Intan Sarafina Tinggalkan Malaysia!

Perkembangan terbaru Intan, dia baru sahaja berpindah ke Jakarta kerana mengikut suaminya, Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli yang ditugaskan ke republik itu namun dia tidak mempunyai jangka masa tertentu untuk menetap di sana.

Menurut laporan dari Utusan Online, anak-anaknya kini meneruskan pengajian di Jakarta dan karier seninya masih diteruskan.

“Saya pindah sementara sahaja. Suami kena bertugas di Jakarta. Setakat ini, saya pun tak boleh hendak sahkan berapa lama kami bakal menetap di sini. Cuma anak-anak semua akan meneruskan pengajian di sini.

“Kerjaya seni masih diteruskan. Ulang alik sahaja. Lagipun Jakarta dan Kuala Lumpur taklah jauh mana. Sekarang setiap hari ada penerbangan. Kalau ada tawaran persembahan, saya akan balik,” 

Sudah kewajiban isteri untuk taat pada suami maka haruslah ikut suami hijrah ke luar negeri. Syurga isteri kan di tapak kaki suami!

BACA  Haida Tersingkir Di Gegar Vaganza Kerana Tidak Popular?

Inta akui sebelum ini ada lancarkan single tetapi mungkin kurang promosi jadi lagu itu kurang mendapat sambutan. Namun sebelum Aidilfitri ini dia merancang untuk keluarkan single terbaru dan akan rancang strategi yang lebih berkesan.

Sumber Utusan

Akta Kanak Kanak : Ibubapa perlu Ambil Tahu!

Lumrah setiap pasangan di dunia ini inginkan zuriat dan zuriat yang dilahirkan akan dijaga sepanjang masa. Sejak lahir tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah hujung nyawa, sudah pasti ibu bapa akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Dari alam rahim, bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa, sudah pasti ada kasih sayang yang bertaut di antara insan-insan ini.

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kita pun adakalanya masih ingat dengan zaman kanak-kanak kita yang penuh dengan kegirangan dan kegembiraan. Bak kata orang, masa zaman kecil tidak perlu fikir apa-apa berbanding sekarang yang sudah dewasa dan bekerjaya. Itulah putaran roda hidup yang sentiasa berpusing saban masa.

Kita juga tahu bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.

Kasih anak hingga ke syurga

Anak-anak perlu dilindungi

Saban hari kita dimomokkan dengan pelbagai kisah dari seluruh dunia tentang kanak-kanak yang menceritakan seribu satu kisah. Ada yang menantikan anak dalam kandungan, kelahiran anak yang sudah lama ditunggu, anak dengan pengasuh, anak masuk sekolah, anak masuk institut pengajian tinggi, anak berkahwin dan sudah tentu semuanya bermula dari zaman kanak-kanak.

Memang benar bayi yang lahir ibarat kain yang putih, dan ibubapa yang mencorakkan kain itu dengan warna-warna kehidupan. Anak-anak perlu dijaga dengan cukup kasih sayang. Bukan dibiarkan dan diabaikan tanpa belas kasihan. Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status lain.

Sudah menjadi peranan dan tanggungjawab keluarga dalam masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan, penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat.

Pelbagai kes pengabaian dan penderaan didakwa

Mengabaikan anak satu kesalahan besar.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Seharusnya dijaga dan dibelai dengan kasih sayang tidak berbelah bagi. Begitu juga apabila dikurniakan lebih daripada seorang anak. Kasih sayang tidak sepatutnya dibeza-bezakan antara adik beradiknya. Tanggungjawab yang berat bagi ibubapa atau pengasuh yang menjaga anak-anak kecil ini kerana kecuaian akan melibatkan pelbagai perkara serius contohnya kecederaan dan penderaan.

Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Di Malaysia telah cukup banyak kes-kes penderaan atau pengabaian bayi dan kanak-kanak. Ada yang tidak masuk akal dan ada yang memberikan impak dan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga mangsa.

Kanak-kanak juga tidak boleh disuruh mengemis

Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga.

