi enam lagu termasuk Jangan Jangan dan Aku Suka Kamu.

Julai nanti, Wani bakal menyertai pertandingan nyanyian World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood, Amerika Syarikat.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @wanikayrie

Gadis 19 Tahun Juara Pertandingan Punggung Paling Cantik

Bagi setiap wanita sudah tentu mahu memiliki bentuk tubuh yang cantuk, terutama sekali pada bahagian dada , perut dan juga punggung.

Kerana bahagian inilah yang menjadi penentu adakah wanita tersebut memiliki tubuh seksi ataukah tidak. Siapa sangka wanita yang bernama Gao Qian berasal dari China ini telah menjadi pemenang pemilik punggung cantik.

Pertandingan yang diadakan pada 24 Jun 2017 yang lalu telah membuat tubuh cantik dan seksi Gao Qian dinobatkan sebagai pemenang dari pertandingan tersebut.

Walaupun usianya baru masuk 19 tahun, Gao telah berjaya membuat para juri terpikat dengan kecantikan tubuhnya, terutama pada bahagian punggungnya. Namun, kemenangan ini membuatkan kehidupan Gao menjadi tidak aman.

BACA  (VIDEO) Sedih! Tendang Ibu Kerana Telefon Pintar

Gao Qian mengaku sudah tidak berani lagi mengenakan pakaian ketat ketika berada di tempat umum. Kerana jika itu dilakukan, akan ramai orang yang mengelilinginya dan mula menunjuk – nunjuk pada bahagian belakang tubuhnya.

Gao merupakan pelatih peribadi separuh masa dan juga vlogger popular. Dia menghabiskan masa selama enam jam di dalam gim untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Sumber Dailymail

Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia!

Perkembangan terbaru Intan, dia baru sahaja berpindah ke Jakarta kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli yang ditugaskan ke republik itu namun dia tidak mempunyai jangka masa tertentu untuk menetap di sana.

Menurut laporan dari Utusan Online, anak-anaknya kini meneruskan pengajian di Jakarta dan karier seninya masih diteruskan.

“Saya pindah sementara sahaja. Suami kena bertugas di Jakarta. Setakat ini, saya pun tak boleh hendak sahkan berapa lama kami bakal menetap di sini. Cuma anak-anak semua akan meneruskan pengajian di sini.

“Kerjaya seni masih diteruskan. Ulang alik sahaja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur taklah jauh mana. Sekarang setiap hari ada penerbangan. Kalau ada tawaran persembahan, saya akan balik,” 

Sudah kewajiban isteri untuk taat pada suami maka haruslah ikut suami hijrah ke luar negeri. Syurga isteri kan di tapak kaki suami!

BACA  Haida Tersingkir Di Gegar Vaganza Kerana Tidak Popular?

Inta akui sebelum ini ada lancarkan single tetapi mungkin kurang promosi jadi lagu itu kurang mendapat sambutan. Namun sebelum Aidilfitri ini dia merancang untuk keluarkan single terbaru dan akan rancang strategi yang lebih berkesan.

Sumber Utusan

Akta Kanak Kanak : Ibubapa perlu Ambil Tahu!

Lumrah setiap pasangan di dunia ini inginkan zuriat dan zuriat yang dilahirkan akan dijaga sepanjang masa. Sejak lahir tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah hujung nyawa, sudah pasti ibu bapa akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dari alam rahim, bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa, sudah pasti ada kasih sayang yang bertaut di antara insan-insan ini.

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kita pun adakalanya masih ingat dengan zaman kanak-kanak kita yang penuh dengan kegirangan dan kegembiraan. Bak kata orang, masa zaman kecil tidak perlu fikir apa-apa berbanding sekarang yang sudah dewasa dan bekerjaya. Itulah putaran roda hidup yang sentiasa berpusing saban masa.

Kita juga tahu bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.

Kasih anak hingga ke syurga

Anak-anak perlu dilindungi

Saban hari kita dimomokkan dengan pelbagai kisah dari seluruh dunia tentang kanak-kanak yang menceritakan seribu satu kisah. Ada yang menantikan anak dalam kandungan, kelahiran anak yang sudah lama ditunggu, anak dengan pengasuh, anak masuk sekolah, anak masuk institut pengajian tinggi, anak berkahwin dan sudah tentu semuanya bermula dari zaman kanak-kanak.

Memang benar bayi yang lahir ibarat kain yang putih, dan ibubapa yang mencorakkan kain itu dengan warna-warna kehidupan. Anak-anak perlu dijaga dengan cukup kasih sayang. Bukan dibiarkan dan diabaikan tanpa belas kasihan. Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.

