Cara Ini Boleh Jadikan Punggung Wanita Lebih Menawan

Bentuk tubuh yang menggiurkan dan pinggul yang mantap sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Boleh dikatakan, punggung wanita adalah salah satu daya penarik hebat di mata lelaki.

Meskipun majoriti golongan wanita berasa malu untuk berbicara soal ini tetapi jauh di dalam sudut hati mereka, perasaan teringin dan cemburu melihat punggung wanita lain yang lebih cantik sebenarnya menjadi idaman mereka juga.

Secara ringkasnya, merujuk pada fakta kesihatan menyatakan punggung mempunyai tiga otot utama iaitu gluteus maximus, medius gluteus dan gluteus minimus.

Fungsi otot adalah untuk membantu menggerakkan kaki ke semua arah dan menguatkan pinggang, paha dan punggung. Senaman yang menggerakkan otot ini sangat bagus untuk mendapatkan punggung mantap.

Di sini, Rojak Daily Skop! kongsikan lima cara mudah untuk wanita mendapatkan punggung idaman:

1. Squat

Senaman ini bagus untuk mendapatkan punggung yang bulat dan menguatkan otot paha serta pinggul. Ia juga mampu memperkuatkan otot di bahagian perut. Berdiri dengan kaki terpisah, lalu secara perlahan turunkan pinggul anda. Tapi, pastikan lutut tidak ikut bergerak melebihi jarak kaki anda.

2. Plank

Senaman Plank akan membina otot perut dan punggung. Cara paling berkesan untuk menaikkan punggung ialah dengan menyilangkan kaki. Lakukan setiap set selama satu minit dan tukar silangan kaki.

3. Lunges

Antara senaman yang mudah dilakukan untuk mendapatkan punggung menawan adalah dengan melakukan lunges.

Antara senaman yang mudah dilakukan untuk mendapatkan punggung menawan adalah dengan melakukan lunges.

Ini antara senaman paling popular untuk mencantikkan punggung. Namun, jangan terlalu yakin dengan hanya melakukan satu jenis senaman sahaja. Jauhkan kaki sejajar antara satu sama lain.

Ambil langkah besar dengan kaki kanan di depan dan kaki kiri di belakang, kemudian perlahan-lahan turunkan tubuh anda sambil menekuk lutut. Jaga lutut selaras ke depan dan kembali ke posisi asal dan lakukan pergerakan tadi untuk kaki kiri pula.

4. Wall Sit

Ini antara senaman paling mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Hanya bersandar pada dinding dalam keadaan separuh mencangkung. Senaman ini bagus untuk punggung dan menguatkan paha. Tahan selama mungkin yang anda mampu.

5. Mengangkat punggung

Senaman ini paling menyeronokkan kerana anda hanya perlu baring, bengkokkan lutut dan angkat punggung. Ketika mengangkat punggung tahan selama 30 saat untuk kesan lebih cepat. Kesannya, punggung anda akan jadi bulat seperti Kim Kardashian!

Selain melakukan rutin senaman secara konsisten, anda juga perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat pada setiap hari.

Kekyu yang juga aktivis gaya hidup sihat turut berkongsi ‘tips’ bagaimana untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan pada masa sama, mampu meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan menerusi laman sesawangnya, yayansmum.com.

  1. Jangan mengambil hidangan yang terlalu berat ketika sarapan. Anda boleh cuba mengambil sarapan dengan segelas susu rendah lemak dan semangkuk bijirin. Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untu membakar kalori setiap hari.
  2. Bahagikan waktu makan kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam manakala dua lagi untuk snek ringan.
  3. Mulakan program 10,000 langkah sehari, lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki. Jika inginkan yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga.
  4. Elakkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, elakkan makanan ini sama sekali.
  5. Hati-hati pada waktu petang lebih-lebih lagi sekitar jam 4.30 petang kerana pada waktu ini adalah paling bahaya untuk mengambil hidangan snek. Kadar tenaga berada pada tahap paling rendah dan jika anda mengambil snek bergula, pastikan anda melakukan senaman naik turun tangga selama lima minit.
  6. Elakkan memakai seluar atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian punggung! Seluar atau pakaian ketat di bahagian punggung bukan membuatkan punggung nampak menonjol tetapi bentuk punggung akan menjadi tidak rata.
  7. Berat badan berlebihan boleh mempengaruhi bentuk punggung kerana lemak akan menutupi otot dan membuat punggung menjadi melorot. Oleh itu atur pola pemakanan yang sihat dengan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh menyingkirkan lemak berlebihan.
  8. Elak duduk terlalu lama hingga beberapa jam dalam satu masa. Tabiat duduk terlalu lama dalam jangka masa yang panjang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh khususnya bahagian punggung.