Pembedahan ‘Burr Hole’ untuk mengeluarkan darah beku

Doa untuk Farhan

Kisah adik Muhammad Farhan yang berlaku sudah tentu ada sebab musababnya kerana itu ada Hikmah Allah menguji hambaNya. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan diiringi doa-doa semua tanpa henti, Farhan telah boleh bernafas tanpa menggunakan mesin bantuan oksigen pada pagi Jumaat hari kelapan dan discaj daripada Hospital sepenuhnya pada petang Jumaat hari keenambelas.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 31 (1) A / Akta Kanak-kanak oleh pihak berkenaan dan segala keterangan semua pihak iaitu keluarga, pengasuh dan pakar bedah juga telah diambil. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Ibu Farhan mengambil cuti tiga bulan untuk menjaga anak secara intensif kerana pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti fisioterapi dan penjagaan mata. Pendarahan di mata berlaku yang menyebabkan mata masih tidak nampak adalah berkaitan dengan pendarahan di kepala di mana ada kesan pendarahan dua minggu sebelum lagi kejadian pada 2 Mac 2018.

Semoga Farhan dan semua anak-anak yang lain terus sihat dan membesar dengan penuh kasih sayang.

#DoaUntukFarhan

Sumber: Denai Hati

11 Tahun Siti Menunggu, Anda Tak Boleh Tunggu Seminggu Ke?

Seluruh Malaysia tahu betapa lamanya penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sri Siti Nurhaliza menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Menanti di sini bukannya bermaksud goyang kaki. Pelbagai usaha dilakukan, bermacam cara dibuat, keguguran, dan pelbagai cabaran yang beliau dan suami hadapi, yang akhirinya segala usaha dan doa dimakbulkan Allah SWT.

Semua menyambutnya dengan gembira. Apatah lagi kedua ibubapa kepada sang puteri ini. Pelbagai perkara diatur. Maklumlah, sebelas tahun menanti. Bukannya satu tempoh yang singkat, dan bukannya sedikit pengorbanan yang ditempuh.

Satu sahaja permintaan Siti, tunggu seminggu selepas dia melahirkan dan sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau akan berkongsi gambar dan nama sang puteri yang bakal diberi. Itu saja permintaan ringkas Siti, supaya beliau dan suami ada sedikit ruang privasi.

Tetapi ada yang menghormati sedikit privasi yang diminta Siti itu? Tidak. Kita orang Melayu, dan kalau boleh jadi yang pertama, yang pertamalah kita mahu jadi. Padahal, mereka yang datang melawat adalah ahli keluarga dan kenalan terdekat. Takkan itu pun tidak boleh faham.

Maka adalah yang kononnya mahu jadi yang pertama, berkongsi gambar sang puteri Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid di media sosial. Mesti yang berkongsi itu merasa bangga dan kembang bontot kerana jadi yang pertama dan orang lain semua berkejar-kejar berkongsi gambar-gambar tersebut untuk menjadi viral.

Tanpa sedar atau mungkin mereka sedar, perbuatan mereka itu telah merosakkan segala perancangan baik yang telah diatur oleh Siti dan ahli keluarga.

Mesti ada yang akan cakap, “Eh, Siti tak bising pun, kau saja yang lebih-lebih menulis?”

Anda ingat Siti akan tunjukkan rasa marah? Apa yang dia boleh lakukan? Selain daripada hanya tersenyum.

Mari mudahkan cerita. Kita balikkan keadaan kepada anda. Sebelas tahun anda menunggu untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelas tahun anda mencuba pelbagai cara. Sebelas tahun anda lalui pelbagai cabaran demi mendapatkan seorang darah daging sendiri. Dan Bila usaha dan doa anda dimakbulkan, pelbagai persediaan yang anda lakukan. Tiba-tiba ada orang lain merosakkan segala pe

Seluruh Malaysia tahu betapa lamanya penyanyi kesayangan ramai, Datuk Sri Siti Nurhaliza menanti untuk mendapatkan cahaya mata. Menanti di sini bukannya bermaksud goyang kaki. Pelbagai usaha dilakukan, bermacam cara dibuat, keguguran, dan pelbagai cabaran yang beliau dan suami hadapi, yang akhirinya segala usaha dan doa dimakbulkan Allah SWT.

Semua menyambutnya dengan gembira. Apatah lagi kedua ibubapa kepada sang puteri ini. Pelbagai perkara diatur. Maklumlah, sebelas tahun menanti. Bukannya satu tempoh yang singkat, dan bukannya sedikit pengorbanan yang ditempuh.

Satu sahaja permintaan Siti, tunggu seminggu selepas dia melahirkan dan sempena sambutan Maulidul Rasul, beliau akan berkongsi gambar dan nama sang puteri yang bakal diberi. Itu saja permintaan ringkas Siti, supaya beliau dan suami ada sedikit ruang privasi.

Tetapi ada yang menghormati sedikit privasi yang diminta Siti itu? Tidak. Kita orang Melayu, dan kalau boleh jadi yang pertama, yang pertamalah kita mahu jadi. Padahal, mereka yang datang melawat adalah ahli keluarga dan kenalan terdekat. Takkan itu pun tidak boleh faham.

Maka adalah yang kononnya mahu jadi yang pertama, berkongsi gambar sang puteri Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid di media sosial. Mesti yang berkongsi itu merasa bangga dan kembang bontot kerana jadi yang pertama dan orang lain semua berkejar-kejar berkongsi gambar-gambar tersebut untuk menjadi viral.

Tanpa sedar atau mungkin mereka sedar, perbuatan mereka itu telah merosakkan segala perancangan baik yang telah diatur oleh Siti dan ahli keluarga.

Mesti ada yang akan cakap, “Eh, Siti tak bising pun, kau saja yang lebih-lebih menulis?”

Anda ingat Siti akan tunjukkan rasa marah? Apa yang dia boleh lakukan? Selain daripada hanya tersenyum.

Mari mudahkan cerita. Kita balikkan keadaan kepada anda. Sebelas tahun anda menunggu untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelas tahun anda mencuba pelbagai cara. Sebelas tahun anda lalui pelbagai cabaran demi mendapatkan seorang darah daging sendiri. Dan Bila usaha dan doa anda dimakbulkan, pelbagai persediaan yang anda lakukan. Tiba-tiba ada orang lain merosakkan segala perancangan anda. Apa yang anda rasa?

Mungkin Siti akan terus tersenyum tetapi tahukah anda tentang kelukaan hati seorang ibu? Apa yang ingin dilakukan seolah disabotaj oleh orang yang dikenali rapat. Sedangkan ada sahabat-sahabat dari golongan editor dan wartawan turut melawat tetapi etika yang dipegang itu, menghormati permintaan seorang sahabat tetap dijaga.

Tak payahlah nak jadi orang yang pertama sangatlah. Berilah peluang untuk Siti dan suami berkongsi kegembiraan bila masanya sudah tiba. Orang Melayu kita sudah cukup ramai yang “membawangkan” diri. Cukup-cukuplah. Tidak perlulah nak berkongsi gambar cahaya mata Siti sedangkan ibunya sendiri sudah meminta supaya menunggu seminggu. Tunggu seminggu saja. Siti menunggu sebelas tahun!

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

rancangan anda. Apa yang anda rasa?

Mungkin Siti akan terus tersenyum tetapi tahukah anda tentang kelukaan hati seorang ibu? Apa yang ingin dilakukan seolah disabotaj oleh orang yang dikenali rapat. Sedangkan ada sahabat-sahabat dari golongan editor dan wartawan turut melawat tetapi etika yang dipegang itu, menghormati permintaan seorang sahabat tetap dijaga.

Tak payahlah nak jadi orang yang pertama sangatlah. Berilah peluang untuk Siti dan suami berkongsi kegembiraan bila masanya sudah tiba. Orang Melayu kita sudah cukup ramai yang “membawangkan” diri. Cukup-cukuplah. Tidak perlulah nak berkongsi gambar cahaya mata Siti sedangkan ibunya sendiri sudah meminta supaya menunggu seminggu. Tunggu seminggu saja. Siti menunggu sebelas tahun!

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

BERJAYA TAFSIR LAGU PEJAMKAN MATA MALIQUE?