Sudah menjadi peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat.

Pelbagai kes pengabaian dan penderaan didakwa

Mengabaikan anak satu kesalahan besar.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Seharusnya dijaga dan dibelai dengan kasih sayang tidak berbelah bagi. Begitu juga apabila dikurniakan lebih daripada seorang anak. Kasih sayang tidak sepatutnya dibeza-bezakan antara adik beradiknya. Tanggungjawab yang berat bagi ibubapa atau pengasuh yang menjaga anak-anak kecil ini kerana kecuaian akan melibatkan pelbagai perkara serius contohnya kecederaan dan penderaan.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Di Malaysia telah cukup banyak kes-kes penderaan atau pengabaian bayi dan kanak-kanak. Ada yang tidak masuk akal dan ada yang memberikan impak dan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga mangsa.

Kanak-kanak juga tidak boleh disuruh mengemis

Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga.

Pembedahan ‘Burr Hole’ untuk mengeluarkan darah beku

Doa untuk Farhan

Kisah adik Muhammad Farhan yang berlaku sudah tentu ada sebab musababnya kerana itu ada Hikmah Allah menguji hambaNya. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan diiringi doa-doa semua tanpa henti, Farhan telah boleh bernafas tanpa menggunakan mesin bantuan oksigen pada pagi Jumaat hari kelapan dan discaj daripada Hospital sepenuhnya pada petang Jumaat hari keenambelas.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 31 (1) A / Akta Kanak-kanak oleh pihak berkenaan dan segala keterangan semua pihak iaitu keluarga, pengasuh dan pakar bedah juga telah diambil. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Ibu Farhan mengambil cuti tiga bulan untuk menjaga anak secara intensif kerana pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti fisioterapi dan penjagaan mata. Pendarahan di mata berlaku yang menyebabkan mata masih tidak nampak adalah berkaitan dengan pendarahan di kepala di mana ada kesan pendarahan dua minggu sebelum lagi kejadian pada 2 Mac 2018.

Semoga Farhan dan semua anak-anak yang lain terus sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang.

#DoaUntukFarhan

Sumber: Denai Hati

11 Tahun Siti Menunggu, Anda Tak Boleh Tunggu Seminggu Ke?

Seluruh Malaysia tahu betapa lamanya penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sri Siti Nurhaliza menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Menanti di sini bukannya bermaksud goyang kaki. Pelbagai usaha dilakukan, bermacam cara dibuat, keguguran, dan pelbagai cabaran yang beliau dan suami hadapi, yang akhirinya segala usaha dan doa dimakbulkan Allah SWT.

Semua menyambutnya dengan gembira. Apatah lagi kedua ibubapa kepada sang puteri ini. Pelbagai perkara diatur. Maklumlah, sebelas tahun menanti. Bukannya satu tempoh yang singkat, dan bukannya sedikit pengorbanan yang ditempuh.

Satu sahaja permintaan Siti, tunggu seminggu selepas dia melahirkan dan sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau akan berkongsi gambar dan nama sang puteri yang bakal diberi. Itu saja permintaan ringkas Siti, supaya beliau dan suami ada sedikit ruang privasi.

Tetapi ada yang menghormati sedikit privasi yang diminta Siti itu? Tidak. Kita orang Melayu, dan kalau boleh jadi yang pertama, yang pertamalah kita mahu jadi. Padahal, mereka yang datang melawat adalah ahli keluarga dan kenalan terdekat. Takkan itu pun tidak boleh faham.

Maka adalah yang kononnya mahu jadi yang pertama, berkongsi gambar sang puteri Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid di media sosial. Mesti yang berkongsi itu merasa bangga dan kembang bontot kerana jadi yang pertama dan orang lain semua berkejar-kejar berkongsi gambar-gambar tersebut untuk menjadi viral.

Tanpa sedar atau mungkin mereka sedar, perbuatan mereka itu telah merosakkan segala perancangan baik yang telah diatur oleh Siti dan ahli keluarga.

Mesti ada yang akan cakap, “Eh, Siti tak bising pun, kau saja yang lebih-lebih menulis?”

Anda ingat Siti akan tunjukkan rasa marah? Apa yang dia boleh lakukan? Selain daripada hanya tersenyum.