30 Menu Selama 30 Hari Untuk Tampil Menawan Menjelang Aidilfitri.

Terkini, seorang jurulatih kecergasan, Coach Yatie Nadzli telah berkongsi 30 menu makan tengahariuntuk anda tampil kurus sebelum hari raya. Terdiri daripada menu nasi dari pelbagai lauk yang menyihatkan, sedap serta mudah disediakan, jika anda mengikuti saranan Coach Yantie ini, pasti penampilan anda menjelang hari raya nanti begitu memukau. Selamat mencuba!

 

Hari pertama.

Hari ke-2.

Hari ke-3.

Hari ke-4.

Hari ke-5.

Hari ke-6.

Hari ke-7.

Hari ke-8.

Hari ke-9.

Hari ke-10.

Hari ke-11.

Hari ke-12.

Hari ke-13.

Hari ke-14.

Hari ke-15.

Hari ke-16.

Hari ke-17.

Hari ke-18.

Hari ke- 19.

Hari ke-20.

Hari ke-21.

Hari ke-22.

Hari ke-23.

Hari ke-24.

Hari ke-25.

Hari ke-26.

Hari ke-27.

Hari ke-28.

Hari ke-29.

Hari ke-30.

Jadi, dah tahu apa nak makan untuk menu makan tengahari anda? Mudah dan sihat! Jangan sesekali berlapar dan amalkan diet yang tidak seimbang. Sama-sama kita berharap agar lebaran ini, anda mencapai berat badan ideal.

Filem Badang Tidaklah Seteruk Disangka. Ini Tiga Elemen Patut Dipuji!

Jika ditanya apakah filem paling popular di Malaysia ketika ini pasti filem adiwira Badang berada di kedudukan teratas!

Tarikh tayangan yang sama dengan filem Hollywood, Black Panther pastinya menjadi laluan sukar untuk mana-mana filem untuk bersaing rapat. Kecuali Badang mungkin.

Sebenarnya terlalu banyak perkara menjadikan filem adiwira tempatan ini popular walaupun majoriti yang bercerita mengenainya belum lagi menyaksikan filem berkenaan di panggung wayang.

Antara publisiti bagi filem ini pastinya datang daripada pelakon utamanya yang juga Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ada saja video yang dimuat naik untuk mempromosikan Badang. Baik positif atau negatif, mungkin Aliff percaya cara itulah yang terbaik untuk menyakinkan penonton ke pawagam.

Paling mengejutkan apabila ‘abang terlajak laris’ ini sendiri mendakwa filem Badang adalah lebih bagus daripada Black Panther! Setuju?

Bagaimanapun, belum seminggu filem itu ditayangkan, ia telah pun menerima kritikan hebat daripada penonton.

Suasana tambah sensasi apabila pelakon yang lebih senior dan berpengalaman juga mengkritik lakonan Aliff dalam Badang.

Persoalannya, teruk sangatkah filem ini sehingga tiada langsung elemen atau adegan dalam filem ini yang boleh dibanggakan?

Rojak Daily Skop! berkesempatan menonton filem berkenaan pada saat-saat akhir tayangannya hari ini dan kami senaraikan tiga perkara yang wajar dipuji.

1. KUALITI CGI BERADA DALAM ‘KELASNYA’ TERSENDIRI

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

PIC: TWITTER

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

Sebelum menyentuh aspek kesan khas imej janaan komputer (CGI) secara terperinci, perlu diingatkan yang kesan CGI pada filem Badang diseliakan oleh KRU Studios.

Antara hasil filem sentuhan KRU Studios sebelum ini adalah Vikingdom, Magika, Cicakman dan Duyung. 

Secara jujurnya, penulis tidak memberi harapan tinggi mengenai kualiti CGI yang ditonjolkan kerana melihat posternya saja agak kurang membangkitkan rasa teruja.

Adegan CGI yang pertama dihidangkan adalah ketika ibu Badang dirempuh sekumpulan gangster di kawasan perumahan mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kesan khas pada adegan ini boleh disifatkan sebagai ‘Ok’ dan boleh dihadam oleh penglihatan normal manusia walaupun sudah memasuki 2018.

Namun, apa yang tidak masuk akal adalah keadaan ibunya yang masih stabil biarpun dihentam pada kelajuan tinggi kenderaan tersebut.

Selain itu, kesan khas ketika kemunculan ‘bunian’ lakonan Nadia Brian juga boleh diterima akal bagi ‘level’ filem tempatan.

Kesan khas pada imej bayi yang diletakkan pada tapak tangan ibu Badang juga agak menyakinkan. Tidak terlalu ‘fake’ dan nampak realistik.

Oh ya, tidak dilupakan bagaimana filem ini menjadikan Aliff sebagai seorang halimunan dan penggunaan efek gerak pelahan atau ‘slow motion’ ketika Badang membelasah ‘gangster’ ketika di hujung babak filem ini.

Malah, transisi Badang yang mampu ‘teleport’ atau ghaib dari satu kawasan ke kawasan lain juga tampak kemas!

Cuma, adegan watak Badang membawa Fasha ke luar negara amat menyedihkan dan sukar dihadam oleh penulis. Mungkin, jika adegan ‘melancong’ tiada dalam filem ini adalah keputusan yang lebih bagus.

Secara keseluruhannya, kesan CGI tidaklah terlalu ‘cap ayam’ sehingga boleh diperlekehkan dengan begitu teruk sekali.

Penulis sendiri sebagai penonton pernah melihat filem tempatan lain yang menggunakan CGI yang lebih teruk.

2. LAKONAN MANTAP PELAKON ‘UTAMA’!

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

PIC: UITM

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

Syabas diucapkan kepada kesemua tunjang utama filem ini kerana melakonkan watak mereka dengan baik.

Pujian ini diberikan kepada aktor berpengalaman, Fauzi Nawawi yang membawa watak ketua kongsi gelap merangkap abang kepada Fasha Sanda.

Dengan muka bengis semula jadi, Fauzi menjiwai karakter yang dibawa dengan bersahaja dan tidak mustahil untuk mengatakan filem ini diselamatkan pelakon itu.

Malah, lakonan Fasha juga memuaskan dan adegan paling terkesan adalah ketika rambutnya dipotong sehingga pendek oleh Fauzi.

Penulis hanya memberi skala memuaskan kepada Fasha kerana dia telah pun membawa watak sedemikian beberapa tahun lalu di awal kemunculannya.

Malah, watak heroin kepada adiwira ini mengingatkan kami kepada wataknya dalam filem, Cicakman.

Jika ditanya mengenai lakonan Aliff Syukri, baca artikel ini hingga habis.

3. USAHA BADANG MENJADI SEBAIK BLACK PANTHER

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

PIC: DIGITAL TREND

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

Masuk saja elemen ketiga yang boleh dipuji untuk filem ini, penulis sudah buntu untuk mencari kelebihan atau aspek filem berkenaan yang boleh dibanggakan.

Jika mahu memuji elemen nasihat dan pengajaran, ia terlalu sedikit dan langsung tidak ‘deep’ untuk diketengahkan.

Namun, kita tidak boleh memperlekehkan usaha pihak produksi filem ini untuk menghasilkan sebuah lagi filem adiwira buatan Malaysia yang setanding dengan produksi antarabangsa.

Malah, usaha Aliff untuk meyakinkan netizen yang Badang adalah sebagus Black Panther juga wajar dipuji.

Anda boleh lihat di pembukaan kredit filem ini yang mengunakan elemen komik ala Marvel. Walaupun agak kelakar tetapi pujian harus diberi pada produksi FiTA Studios Sdn Bhd.

Mungkin juga Malaysia belum menemui filem adiwira tempatan yang mampu dibanggakan selepas kemunculan Cicakman beberapa tahun lalu.

TIDAK DIINSPRASIKAN KISAH KLASIK BADANG

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

PIC: YOUTUBE

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

Filem ini diarahkan oleh Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen yang berpengalaman dalam menghasilkan filem ‘blockbuster’ atau pecah panggung.

Siapa boleh lupa filem sekuel, Anak Mami, Mami Jarum, Jutawan Fakir, Lady Boss dan banyak lagi yang meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Genre komedi ini menjadi kekuatan pengarah ini. Namun, secara jujurnya sukar untuk penulis ketawa sepanjang menyaksikan filem ini.

Watak menjengkelkan dalam filem ini bukanlah Aliff tetapi lebih kepada rakan karibnya, Sarip yang dilakonkan Azhari Zain mampu memberi kesan kepada sel minda anda!

Wataknya juga begitu janggal kerana dikelilingi dengan persekitaran pelakon lebih muda sekitar 20-an.

Selain itu, penulis agak kecewa kerana ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah rakyat Badang yang berasal dari Sayong Pinang, Johor.

Kisah misteri Badang itu telah difilemkan pada tahun 1962 sehingga menjadikan kisah lelaki gagah berkenaan sangat dekat dengan pemikiran masyarakat.

Siapa boleh lupa adegan Badang memakan segala muntah makhluk yang mencuri hasil ikannya.

Jika elemen dan jalan cerita ini dikekalkan mungkin ramai yang akan membawa anak-anak mereka melihat filem yang diinsipirasikan kisah rakyat.

Generasi kini mungkin keliru dengan kisah Badang sebenar kerana Badang 2018 ini hanya diambil berdasarkan nama watak Alif iaitu Bad atau nama penuhnya, Badrul Hisham.

Nama panggilan Bad ditambah menjadi Badang dan tiada langsung kaitan dengan kisah klasik Melayu tersebut. Bahkan, adegan Badang yang muncul daripada buluh juga bukan daripada kisah klasik berkenaan.

Sudut positifnya pula, pihak produksi lain masih mempunyai peluang untuk menghasilkan filem Badangyang diadaptasi daripada kisah di Johor itu.

Penulis tidaklah terlalu membenci filem tempatan kerana secara jujurnya penulis pernah menonton filem lain sebelum ini termasuk Mat Moto Otai dan juga Pak Pong. Mendengar nama filem ini saja pastinya mengundang pandangan negatif anda bukan?

Namun, penulis masih mampu menonton filem sebegini sehingga tamat tetapi tidak untuk Badang. Pemilihan pelakon utamanya iaitu Alif mungkin dianggap tidak sesuai buat filem ini.

Jika ditanya mengenai ‘rating’ bagi filem ini, penulis berikan 1/10 untuk usaha mencipta filem adiwira.

Bagaimanapun, filem ini mungkin boleh dijadikan bahan kajian untuk pembikin filem kita lebih memahami pemasalahan filem tempatan yang perlu dirombak dan ditambah baik agar kualitinya lebih bagus pada masa akan datang.

Sumber: rojakdaily.com

Impian Jadi Kenyataan! Lamborghini Merah Milik Shuib Sepahtu?

Selebriti berusia 34 tahun yang berasal dari Johor itu telah memuat naik gambar menerusi akaun Instagramnya yang berpose dengan Lamborghini merah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, menulis:

“Berkat dari usaha untuk perniagaan madu ini, saya akhirnya mengambil gambar yangdengan kereta impian saya. Ini adalah peluang yang sangat berharga kerana hanya terdapat empat kereta sebegini di Malaysia. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua. “

Bergambar dengan kereta mewah dari Itali ini menarik lebih daripada 50,000 orang setakat ini, ramai netizen yang meninggalkan komen positif dan mendoakan kejayaan Shuib.

Tetapi sebenarnya ini hanya motivasi buat Shuib. Dia mendedahkan bahawa kereta impian mewah itu bukanlah dimiliki olehnya. Dia berkata:

“Ia milik orang lain, saya hanya teringin nak bergambar dengan kereta mewah ini”

Kalau ada rezeki, tak mustahil suatu masa nanti Shuib akan memilikinya. Amin

Sumber IG Shuib

“Tak Nak Kembali Bercinta Ke?”Neelofa Temani Hans Isaac Di Genting Highland

Pelakon dan pengarah popular Datuk Hans Isaac terlihat makan malam bersama dengan Neelofa di sebuah Restoran terkemuka di Genting Highland.

Difahamkan pasangan ini baru sahaja selesai menonton konsert bintang sensasi R&B, John Legend. Konsert yang dikenali sebagai ‘Jelajah Darkness and Light World’ itu diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Perkara ini telah disedari peminat selepas sebuah video yang dimuatnaik oleh teman rapat Hans Isaac, Elaine Daly di Instagram Stories. Video singkat itu menunjukkan Hans Isaac ada bersama di Restoran itu menikmati hidangan Burger Lobster di Sky Avenue, Resort World Genting.

Hangat.com difahamkan, secara kebetulan Neelofa juga turut memuatnaik video dia menikmati hidangan yang sama di Restoran terkemuka itu. Kedua-dua video secara tak langsung telah mengesahkan bahawa pasangan ini menonton bersama-sama konsert John Legend.
Walaupun pasangan ini telah membawa haluan sendiri semenjak berpisah pada tahun 2014 yang lalu, ada desas-desus mengatakan mereka telah kembali menjalinkan hubungan cinta. Betul ke dakwaan ini?