Dua hari yang lepas MV Official Pejamkan Mata Malique feat Dayang Norfaizah sudah pun keluar…setakat harini video dari Warner Music ni trending #4 di Youtube…barisan pelakon yang ada dalam muzik video ni memang aku respect semuanya…mungkin nampak macam simple dan susah nak paham apa yang ada dalam MV ni..tapi pedulik apa , yang penting isi lagu ni yang bagi aku masterpiece.

cari punya cari akhirnya terjumpa jugak dengan komen sorang insan bernama Hazizi Azizan yang berkongsi maksud sebenar lagu Pejamkan Mata ni…aku kongsikan bersama dalam entry ni sebab aku tahu ramai yang sebenarnya malas nak cari apatah lagi nak explore bahasa-bahasa sastera nie…tahu nak rap jer…kredit pada beliau yang rajin dan berjaya pecahkan kod bait-bait lirik lagu Pejamkan Mata.lagu ni memang tiptop dari segi lirik dia…kalau dengar pertama kali memang susah nak hadam apa yang cuba disampaikan oleh Malique..kali kedua dengar pun sama…begitu tinggi penggunaan bahasa dalam lagu ni…mungkin orang sastera jer yang boleh tafsir maksud disebalik lirik Pejamkan Mata.

 *************************************************************

Sebermula maka dipaksa diam Dengar, patuh dan terpaku tunduk

[Lahirnya seorang insan di dunia , di azankan dandi islamkan tanpa bantahan ]

Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk

[Bersaksi tiada Tuhan melainkan Dia]

Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai

[Berkisah kan alam pekerjaan yang Tenaga pekerja adalah sumber kewangan si Majikan , si kaya bertambah kaya dan si miskin tetap di tahap yg sama . ]

Berontak, dongak, lembayung ku ternampakan Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan Dah diragut total, cinta resiprokal Bila dipersoal kekal equivokal

[Maaf masih mencari makna rangkap ini , mungkin berkisarkan sang pekerja mula memberontak kerana tahu diri dipergunakan oleh bangsa/agama sendiri sehingga kehilangan hartaatau mungkin masa untuk beribadah . dan bila pekerja mengajukan soalan mungkin jawapan diterima tidak memuaskan hati/acuh tak acuh . ]

Katanya tanggal tali leher itu Cukuplah seharian digembala(1) Lupuskan logarithma yang menghantui kepala(2)

[mungkin Penulis di nasihati seseorang supaya Berhenti lah mengejarkan dunia (1) , buangkan sifat materialistik (logahrithma/angka/duit) dalam diri (2) .]

Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur Karektor kartun kantor dan karikatur diktator

[Penulis mula mendalami dan tersedar yang realiti alam pekerjaan hanya medan mengerah tenaga si pekerja tanpa belas kasihan]

Dikabur takbur shabab yang bermusim(1) Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim(2)

[penulis tidak berminat dgn Typical Muslim (1) yang hanya berpusu pusu memenuhi ruangan masjid apabila bulan Ramadhan (2)]

Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin

[Penulis gunakan Asmaul Usna untuk memberitahu Yang di dunia ini semua milik Allah(al-Malik), Bersyukur lah sentiasa dgn Zikir dan solat (al-Kudus) maka diri akan sentiasa disejahterakan Allah (As-salam) yang penting kejujuran dalam Ibadah (al-mukmin) ]

Ubat gementar senja (1) suara ngekor roh (2) ke kasur (3)

[keadaan Penulis apabila ingin tidur (1) dan kedengaran azan maghrib (2) sambil beralaskan katil (3) ]

Masyghur, runsing… jah

[keadaan penulis yg sedih apabila sedar apa yg dikejarkan di dunia tidak membawa apa apa kebahagian (Masyghur) , dan mula tertanya akan diri apa yg patut dikejarnya(runsing) ialah Amalan (jah – bermaksud God/Tuhan . bila kita kejar tuhan kita kejar dengan amalan )

aku terdengar suara itu lagi dari tenggara namaku diseru

[ penulis terdengar seruan solat/azan]

p/s : masih mencari maksud ‘Tenggara’

disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru

[is regarding 4 candles burning (dlm Alhamdulillah english pun ado malique ckp) which each candles relates to Hope, Peace, Faith and Love. kiranya dia terdengar hasutan suruh dia give up dgn kehidupan dia (boleh relate dgn next phrases) ]

katanya mata penamu tak mencoret solusi kata magismu takkan mampu cetus revolusi

[mungkin penulis dinasihati oleh seseorang supaya berhenti membuat karya tentang keagamaan kerana karya2 beliau tidak membuahkan hasil (cth: Teman Pengganti) dan mungkin itu juga penyebab ini ada lah album melayu terakhir penulis?)

manusia kan sentiasa menyakiti (1)yang tak membunuh (2) buatmu kebal sehari lagi (3)

[Penulis berkata Manusia tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah (1) yang tidak memberi kecederaan kepada fizikal tetapi batin (2) jadi bangkit lah dan lalui harian mu seperti biasa (3) .]

masa untuk koktel Lorazepam (1) , Ambien (1.1) ,Risperdal (2)

[Penulis sudah letih melihat dunia yg penuh dgn kefasikan(1 , 1.1) , tiba masa penulis ingin menenangkan jiwa nya (2)]

semoga afdal bertemu di astral

[Penulis berkata semoga yg terbaik (jujur dlm ibadah dan perilaku) bertemu disyurga]

selamat tiba kita ke republik cinta lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan

[Penulis ingin mengambarkan keadaan di syurga yg limitless dari segi luas dan waktu , dipenuhi hamba Allah yg dibersihkan dari dosa dosa semasa di dunia , tiada lagi agama atau kepercayaan didalam syurga )

arasy yang tiada penghuni mengugut buli tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakandi hati dan pituitari menarinya tanpa bumi menyanyinya(zikir/ibadah) tanpa bunyi, keghaibannya(pahala) kita raikan [Penulis menasihati apabila sembahyang mengaji sedekah takpayah nak riuh riuh . diam diam sudah . buat baik dalam diam Tuhan nampak . takperlu post dkt social media pun dapat pahala .even cerita nabi nabi pun golongan yg masuk neraka Dermawan(keranaingin dipuji) , Alim(kerana ingin dihormati) , Jihad(kerana ingin dingati) sbb suka menunjuk .]

hakikatnya nirvana di sana di sini masih lagi samsara

[penulis tersedar hakikatnya kehidupan abadi/kekal adalah di akhirat dan dalam misi mendalami agama .]

cuba tak diperhambanya dunya sukar tapi aku cubasukar tapi aku cuba ya

[penulis masih mencuba/bersusah payah supayatidak diperhambakan duniawi]

***************************************************************

amacam..

dah ada yang paham?

cantik dan indah bukan lirik Pejamkan Mata Malique feat Dayang Nurfaizah nie.

kalau tak masuk dan menang Juara lagu nanti aku tak tahuler nak kata apa.

Salute The General.

”Saya Tidak Terkesan Langsung Dengan Sindiran Daripada Neelofa” | Fazura

Baru-baru ini agak kecoh juga apabila netizen mendakwa Neelofa seakan memerli satu video yang dimuat naik oleh Fazura di Instagram Storiesnya.

Tindakan Neelofa itu mendapat kecaman kerana beliau melakukannya dengan wajah yang agak sinis. Mereka menganggap Neelofa kurang ajar kerana sengaja ingin mencetuskan pergaduhan.

Walaubagaimanapun, Fazura berkata beliau tidak terkesan dengan sindiran itu jika benar ia ditujukan buat dirinya seperti yang didakwa.

Saya tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah. Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa (peminat), perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya.

Kita tidak akan tahu apakah yang terbuku ataupun tersirat dalam hati seseorang disebalik perbuatan mereka. Namun, kami harap janganlah ada provokasi ataupun pergaduhan. Industri hiburan Malaysia ini bukanlah besar. Perkara lalu usah dikenang lagi.

Sumber Berita : Harian Metro

Kelebihan Bayi Yang Menyerupai Wajah Ayahnya

Percaya atau tidak, bayi yang menyerupai wajah ayah mereka mempunyai satu kelebihan yang unik – berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan melalui  Journal of Health Economics baru-baru ini.

KAJIAN: BAYI YANG SEIRAS WAJAH AYAH DIDAPATI LEBIH SIHAT

Sekumpulan pengkaji daripada Binghamton University dan Southern Illinois University telah memfokuskan kajian mereka terhadap 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah, telah bercerai, atau tidak pernah berkahwin – di mana bayi tersebut tinggal bersama ibu masing-masing.

Hasilnya mendapati bahawa bayi yang lebih menyerupai ayah mereka adalah lebih sihat apabila mereka mencapai usia 1 tahun. Tahap kesihatan ini diukur daripada pelbagai aspek, termasuklah penyakit yang dihidapi, berapa kali masuk hospital, dan sebagainya.

Walaupun ia kedengaran seperti tak masuk akal, namun alasannya mungkin tidak begitu mengejutkan anda.

Foto Kredit: fenecie.com

AYAH LEBIH CENDERUNG MELUANGKAN MASA DENGAN BAYI YANG MENYERUPAI WAJAH MEREKA

Dalam kajian tersebut, bayi yang seiras wajah ayah dikatakan lebih sihat kerana ayah lebih banyak meluangkan masa dengan mereka. Data menunjukkan bahawa ayah meluangkan kurang 2.5 hari sebulan jika anak tersebut tidak menyerupai mereka.

Perlu diingat bahawa kajian ini menyasarkan kepentingan peranan bapa dalam sesebuah keluarga yang bermasalah atau mengalami perpisahan. Ia membuktikan bahawa karakter seorang bapa adalah faktor yang penting dalam perkembangan fizikal serta pembentukan sahsiah bayi, terutamanya dalam keluarga yang mengalami penceraian atau ibu ayahnya tidak tinggal bersama. Wajah seiras ini juga mampu meyakinkan para ayah bahawa anak tersebut adalah anak mereka.

Realitinya, kita boleh nampak sendiri bahawa ada kes pasangan yang bermasalah atau telah berpisah, seorang bapa tidak mahu bertanggungjawab atas penjagaan anak kerana tidak yakin bahawa anak tersebut adalah anaknya. Ada yang menuduh yang bukan-bukan terhadap si ibu dan tak mahu menerima kenyataan bahawa anak itu adalah miliknya kerana tidak memiliki ciri fizikal yang serupa dengannya.

Foto Kredit: ponila.com

PENTINGNYA KESEIMBANGAN PERANAN IBU DAN AYAH DALAM KELUARGA

Beberapa penyelidikan awal turut menguatkan lagi kenyataan ini di mana pengkaji mendapati bahawa golongan ayah mudah tertarik dengan kanak-kanak yang memiliki wajah seiras dengan mereka, dan secara tidak langsung meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.

Apapun, dari sini kita dapat simpulkan bahawa pentingnya mewujudkan keseimbangan peranan antara ibu dan ayah terhadap anak-anak, sekalipun sesebuah pasangan telah berpisah ataupun tidak tinggal bersama.

Secara ringkasnya, apabila ibu dan ayah masing-masing berbagi tugas, ia tentunya akan mendatangkan impak yang positif terhadap perkembangan bayi seluruhnya – tak kiralah sama ada anak tersebut berwajah seiras dengan siapa!

Sumber: Siraplimau

Basmi Jerawat Di Muka Dengan Sekelip Mata,

Nak kulit cantik boleh guna halba dan asam jawa? Haa kalau sebut pasal dua bahan masakan ini, sebenarnya ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai bahan masakan harian malah bagus juga untuk mencantikkan kulit! Mungkin ramai yang tidak tahu dan hanya menggunakan dua bahan ini dalam masakan sahaja kan? Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat masker halba dan asam jawa ini untuk wajah yang berseri-seri.

BESTNYA MASKER HALBA!

food.ndtv.com

Bestnyeee! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba. Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok-ronok pulak naik tak dijemput. Lagi-lagi kalau besok ade event. Kacau daun betul. Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!

BAHAN-BAHAN

-1 genggam halba
-1 sudu teh asam jawa
-Air sesudu makan

1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.

2.Bila dah siap buh halba dalam mangkuk lepastu bolehla letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.

3.Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupon kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.

4.Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari China. Best sangat pegang. Nak pegang lelama je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muka sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha.

Video cara untuk buat masker halba:

KEBAIKAN ASAM JAWA UNTUK KULIT

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

*Banyakkan khasiat asam jawa? Bukan saja sedap dicampur dalam makanan. Tapi untuk kulit. Untuk kesihatan dalaman dan rambut pon sangatlah bagus. Boleh cuba!

Sumber: Zilla Janis

Wanita Ini Luah Rasa Geram, ”Biadapnya Budak Sekarang”

Adab sangat penting kerana orang yang beradab akan sentiasa mementingkan budi bahasa dan tatasuila sebagai orang yang mempunyai adab. Lebih-lebih lagi apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Seharusnya, dengan hormat, bukan cakap ikut sesedap rasa.

Tampil meluahkan rasa terkilan, seorang pengguna laman sosial berkongsi pengalamannya baru-baru ini apabila berhadapan dengan anak muda yang tidak mempunyai adab. Manakan tidak, sudahlah wanita ini tolong mencari pemilik ic yang tercicir, setelah jumpa, usahkan berterima kasih, dimarahnya lagi kerana dianggap menyusahkan beliau.
Untuk lebih jelas, mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana.

KEBIADAPAN BUDAK SEKARANG !

Last nite ada terjumpa ic kt parking lot. Ic ‘budak’. Born 1996. Bila check belakang ic, dah 3x report hilang… sudah. Berapa pulak nanti dia kene bayar. Dek kerana kesian, usaha la sedaya boleh cari hp no dia call dgn niat nak confirm alamat kat ic so that i can just post the ic.

Managed to call and talk to ic owner. Her first impression was ‘seyes arr saya hilang ic’? I was like duh?… after thanking me.. minta no account nak transfer duit utk post. I said no need, esok saya post.

Tetiba dpt msg, nak dtg amik kt rumah or nk jumpe memana. Sebab hari ni nak balik U and esok nak ‘pakai’ ic tu. I tanya jumpa mana and pukul berapa… pastu dia tnya balik pukul berapa and kat mana?

(Eh, budak2 sekarang tak reti baca msg ke? Memang jenis answer question with question ek?) Since dia tak leh nk decide wat time nak amik IC dia sendiri, I said jumpa kt SCM pukul 4. Diam lama tak berbalas.
Kol 3.20 dia reply awak kt scm sampai pukul berapa? Pukul 6 ke atas baru saya sampai… (masa ni aku da naik antu, aku nak post ko tak bagi.. nak urgent. Tapi nak ikut time ko).
Then i ckp.. camni la.. since da susah sangat… i post je esok… i tak leh tunggu lama. Pastu i da malas nak layan… banyak cikadak lak budak ni. Dah malas nak layan i block je..

I was busy settle kan my things. Masuk mesej adik owner IC. Yang sangat2 biadap! Cakap i susahkan dia??!! Wth!! Siap ugut nak report polis.

Keep thing short. I hantar je ke police station IC tu. Lantak ko la… ko cari la police station mana aku antar.

Nasihat untuk org2 umur i.. kalau jumpa ic budak2 muda ni… abaikan je la.. tak yah la nak baik hati nk tolong. End up ko yg sakit hati…. Utk budak2 muda ni. Belajar la adab! Jgn malukan mak bapak!

You and your adik surely memalukan keturunan kamu! Awak minta maaf tp pastu awak block saya balik… motip? Takut saya amik dp awak? Halooo muka IC i ada kot.

Siakapkeli.my

Peluklah Isteri Itu Walau Bau Bawang Sekalipun, Pesanan Buat Suami

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya, untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindung dan dekat dengan hatinya untuk dicintai. Mungkin kita biasa mendengar ayat ini bukan?

Di awal perkahwinan semua terasa indah. Namun, apabila ikatan sudah menjangkau tahun, tipulah kalau sesekali tidak terasa hambarnya. Ada yang sudah mula membandingkan kenapa isteri aku tidak seperti isteri orang lain?

Dahulunya cantik, kini tubuh isteri semakin berisi. Dahulunya pandai bergaya, kini sibuk mengendong anak-anak. Suami mulalah mencari setiap salah walau sekecil perkara, melihat isteri pun rasa ”semak”, dalam fikiran mahu mencari pengganti. Mudahnya.

Tapi, sedarkah anda wahai suami, seluruh hidup isteri itu telah dikorbankan untuk anda setelah lafaz diucap? Sesekali pandanglah wajahnya. Kenanglah pengorbanannya. Coretan oleh Marlia Ramli melalui laman facebooknya ini boleh dijadikan renungan buat semua lelaki yang bergelar suami di luar sana.

Semoga bermanfaat. Masih belum terlambat untuk anda menghargai isteri selagi dia masih di sisi.

SYURGA YANG DIBENCI.

1- semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.

2- semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.

3- semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!

4- semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.

5- semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.

6- semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!

7- semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.

Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.


Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!

Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.

Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.

Namun… Jom kita menilai sejenak…

Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.

Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.

Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.

Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…

Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.

Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?

Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?

Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?

Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.

Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.

Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?

Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?

Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!

Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.

Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?

Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.

Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.

Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?

Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.

Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?

Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?

Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.

Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.

Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.

Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.

Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!

Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.

Siakapkeli.my

Bangkai Pesawat Ditemui Kemungkinan Milik MH370? Pakar Dakwa Pesawat Ada Kesan Peluru

Sebuah pesawat yang didakwa MH370 dalam keadaan berlubang ditembusi peluru dilaporkan telah ditemukan menerusi imej yang diperoleh daripada aplikasi Google Earth.

Gambar tersebut memaparkan pesawat milik Mas yang dilaporkan hilang bersama 239 penumpang yang lain  berada di  bawah permukaan air di utara Mauritius.

Pakar penyiasat nahas pesawat dari Australia, Peter McMahon, 64, mendakwa beliau telah menghabiskan masa selama beberapa tahun mengkaji imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Google Maps sejak pesawat itu dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada 2014.

Jelasnya, beliau yakin bahawa pesawat tersebut berada pada jarak 16 kilometer di selatan pulau kecil, Round Island yang mana ia tidak termasuk dalam kawasan lingkungan carian sebelum ini.

Difahamkan, beliau juga telah mengemukakan laporan penemuan itu kepada Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia.

Pihak berkuasa terbabit bagaimanapun memberitahu mereka dimaklumkan oleh pegawai Amerika Syarikat agar kekal berada di kawasan lingkungan carian ditetapkan di Lautan Hindi.

“Adakah ini adalah bahagian kabin hadapan pesawat MH370 di perairan selatan Pulau Rodrigues? Seramai empat wakil dari Washington telah dihantar ke Canberra untuk mengawasi penemuan tersebut.

“Mereka mahu memastikan segala maklumat yang diterima tidak didedahkan kepada umum dan kerajaan. Tetapi kenapa?” ujar jurutera mekanikal itu yang dipetik dari laporan Daily Star Online.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak mahu pesawat dipenuhi kesan berlubang seperti ditembusi peluru itu akan membawa kepada siasatan baharu.

Berdasarkan laporan itu, selain bahagian utama pesawat tersebut, McMahon juga telah menemui bahagian hadapan kabin di perairan selatan Pulau Rodrigues yang juga terletak berhampiran Mauritius.

Awal tahun lalu, kerajaan Malaysia telah meluluskan syarikat AS, Ocean Infinity menghantar kapal carian untuk menjejaki MH370 di kawasan lingkungan lebih 9,000 meter persegi di perairan Australia.

Sehingga kini, lokasi tepat tidak pernah diketahui.

Pada 2015, beberapa bangkai pesawat didakwa telah ditemui pasukan sukarelawan ketika membersihkan pantai di St Andre, Reunion.

Dua tahun kemudian, imej satelit dikeluarkan Australia menunjukkan 12 objek terapung di kawasan dipercayai berhampiran lokasi nahas.

Sumber- The Sun