Mari mudahkan cerita. Kita balikkan keadaan kepada anda. Sebelas tahun anda menunggu untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelas tahun anda mencuba pelbagai cara. Sebelas tahun anda lalui pelbagai cabaran demi mendapatkan seorang darah daging sendiri. Dan Bila usaha dan doa anda dimakbulkan, pelbagai persediaan yang anda lakukan. Tiba-tiba ada orang lain merosakkan segala pe

Seluruh Malaysia tahu betapa lamanya penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sri Siti Nurhaliza menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Menanti di sini bukannya bermaksud goyang kaki. Pelbagai usaha dilakukan, bermacam cara dibuat, keguguran, dan pelbagai cabaran yang beliau dan suami hadapi, yang akhirinya segala usaha dan doa dimakbulkan Allah SWT.

Semua menyambutnya dengan gembira. Apatah lagi kedua ibubapa kepada sang puteri ini. Pelbagai perkara diatur. Maklumlah, sebelas tahun menanti. Bukannya satu tempoh yang singkat, dan bukannya sedikit pengorbanan yang ditempuh.

Satu sahaja permintaan Siti, tunggu seminggu selepas dia melahirkan dan sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau akan berkongsi gambar dan nama sang puteri yang bakal diberi. Itu saja permintaan ringkas Siti, supaya beliau dan suami ada sedikit ruang privasi.

Tetapi ada yang menghormati sedikit privasi yang diminta Siti itu? Tidak. Kita orang Melayu, dan kalau boleh jadi yang pertama, yang pertamalah kita mahu jadi. Padahal, mereka yang datang melawat adalah ahli keluarga dan kenalan terdekat. Takkan itu pun tidak boleh faham.

Maka adalah yang kononnya mahu jadi yang pertama, berkongsi gambar sang puteri Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid di media sosial. Mesti yang berkongsi itu merasa bangga dan kembang bontot kerana jadi yang pertama dan orang lain semua berkejar-kejar berkongsi gambar-gambar tersebut untuk menjadi viral.

Tanpa sedar atau mungkin mereka sedar, perbuatan mereka itu telah merosakkan segala perancangan baik yang telah diatur oleh Siti dan ahli keluarga.

Mesti ada yang akan cakap, “Eh, Siti tak bising pun, kau saja yang lebih-lebih menulis?”

Anda ingat Siti akan tunjukkan rasa marah? Apa yang dia boleh lakukan? Selain daripada hanya tersenyum.

Mari mudahkan cerita. Kita balikkan keadaan kepada anda. Sebelas tahun anda menunggu untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelas tahun anda mencuba pelbagai cara. Sebelas tahun anda lalui pelbagai cabaran demi mendapatkan seorang darah daging sendiri. Dan Bila usaha dan doa anda dimakbulkan, pelbagai persediaan yang anda lakukan. Tiba-tiba ada orang lain merosakkan segala perancangan anda. Apa yang anda rasa?

Mungkin Siti akan terus tersenyum tetapi tahukah anda tentang kelukaan hati seorang ibu? Apa yang ingin dilakukan seolah disabotaj oleh orang yang dikenali rapat. Sedangkan ada sahabat-sahabat dari golongan editor dan wartawan turut melawat tetapi etika yang dipegang itu, menghormati permintaan seorang sahabat tetap dijaga.

Tak payahlah nak jadi orang yang pertama sangatlah. Berilah peluang untuk Siti dan suami berkongsi kegembiraan bila masanya sudah tiba. Orang Melayu kita sudah cukup ramai yang “membawangkan” diri. Cukup-cukuplah. Tidak perlulah nak berkongsi gambar cahaya mata Siti sedangkan ibunya sendiri sudah meminta supaya menunggu seminggu. Tunggu seminggu saja. Siti menunggu sebelas tahun!

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

rancangan anda. Apa yang anda rasa?

Mungkin Siti akan terus tersenyum tetapi tahukah anda tentang kelukaan hati seorang ibu? Apa yang ingin dilakukan seolah disabotaj oleh orang yang dikenali rapat. Sedangkan ada sahabat-sahabat dari golongan editor dan wartawan turut melawat tetapi etika yang dipegang itu, menghormati permintaan seorang sahabat tetap dijaga.

Tak payahlah nak jadi orang yang pertama sangatlah. Berilah peluang untuk Siti dan suami berkongsi kegembiraan bila masanya sudah tiba. Orang Melayu kita sudah cukup ramai yang “membawangkan” diri. Cukup-cukuplah. Tidak perlulah nak berkongsi gambar cahaya mata Siti sedangkan ibunya sendiri sudah meminta supaya menunggu seminggu. Tunggu seminggu saja. Siti menunggu sebelas tahun!

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara