“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” – Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman

Layanan kelas pertama yang diberikan oleh pelakon Datin Eina Azman terhadap pembantu rumahnya membuatkan netizen sebak.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram milik Eina, pelakon drama bersiri Selamat Pengantin Madu ini memuat naik video pertemuan semula dengan pembantu rumahnya yang dipanggil Bik Poji.

Keadaan Bik Poji yang kurang sihat membuatkan Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menyediakan sebuah bilik hotel untuk dijadikan tempat penginapan Bik Poji.

Video tersebut memaparkan kesedihan Bik Poji yang terharu kerana dapat kembali bekerja semula dengan Eina dan keluarga.

Salam guys… For those yang always DM saya tanya about my Bik Poji, here we go. After two months tak jumpa Bik Poji, sebab Bik Poji sakit TB dan doktor sarankan dia duduk luar sebab saya ada anak kecil-kecil takut berjangkit.

“Nak hantar balik kampung Bik Poji tak nak sebab dia masih nak berkerja. So takkan saya nak buang dia tepi jalan seperti majikan lain buat?

“So me and hubs decide ambil hotel for two months untuk bagi dia rest cukup dan pulihkan diri dia. Sebab dia on medication for two months.

“Last two months Bik Poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi, kami semua risau. But Alhamdullilah semuanya dah okay dan saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi,” tulis Eina.

Eina turut menyertakan hashtag seperti #bibiksayatakpernahlaribilakerjadengansaya #sebabsayatakpukulmakihamunbibik #sayajagakebajikanbibiksayasemua #jangantauamikbyk2bibikuntukSHOWOFF #layanlahmerekamacamkeluargabukanbinatang

Rata-rata netizen turut sama-sama sebak melihat keikhlasan hati Eina melayan pembantu rumahnya seperti keluarga sendiri.

Pengikut laman Instagram Eina juga memuji ikatan mesra yang terjalin antara Eina dengan pembantunya.

Dalam perkembangan lain, Eina kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro Ria.

Selain Eina, drama bersiri arahan Michael Ang yang bakal bersiaran sempena kedatangan Ramadan ini menampilkan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid sebagai teraju utama.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Eina

Sumber: gempak.com

Fauziah Ahmad Daud Jemput Fattah Amin Masuk Kelas Lakonan

Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy menjemput Fattah Amin untuk memasuki kelas lakonan yang diadakan olehnya.

Menurut Ogy, dia mahu Fattah untuk mempelajari lebih banyak teknik berlakon supaya dapat memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.

“Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular.

“Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon.

“Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan.

“Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu itu akan menggandingkan Liza Hanim dan Safura selain Fauziah Ahmad Daud sebagai pengacara.

Sepetang Bersama Bonda Ratuku akan berlangsung pada 1 Mei depan bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur bermula pukul 2.30 petang.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM10,000 (Pakej Korporat), RM5,000 (Pakej Bonda) dan RM150 (Individu) serta RM80 (Kanak-Kanak).

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembelian tiket boleh menghubungi 019-2975260 (Samirah) atau 016-3787863 (Cik Emyllia).

Sumber: gempak.com

“Bazir Data Internet Aku Je” – Netizen Kecam Nazim Othman Cover Lagu Di Matamu

Pelakon Nazim Othman menerima kritikan netizen yang mengecam suara nyanyiannya.

Merakamkan lagu cover Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik video tersebut di laman YouTube, Nazim membuat penampilan dalam video nyanyian pelakon Fatin Afeefa.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kecaman negatif terhadap cara nyanyian Nazim.

Selain kecaman tidak membina, ada juga yang memberi kritikan yang berunsur positif terhadap Nazim.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di saluran YouTube Fatin pada 28 Mac itu mendapat hampir 370,000 tontonan serta menduduki tangga ke-37 dalam carta trending.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Nazim, Monalisa kini sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: gempak.com

Mila Kunis Malaysia! Netizen Puji Wajah Nad Zainal Makin Jelita

Seiring pertambahan usia, pelakon Nad Zainal semakin kelihatan jelita hingga ada peminat yang melabelkannya sebagai Mila Kunis Malaysia.

Menerusi perkongsian wajah terbaharu Nad di entri jurusolek popular baru-baru ini, foto Nad yang dioles solekan sederhana itu menarik perhatian netizen.

“Nanad (Nad) by me, nak make up dia dari zaman kerja retail lagi 7 tahun lepas, sekarang impian sudah tercapai,” tulis jurusolek @nvdism.

Jawab Nad dalam ruangan komen foto itu; “Nad tu kekwat (sombong) ke? Teruk betul 7 tahun, lepas tu post 60 gambar semalam. Tak move on.”

Peminat pelakon filem Kami Histeria itu juga memuji penampilan Nad yang bertaraf antarabangsa.

“Buka IG terus nampak gambar ini. Ingat minah saleh mana, rupanya Nad Zainal. Cantiknya,” tulis @dianajamaludin.

“Nampak macam tanner version Chloe Morello. Cantik!” puji @thekakeryperth.

“Wah! Lainnya muka dia,” tambah @chukieschuk.

Apapun, jom lihat wajah dahulu dan sekarang Nad Zainal. Mungkin sekitar 7 tahun lepas?



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nvdism, @nad.zainal

Sumber: gempak.com

“Meremang Dengar Lagu Ni Woi!” – Netizen Luah Rasa Seram

Pastinya ramai yang tertanya lagu apakah yang diangkat sebagai lagu tema untuk filem Dukun terbitan Astro Shaw.

Lagu yang turut disimpan selama 12 tahun itu mempunyai aura tersendiri dan menguatkan lagi jalan cerita filem tersebut.

Berjudul Merana Jiwa, lagu runut bunyi itu dinyanyikan sendiri oleh Datin Seri Umie Aida dan Elyana.

Menariknya, komposer lagu ini merupakan insan sama yang mecipta lagu popular untuk runut bunyi filem Ombak Rindu, Zaidi Abd Rahman.

Penyanyi Atilia turut berkolaborasi dengan Zaidi dalam menciptakan lirik untuk lagu Merana Jiwa.

Sudah dimuat naik di laman YouTube Astro Shaw semalam (5 April 2018), lagu ini sudah mendapat lebih 22,000 tontonan.

Di ruangan komen, peminat meluahkan rasa seram mereka selepas mendengar lagu ini.

Ada juga peminat yang memuji melodi lagu ini yang sesuai dengan jalan cerita filem Dukun.



Filem arahan Dain Said yang menampilkan Datin Seri Umie Aida sebagai tunjang utama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarae, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.

Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahannya, jangan lupa saksikan keseluruhan filem Dukun di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti!

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: gempak.com

Kodeks Kompleks Malique Dalam Lagu Pejamkan Mata

Seperti lagu-lagu Malique yang sebelum ini, pertama kali aku terdengar lagu Pejamkan Mata nyanyian bersama Dayang Nurfaizah di corong radio, aku terpesona dengan bait-bait liriknya. Lekas-lekas aku cari senikata lagu itu.

Malique adalah salah seorang penulis yang aku kagumi. Aku jatuh cinta dengan bidang penulisan dan sastera kerana pemuzik ini.

Kerana beliau, perbendaharaan kata aku pesat berkembang. Kerana beliau aku berjinak-jinak menulis. Kerana beliau kini aku seorang penulis.

Puitis lirik lagu Malique memang sudah terkenal seninya. Namun seni beliau lebih daripada itu. Aku berpendapat beliau adalah sasterawan lirik rap paling agung dalam sejarah muzik Malaysia.

Izinkan aku kupas lagu terbaru beliau — Pejamkan Mata, untuk membuktikan betapa hebatnya lirik nukilan Tuan Jeneral.

Lirik lagu ini sarat dengan elemen sastera, tapi aku akan fokus hanya kepada elemen rima(rhyme), kerana dalam lagu rap, rima adalah antara ramuan utama rap flow.

Malique gunakan teknik rima yang kompleks, dan setanding dengan kompleksnya lirik lagu-lagu Eminem:

1. Skima Rima
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Tak pernah dengar istilah-istilah rima ini?

Kau dengar dulu lagunya:

Lirik penuh, glosari dan penerangan rima ada di bawah.

Lirik Pejamkan Mata

Malique ft Dayang Nurfaizah

(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam,
Dengar, patuh dan terpaku tunduk,
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk,
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai,
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai,
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan,
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan,
Dah diragut total, cinta resiprokal,
Bila dipersoal kekal equivokal.

Katanya tanggal tali leher itu,
Cukuplah seharian digembala,
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala,
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur,
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator,
Dikabur takbur shabab yang bermusim,
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim,
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin,
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur,
Masyghul, runsing… jah.

[Korus: Dayang Nurfaizah]
Pejamkan mata,
Mata yang lesu itu,
Dan mimpikan yang indah,
Mimpikan aku,
Biarkan gelita,
Menghapus derita,
Pejamkanlah matamu.

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi,
Dari tenggara namaku diseru,
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru,
Katanya mata penamu tak mencoret solusi,
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi,
Manusia kan sentiasa menyakiti,
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi,
Masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal,
Semoga afdal bertemu di astral,
Selamat tiba kita ke republik cinta,
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan,
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista,
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan,
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli,
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan,
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi,
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan.

[Korus: Dayang Nurfaizah]

(Malique)
Hakikatnya nirvana di sana,
Di sini masih lagi samsara,
Cuba tak diperhambanya dunya,
Sukar tapi aku cuba,
Sukar tapi aku cuba ya.

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman,
Serimu yang dulu,
Kembali ke dakapan,
Ku perlindunganmu,
Walaupun gerhananya,
Seakan tak berakhir,
Selagi ku di sisi,
Tak usah khuatir.

[Korus]

Glosari

Kencana – emas.
Gawai – kerja, tugas; pegawai orang yang menjalankan tugas; pegawai.
Kedana – serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; miskin sekali; papa.
Sawai – bersawai tidak sedarkan diri (kerana kemasukan orang halus), menurun.
Lembayung – biru bercampur merah; biru kemerah-merahan.
Hering – burung pemakan bangkai.
Canggung – kekok, kaku, janggal.
Resiprokal – bersifat saling berbalasan / timbal balik.
Equivokal – samar-samar / tidak pasti.
Logaritma – istilah angka ganda bagi sesuatu angka dasar yang digunakan untuk mendapat angka tertentu.
Tafakur – perihal merenung memikirkan sesuatu.
Kantor – ibu pejabat.
Diktator – orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab – dalam arab bermaksud “anak muda.”
Kasur – alas tidur, tilam.
Masyghul – (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu.
Runsing – susah hati kerana tidak sampai maksud.
Solusi – penyelesaian masalah.
Revolusi- perubahan.
Lorazepam – ubat untuk anxiety disorder atau despresi.
Ambien – ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam.
Risperdal – ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik.
Afdal/af·dal/ – lebih baik; lebih utama.
Astral/as·tral/ – mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma – ajaran (kepercayaan) yang tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma – yang menjejaskan reputasi / aib.
Pituitari – Kelenjar endokrin utama.
Nirwana – 1 keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga.
Samsara – “mengembara” atau “dunia”, dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.

Rangkap 1

Rangkap pertama dimula dengan satu baris solitari— X.

Seterusnya, disusuli dengan 4 baris dengan skema rima “AABB”. Baris pertama dan kedua mempunyai rima akhiran tidak sempurna.

Manakala, baris ketiga dan keempat mempunyai rima akhiran sempurna.

Itu basik. Semua orang tahu. Mari pergi lebih dalam.

Di baris kedua, Malique menggunakan rima dalaman. Rima dalaman adalah pengunaan kata yang rima dengan kata lain selain di akhir baris. Di sini, “rujuk” dan “telunjuk” adalah rima dalaman.

Selain itu Malique juga menggunakan teknik asonans dalam baris kedua itu. Asonans adalah pengulangan huruf vokal (a,e,i,o,u) yang sama di dalam baris.

Dalam frasa “sujudnya rujuk telunjuk”, huruf U diulang 6 kali dalam 3 kata. Asonans ini menjadikan aliran rap sangat lancar.

Baris ketiga dan keempat sangat baik, ia mempunyai rima pelbagai sillabus.

Kedua-duanya mempunyai sintaks ayat yang sama.

Jumlah silibus kedua-dua baris yang sama, iaitu 15 sebutan.

Malah jika dibanding baris itu atas dan bawah, boleh lihat ia sepadan secara visual.

Tenagamu/ kencanaku/ kedanamu/ketawaku — pula adalah rima dalaman dengan gandaan sempurna. Rima akhiran baris-baris ini—gawai/ sawai, juga rima sempurna.

Pendek kata, serba sempurna.

4 baris berikutnya juga mengaplikasi semua elemen yang disebutkan.

Bahagian 2, rangkap 1

Bahagian kedua rangkap pertama, Malique menggunakan pula elemen rima yang dinamakan Aliterasi.

Aliterasi adalah penggunaan perkataan yang mempunyai huruf awalan yang sama.

Jika tidak silap ia juga dinamakan Rima Awalan.

Karektor/ kartun/ kantor/ karikatur/ diktator —a dalah contoh aliterasi dan pada masa yang sama ada unsur rima dalaman.

Satu lagi contoh aliterasi adalah — Al-Malik/ Al-Kudus/ As-Salam/ Al-Mukmin.

Jika dilihat, Al-Malik dan As-Salam rima sedikit lari, namun ia boleh diterima pakai dan kadangkala disebut Rima Mirip.

Skema rima untuk kuartet terakhir rangkap pertama adalah “AAAA”, namun akhiran dua baris terakhir — Al-Mukmin/ runsing, menggunakan Rima Mirip.

Rima mirip adalah sesuatu yang digunakan untuk memberi sedikit kebebasan kepada penulis, kerana sesetengah perkataan sukar untuk dipadankan dengan rima yang sempurna. Ia juga dikatakan memberi nilai insani pada sesebuah lagu/ puisi— agar tidak terlalu keras dan rigid.

Rangkap 2

Melompat ke kuartet ke ketiga dan keempat rangkap kedua. Kuartet-kuartet ini menggunakan skema rima ‘“ABAB”. Skema ini agak popular. Pantun 4 kerat lazimnya menggunakan skema rima ini.

Sekarang kau tahu kenapa lirik lagu-lagu Malique berhantu macam taruh candu.

Sebenarnya ada beberapa lagi perkara teknikal dalam penulisan lirik lagu ini, tapi nanti ada yang aku terlebih analisis. Itu belum aku sentuh bab pemilihan perkataan dan topik lagunya. Belum lagi tentang kemahiran Malique dalam mempersembahkan puisi tulisannya dalam butiran rap.

Aku berpendapat Mr. General (Malique) adalah penulis lirik rap paling agung dalam lapangan muzik Malaysia. Mungkin juga di seantero Nusantara. Salut!

Nota ikhtisar:
1. Skima Rima AABB, ABAB
2. Rima Akhiran Gandaan Sempurna
3. Rima Dalaman
4. Rima Mirip
5. Asonans
6. Aliterasi

Ikuti FB Dr Kamarul Ariffin untuk lebih banyak informasi.

Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Bibir Senget Kerana Alami ‘Bellpalsy’

Bellpalsy adalah salah satu kondisi dimana otot di muka anda menjadi lemah dan lumpuh. Selalunya, bellpalsy ini akan memberi kesan kepada sebelah kawasan wajah sahaja dimana sebelah wajah anda tidak akan berfungsi seperti biasa. Begitu juga dengan pengalaman yang dikongsikan oleh ibu ini mengenai anaknya yang dikatakan mengalami bellpalsy gara-gara selalu  korek telinga? Bahaya tu!

 

PERKONGSIAN PENGALAMAN ANAK SAKIT BELLPALSY

Assalamualaikum . Ramai yg pm Mai pasal anak saudara Mai yg sakit bellpalsy haritu. So Mai dah minta permission mama dia untuk share tentang penyakit Lala untuk share dengan uolls.

Seminggu sebelum Lala sakit dia demam dalam dua hari. Then kita bagi ubat demam je sebab memang selalu spare kat umah lgpun klinik jauh. Jarang bawa pergi gov klinik sbb mls nk tunggu. So kita bg je ubat bli kt klinik swasta tanpa cek demam dia tu sebab apa. (Sepatutnya kena cek ) Lepas dia makan ubat tu sihat. Main mcm biasa dengan Annur.

30.1.2018

Malam tu dia selalu gosok-gosok mata dia. Mata dia berair mcm gatal. Saya yang jaga dia masa tu. Saya basuh muka dia dengan air bersih takut kena habuk or apa2. Tp still gosok mata. Tak lama lepastu dia main dgn Annur die gelak kitorang tengok mulut die senget. Dan dia selalu pegang bibir dia. Kitorang ingat dia saje buat mulut senget. Siap buat lawak lagi ikut die buat mulut senget. (Tak lawak ok) dia memang sakit. Sorry Lala.

31.1.2018

Pagi die bangun tidur nangis2 mcm x selesa. Selalunya dia bangun tidur diam je.. baring kdang2 nyanyi lagu.. mak sy dukung Lala tanya dia nak apa..semua die xnk n die nangis2 makin kuat. Masa tu nmpk mulut die bertambah senget dr mlm td.. bila nangis mata dia x tertutup dua2 belah mata.Abah dh bising suh siap2 pegi klinik sekarang. Masa diorang g klinik sy takde. Diorg pergi klinik kat segamat (klinik utama) doc tu terkejut die ckp tak pernah handle kes mcm ni. So die buat surat refer kecemasan hp segamat. Then m.a cek dia ckp gusi bengkak. Die bg ubat antibiotic. Kne mkn smpai habis.

SARAF MUKA MATI, MUKA JADI SENGET SEBELAH

1.2.2018

Kitorang macam x puas hati m.a tu ckp gusi bengkak. Then mama Lala search klinik swasta yg ada pakar kanak2. Diorang pergi klinik mesra dkt jalan genuang. Doc Cina cek. Doc cek suhu badan, telinga n tekak. Dia ckp mmg sakit bell palsy dlm bhsa melayu sakit saraf ke 7. Doc ckp punca sakit Lala ni sbb korek telinga mungkin terkena urat telinga.. apa yg doc ckp tu mcm betul sbb sblm sakit tu mmg ada korek telinga dia. So maybe telinga dia bernanah n kuman dtg n mkn saraf muka sbb tu saraf muka mati n muka jd senget sebelah. Doc bg 3 jenis ubat. Seteroid n lg dua x ingat. Doc cina tu bg masa 4 hari utk follow up semula.

5.2.2018

4 hari lepas tu cek balik kt doc klinik mesra cek semula dia kata xde perubahan. Masa tu rasa sedih sgt. Doc suruh stop ubat n refer hkl . Tp kitorang tengok mcm dh kurang sikit mulut Lala senget lpas mkn ubat tu. Utk keselamatan ikut ckp doc pergi hkl mlm tu jugak.

6.2.2018

Pagi-pagi lagi pergi HKL. Bahagian kecemasan dan MA tu ckp sakit gusi. Dia bagi antibiotic. Nak surat refer bahagian paed. Tapi tak sempat masuk paed sebab dah tutup awal. So continue esok.

7.2.2018

Pergi hkl bhgian paed. Dtg awal klu nk balik awal. So diorang dtg kul 7 pg tu pun dpt no 4. Ada yang lagi awal dari diorg haha.. so cek dengan pakar kanak-kanak. Doc tu cakap mmg sakit bell palsy. N dia tanya kenapa stop ubat yg klinik swasta bg tu.. kitorg ckp doc swasta takut sakit lain klu continue ubat tu. Doc hkl ckp bell palsy mmg selalu jadi lepas budak2 demam. Masa tu virus senang merebak. Lala jenis antibodi lemah dan cepat sgt demam.. so doc bg antiniotic n steroid jenis tablet. (Fikir mcm mana nk bg pil kt lala) kene makan dlm msa dua minggu. 13.3.2018 follow up utk tgk perubahan.

Malam tu start makan ubat pil. Sebiji pil kecik mcm taik idung tp pahit sgt2. Campur dlm air gula , sup tetap terasa pahit die.. yg tua pun x boleh telan inikan pula budak kecik.. mlm tu mmg xdpt mkn ubat pil tu.. lala mkn antibiotic je. Huhu

8.2.2018

Mama cari ubat yg sama mcm klinik mesra bg kt klinik kawan dia. Alhamdulillah ada yg sama mcm tu. Lala boleh mkn dgn baik.. dia nangis xnak sbb pahit tp x sepahit pil tu..haha sian lala. Dgr die nangis merayu2 xnk mkn ubat kesian sgt. Hakak mmg lari jauh dh nt hakak hujan huhu.

22.2.2018

Ubat dah habis. Kitorang nmpk bnyk perubahan kt mulut lala. Mata pun dh berkelip sekata. Ckp pun x senget2 mulut. Alhamdulillah.

13.3.2018

Check up doc. Alhamdulillah Lala dah sihat sepenuhnya x perlu dtg hospital dah. Masa tu rasa bersyukur sgt.. dan semoga xkn dtg hospital dah smpai bila2..

Moral : Jangan terlalu obses nak korek telinga anak.. nanti tahi tu keluar sendiri..bersihkan yg terkeluar tu je..bahaya utk kanak-kanak..diorang xtau nak explain sakit mcm mana. So beware ok!

Moral : Kalau demam terus pegi cek jangan tangguh. Jgn suap ubat sesuka hati. Kita xtau sakit dlm badan dia.

Tq kawan2 yg doakan lala. Allah makbulkan doa kita. Kawan2 mai dr bff, yg kje nurse, pharmacist, tqsm sbb beri tunjuk ajar cmne nk bg ubat kt lala.. tq tau.

Sumber: Siraplimau

Perkara Anda Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Kaya

Semua orang berangan-angan untuk jadi jutawan atau, setidak-tidaknya, hidup senang-lenang sehingga tua dan dapat pula mewariskan kekayaan kepada anak-anak.
Tetapi berapa ramai yang dapat mengejar cita-cita itu? Bagaimana Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson boleh jadi jutawan?
Portal akhbar terkenal Sydney Morning Herald mendedahkan tujuh tabiat yang diamalkan oleh mereka yang pernah berusaha keras menjadi jutawan.

1. Ghairah untuk capai kejayaan

Tujuan yang jelas dan semangat berkorbar-kobar sangat penting. Ia membekalkan tenaga untuk menghadapi kesilapan, kegagalan dan penolakan orang lain.

2. Membaca untuk majukan diri

Jutawan suka membaca akhbar dan buku pelbagai topik, antaranya panduan berjaya, pembinaan peribadi atau sejarah mereka yang sudah berjaya.
Kajian menunjukkan, 80 peratus orang kaya menghabiskan 30 minit atau lebih setiap hari untuk memajukan lagi diri melalui pembacaan. Orang kaya membaca untuk mendapatkan pengetahuan.
3. Bersenam sihatkan fikiran
Sir Richard Branson, pengasas Virgin Group, bersenam setiap hari termasuk yoga, mendaki, berlari atau angkat berat untuk meningkatkan pencapaian fikiran dan menjadi lebih produktif.
Kajian menunjukkan, 76 peratus orang kaya bersenam 30 minit atau lebih setiap hari. Jantung yang sihat bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

4. Suka berjimat dan menabung

Tabiat yang selalu dilakukan oleh orang kaya ialah hanya gunakan 80% saja pendapatan dan lagi 20% akan disimpan.
Malah, 88 peratus orang kaya berkata menyimpan wang sangat-sangat penting untuk membina kejayaan mereka.

5. Ada pembimbing & berikan bimbingan

Berjaya tidak bermakna melakukannya seorang diri. Semua yang sudah berjaya termasuk Mark Zuckerberg, Bill Gates atau Richard Branson memerlukan bimbingan.
6. Bina hubungan baik
Hubungan baik dengan orang tersayang dan dekat dengan kita mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kira-kira 88 peratus jutawan percaya “hubungan baik sangat penting untuk kejayaan kewangan”. Tetapi di kalangan orang miskin, hanya 17 peratus percaya pada amalan tersebut.
7. Mencari ketenangan diri
Mereka selalu merenung diri sendiri, mencari kelemahan diri untuk diatasi atau memastikan diri tidak terbabas daripada landasan kejayaan.
Kajian menunjukkan ramai orang kaya menghabiskan antara 15 hingga 30 minit memuhasabah, sama ada mereka atas landasan betul dalam soal kesihatan, senaman, hubungan dengan orang lain dan urusan kerja.
Kredit: The Malay Mail Online

“Menangis Pun Merdu” | Video Tangisan Baby Girl Siti

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Entri yang dimuat naik awal pagi ini turut memaparkan pakaian pertama bayinya dan video tersebut menarik perhatian peminat.

“Pakaian pertama anakanda tersayang pada 19 Mac 2018. Alahai, kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke?” tulis Siti.

Entri tersebut turut disertakan dengan hashtag #BabyCTDK.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 3,500 komen dari netizen dan meraih hampir 1.2 juta tontonan.

Peminat Siti menyatakan rasa teruja mereka apabila mendengarkan suara anak Siti.

Ada juga antara pengikut laman Instagram Siti memuji suara tangisan ‘comel pipi merah’ yang kedengaran merdu.

Selain itu, menerusi entri terbaru di laman Instagram Siti, penyanyi lagu Nian di Hati itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas kelahiran puteri sulungnya.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” tulis Siti.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti

Sumber: gempak.com

Gaya Pakaian Sheila Rusly Dikritik

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak mengkritik gaya pemakaiannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sheila Rusly mengakui tidak mengetahui punca sebenar pihak terbabit berkata demikian kepadanya menerusi ruangan ‘Direct Message” (DM) di akaun media sosial.

“Netizen DM sis “Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!” cantik betul bahasa dia. Ha ha ha aku ketawa.

“Kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia itu tak kacau hidup LU pun!.

“Life is too short. Tak payah mencari salah orang je,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit dan mengakui pakaian yang digayakan oleh Sheila Rusly tidak mempunyai sebarang masalah.

“@fyhannah_: Cemburu la tu kak. Macam orang cakap ‘fashion have no limit” walaupun dah berusia apa salahnya kalau masih ada style. Janji tak bercanggah dengan agama Islam.”

“@laili33: Apa masalah degan pakaian yang dipakai oleh Sheila Rusly? Cantik dan sopan apa. Untuk yang kecam tu ‘please go get a life.”

“@noi_nadyaE: Dia dengki tu sis makin gojes. Busuknya hati dia kan. Tak sangka ada juga manusia macam tu.”

“@amiee_nur” Abaikan jer sis. Fesyen tak mengenal usia. Mungkin dia ada masalah jiwa tu kak Sheila Rusly.”