‘Colors’ Nyanyian Jason Derulo Terpilih Sebagai Lagu Tema Piala Dunia 2018

Anda dah sedia untuk Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun ini di Rusia? Untuk menambah keterujaan anda, lagu tema bagi Piala Dunia 2018 sudah dipilih iaitu Colors nyanyian Jason Derulo. Pertama kali dengar, boleh buat anda bergoyang bahu.

Menurut penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) ini, “kerja-kerja mencipta lagu dengan Coca-Cola cukup menyenangkan. Diberi penghormatan untuk mencipta dan menyanyikan lagu tema bagi acara sukan terbesar dunia ini cukup bermakna bagi saya.”

“Sepanjang bila saya mengembara, saya dapat melihat kecantikan setiap budaya yang ada di setiap negara. Dari situlah saya mendapat inspirasi untuk menulis ‘Colors’ dimana ia meraikan kepelbagaian dan semangat kesukanan dan kebanggaan segenap peminat sukan bola sepak di seluruh dunia”, jelas Jason Derulo di dalam kenyataan media.

Lagu ‘Colors’ ini telah dipilih oleh Coca-Cola sebagai lagu rasmi Piala Dunia 2018. Terdahulu, lagu tema Piala Dunia terdiri daripada ‘Dar um Jeito’ (We Will Find a Way)” menampilkan Carlos Santana, Wyclef Jean dan Avicii serta ‘Waka-Waka’ nyanyian Shakira pada tahun 2010.

30 Menu Selama 30 Hari Untuk Tampil Menawan Menjelang Aidilfitri.

Terkini, seorang jurulatih kecergasan, Coach Yatie Nadzli telah berkongsi 30 menu makan tengahariuntuk anda tampil kurus sebelum hari raya. Terdiri daripada menu nasi dari pelbagai lauk yang menyihatkan, sedap serta mudah disediakan, jika anda mengikuti saranan Coach Yantie ini, pasti penampilan anda menjelang hari raya nanti begitu memukau. Selamat mencuba!

 

Hari pertama.

Hari ke-2.

Hari ke-3.

Hari ke-4.

Hari ke-5.

Hari ke-6.

Hari ke-7.

Hari ke-8.

Hari ke-9.

Hari ke-10.

Hari ke-11.

Hari ke-12.

Hari ke-13.

Hari ke-14.

Hari ke-15.

Hari ke-16.

Hari ke-17.

Hari ke-18.

Hari ke- 19.

Hari ke-20.

Hari ke-21.

Hari ke-22.

Hari ke-23.

Hari ke-24.

Hari ke-25.

Hari ke-26.

Hari ke-27.

Hari ke-28.

Hari ke-29.

Hari ke-30.

Jadi, dah tahu apa nak makan untuk menu makan tengahari anda? Mudah dan sihat! Jangan sesekali berlapar dan amalkan diet yang tidak seimbang. Sama-sama kita berharap agar lebaran ini, anda mencapai berat badan ideal.

Siti Nurhaliza Selamat Bergelar Ibu

Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 8.17 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi penyanyi tersohor berkenaan menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di akaun Instagram rasminya, @ctdk.

Suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa berkata beliau bersyukur proses melahirkan berjalan dengan baik malah kedua-dua insan kesayangannya dalam keadaan sihat.

Katanya lagi, buat masa ini hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat bagi membolehkan Siti mendapat rehat secukupnya serta menumpukan momen awal bergelar ibu.

Pasangan terbabit turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa berterusan dari seluruh ahli keluarga, rakan, peminat serta wakil media dari awal kehamilan hingga melahirkan.

Dalam entri sama, mereka juga mendedahkan Isnin dipilih sebagai hari untuk melahirkan anak sulung mereka kerana ia bersamaan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain tepat pada 1 Rejab.

Bagaimanapun, mengenai gambar si kecil dan namanya, Khalid dan Siti meminta waktu sebelum berkongsi perkara itu kepada umum.

“Selagi Saya Masih Hidup Jangan Berani Keluarkan Jenama Baju Sendiri”

Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim menyelar golongan selebriti yang mengeluarkan jenama sendiri tanpa ilmu pengetahuan yang lengkap dalam bidang fesyen.

Kata Rizalman, dia kurang bersetuju dengan individu yang hanya ‘tangkap muat’ terjun ke bidang perniagaan pakaian dan fesyen demi mengaut untung semata-mata.

“Fesyen adalah satu industri yang serius dan dipandang tinggi, jadi bagi segelintir artis yang kurang tawaran berlakon atau jualan album tidak memberangsangkan, kemudian cuba untuk menjual baju.

“Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani.

“Jangan perkosa industri fesyen sebab fesyenlah yang boleh membina tamadun, mengubah ekonomi negara, mengubah watak seseorang individu dan memberikan pelbagai jaminan dalam aspek kehidupan manusia.

“Oleh kerana itulah, adanya program seperti Gen F yang akan memaparkan betapa sukar dan ada banyak kriteria untuk menjadi seorang pereka fesyen,” katanya kepada Astro Gempak.

Rizalman ditemui pada majlis pelancaran rancangan realiti pencarian bakat pelapis pereka fesyen, Gen F di Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi rancangan Gen F, Rizalman bertindak sebagai juri tetap bersama usahawan fesyen terkenal Vivy Yusof.

Sebanyak 10 jenama fesyen bakal bersaing untuk gelaran Juara Gen F yang akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan berpeluang mengeluarkan koleksi kapsul sendiri.

10 jenama tersebut ialah Kahou, Lolo, HN, Wan & Mary, Calaqisya, Jubahsouq, Ridzuan Alias, Larf, Seth & Luna dan Clothesology.

Gen F akan bersiaran selama lapan minggu setiap hari Ahad, 9 malam bermula 11 Mac 2018 di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber: IG @rizalman71

Filem Badang Tidaklah Seteruk Disangka. Ini Tiga Elemen Patut Dipuji!

Jika ditanya apakah filem paling popular di Malaysia ketika ini pasti filem adiwira Badang berada di kedudukan teratas!

Tarikh tayangan yang sama dengan filem Hollywood, Black Panther pastinya menjadi laluan sukar untuk mana-mana filem untuk bersaing rapat. Kecuali Badang mungkin.

Sebenarnya terlalu banyak perkara menjadikan filem adiwira tempatan ini popular walaupun majoriti yang bercerita mengenainya belum lagi menyaksikan filem berkenaan di panggung wayang.

Antara publisiti bagi filem ini pastinya datang daripada pelakon utamanya yang juga Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri.

Ada saja video yang dimuat naik untuk mempromosikan Badang. Baik positif atau negatif, mungkin Aliff percaya cara itulah yang terbaik untuk menyakinkan penonton ke pawagam.

Paling mengejutkan apabila ‘abang terlajak laris’ ini sendiri mendakwa filem Badang adalah lebih bagus daripada Black Panther! Setuju?

Bagaimanapun, belum seminggu filem itu ditayangkan, ia telah pun menerima kritikan hebat daripada penonton.

Suasana tambah sensasi apabila pelakon yang lebih senior dan berpengalaman juga mengkritik lakonan Aliff dalam Badang.

Persoalannya, teruk sangatkah filem ini sehingga tiada langsung elemen atau adegan dalam filem ini yang boleh dibanggakan?

Rojak Daily Skop! berkesempatan menonton filem berkenaan pada saat-saat akhir tayangannya hari ini dan kami senaraikan tiga perkara yang wajar dipuji.

1. KUALITI CGI BERADA DALAM ‘KELASNYA’ TERSENDIRI

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

PIC: TWITTER

Kesan CGI yang tidaklah terlalu teruk.

Sebelum menyentuh aspek kesan khas imej janaan komputer (CGI) secara terperinci, perlu diingatkan yang kesan CGI pada filem Badang diseliakan oleh KRU Studios.

Antara hasil filem sentuhan KRU Studios sebelum ini adalah Vikingdom, Magika, Cicakman dan Duyung. 

Secara jujurnya, penulis tidak memberi harapan tinggi mengenai kualiti CGI yang ditonjolkan kerana melihat posternya saja agak kurang membangkitkan rasa teruja.

Adegan CGI yang pertama dihidangkan adalah ketika ibu Badang dirempuh sekumpulan gangster di kawasan perumahan mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Kesan khas pada adegan ini boleh disifatkan sebagai ‘Ok’ dan boleh dihadam oleh penglihatan normal manusia walaupun sudah memasuki 2018.

Namun, apa yang tidak masuk akal adalah keadaan ibunya yang masih stabil biarpun dihentam pada kelajuan tinggi kenderaan tersebut.

Selain itu, kesan khas ketika kemunculan ‘bunian’ lakonan Nadia Brian juga boleh diterima akal bagi ‘level’ filem tempatan.

Kesan khas pada imej bayi yang diletakkan pada tapak tangan ibu Badang juga agak menyakinkan. Tidak terlalu ‘fake’ dan nampak realistik.

Oh ya, tidak dilupakan bagaimana filem ini menjadikan Aliff sebagai seorang halimunan dan penggunaan efek gerak pelahan atau ‘slow motion’ ketika Badang membelasah ‘gangster’ ketika di hujung babak filem ini.

Malah, transisi Badang yang mampu ‘teleport’ atau ghaib dari satu kawasan ke kawasan lain juga tampak kemas!

Cuma, adegan watak Badang membawa Fasha ke luar negara amat menyedihkan dan sukar dihadam oleh penulis. Mungkin, jika adegan ‘melancong’ tiada dalam filem ini adalah keputusan yang lebih bagus.

Secara keseluruhannya, kesan CGI tidaklah terlalu ‘cap ayam’ sehingga boleh diperlekehkan dengan begitu teruk sekali.

Penulis sendiri sebagai penonton pernah melihat filem tempatan lain yang menggunakan CGI yang lebih teruk.

2. LAKONAN MANTAP PELAKON ‘UTAMA’!

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

PIC: UITM

Lakonan Fauzi Nawi dan Fasha Sanda harus diberi pujian.

Syabas diucapkan kepada kesemua tunjang utama filem ini kerana melakonkan watak mereka dengan baik.

Pujian ini diberikan kepada aktor berpengalaman, Fauzi Nawawi yang membawa watak ketua kongsi gelap merangkap abang kepada Fasha Sanda.

Dengan muka bengis semula jadi, Fauzi menjiwai karakter yang dibawa dengan bersahaja dan tidak mustahil untuk mengatakan filem ini diselamatkan pelakon itu.

Malah, lakonan Fasha juga memuaskan dan adegan paling terkesan adalah ketika rambutnya dipotong sehingga pendek oleh Fauzi.

Penulis hanya memberi skala memuaskan kepada Fasha kerana dia telah pun membawa watak sedemikian beberapa tahun lalu di awal kemunculannya.

Malah, watak heroin kepada adiwira ini mengingatkan kami kepada wataknya dalam filem, Cicakman.

Jika ditanya mengenai lakonan Aliff Syukri, baca artikel ini hingga habis.

3. USAHA BADANG MENJADI SEBAIK BLACK PANTHER

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

PIC: DIGITAL TREND

Hijau lawan hitam, mana korang suka?

Masuk saja elemen ketiga yang boleh dipuji untuk filem ini, penulis sudah buntu untuk mencari kelebihan atau aspek filem berkenaan yang boleh dibanggakan.

Jika mahu memuji elemen nasihat dan pengajaran, ia terlalu sedikit dan langsung tidak ‘deep’ untuk diketengahkan.

Namun, kita tidak boleh memperlekehkan usaha pihak produksi filem ini untuk menghasilkan sebuah lagi filem adiwira buatan Malaysia yang setanding dengan produksi antarabangsa.

Malah, usaha Aliff untuk meyakinkan netizen yang Badang adalah sebagus Black Panther juga wajar dipuji.

Anda boleh lihat di pembukaan kredit filem ini yang mengunakan elemen komik ala Marvel. Walaupun agak kelakar tetapi pujian harus diberi pada produksi FiTA Studios Sdn Bhd.

Mungkin juga Malaysia belum menemui filem adiwira tempatan yang mampu dibanggakan selepas kemunculan Cicakman beberapa tahun lalu.

TIDAK DIINSPRASIKAN KISAH KLASIK BADANG

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

PIC: YOUTUBE

Filem klasik ini lebih menarik untuk ditonton.

Filem ini diarahkan oleh Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen yang berpengalaman dalam menghasilkan filem ‘blockbuster’ atau pecah panggung.

Siapa boleh lupa filem sekuel, Anak Mami, Mami Jarum, Jutawan Fakir, Lady Boss dan banyak lagi yang meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Genre komedi ini menjadi kekuatan pengarah ini. Namun, secara jujurnya sukar untuk penulis ketawa sepanjang menyaksikan filem ini.

Watak menjengkelkan dalam filem ini bukanlah Aliff tetapi lebih kepada rakan karibnya, Sarip yang dilakonkan Azhari Zain mampu memberi kesan kepada sel minda anda!

Wataknya juga begitu janggal kerana dikelilingi dengan persekitaran pelakon lebih muda sekitar 20-an.

Selain itu, penulis agak kecewa kerana ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah rakyat Badang yang berasal dari Sayong Pinang, Johor.

Kisah misteri Badang itu telah difilemkan pada tahun 1962 sehingga menjadikan kisah lelaki gagah berkenaan sangat dekat dengan pemikiran masyarakat.

Siapa boleh lupa adegan Badang memakan segala muntah makhluk yang mencuri hasil ikannya.

Jika elemen dan jalan cerita ini dikekalkan mungkin ramai yang akan membawa anak-anak mereka melihat filem yang diinsipirasikan kisah rakyat.

Generasi kini mungkin keliru dengan kisah Badang sebenar kerana Badang 2018 ini hanya diambil berdasarkan nama watak Alif iaitu Bad atau nama penuhnya, Badrul Hisham.

Nama panggilan Bad ditambah menjadi Badang dan tiada langsung kaitan dengan kisah klasik Melayu tersebut. Bahkan, adegan Badang yang muncul daripada buluh juga bukan daripada kisah klasik berkenaan.

Sudut positifnya pula, pihak produksi lain masih mempunyai peluang untuk menghasilkan filem Badangyang diadaptasi daripada kisah di Johor itu.

Penulis tidaklah terlalu membenci filem tempatan kerana secara jujurnya penulis pernah menonton filem lain sebelum ini termasuk Mat Moto Otai dan juga Pak Pong. Mendengar nama filem ini saja pastinya mengundang pandangan negatif anda bukan?

Namun, penulis masih mampu menonton filem sebegini sehingga tamat tetapi tidak untuk Badang. Pemilihan pelakon utamanya iaitu Alif mungkin dianggap tidak sesuai buat filem ini.

Jika ditanya mengenai ‘rating’ bagi filem ini, penulis berikan 1/10 untuk usaha mencipta filem adiwira.

Bagaimanapun, filem ini mungkin boleh dijadikan bahan kajian untuk pembikin filem kita lebih memahami pemasalahan filem tempatan yang perlu dirombak dan ditambah baik agar kualitinya lebih bagus pada masa akan datang.

Sumber: rojakdaily.com

Impian Jadi Kenyataan! Lamborghini Merah Milik Shuib Sepahtu?

Selebriti berusia 34 tahun yang berasal dari Johor itu telah memuat naik gambar menerusi akaun Instagramnya yang berpose dengan Lamborghini merah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, menulis:

“Berkat dari usaha untuk perniagaan madu ini, saya akhirnya mengambil gambar yangdengan kereta impian saya. Ini adalah peluang yang sangat berharga kerana hanya terdapat empat kereta sebegini di Malaysia. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua. “

Bergambar dengan kereta mewah dari Itali ini menarik lebih daripada 50,000 orang setakat ini, ramai netizen yang meninggalkan komen positif dan mendoakan kejayaan Shuib.

Tetapi sebenarnya ini hanya motivasi buat Shuib. Dia mendedahkan bahawa kereta impian mewah itu bukanlah dimiliki olehnya. Dia berkata:

“Ia milik orang lain, saya hanya teringin nak bergambar dengan kereta mewah ini”

Kalau ada rezeki, tak mustahil suatu masa nanti Shuib akan memilikinya. Amin

Sumber IG Shuib

”Saya Kumur Benda Nie Je, Sakit Gigi Terus Hilang Sampai Sekarang”

Sakit gigi berlaku pada semua peringkat umur. Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa kerap mengalami sakit gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang hilang fokus untuk melakukan tugas seharian.

Perkongsian oleh  Yanti Adneen melalui laman facebook boleh dijadikan panduan untuk anda. Gadis ini mengalami sakit gigi yang teruk, setelah berkumur menggunakan mouthwash ini, sakit giginya yang sekian lama telah hilang hingga sekarang. Paling penting harganya murah dan mudah untuk didapati di farmasi.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

KORANG SAKIT GIGI? CEPAT CARI BENDA NI! 

Ingat lagi tak episod yan sakit gigi bulan Januari yang lepas? Hampir 2 minggu sakit gigi. Bukan sakit biasa-biasa. Sakit ya amatttt! Sampai menitis tup tap tup tap air mata. Sadis gila. Sakit oiii! Gigi bongsu la katakan.

Jumpa doktor dapat la ubat tahan sakit & antibiotik. Yan rasa ubat tahan sakit tu kuat gila sebab kalau telan, sejam dua lepas tu hilang terus sakit. Eh eh sihat walafiat pulakss! Tapiiiiiii esok dan esok dan esok datang balik sakit tuuu.

Sempat telan 2 biji jer ubat tahan sakit. Sebab rasa kuat sgt ubat tu, tak berani laa nak amal walaupon doc cakap selamat jer. Hari2 seterusnya tahan sendiri laaa sakit tu.

Antibiotik mmg yan habiskan. Tapi still sakit tu berterusan. Siang sakit, malam hilang. Esok ulang sakit balik sampai hampir 2 minggu tak hilang lagi.

Yang pernah sakit gigi bongsu paham la kot sakit tu camna. Sampai ke otak dia pergi. Jemmm! Memang melepekkk kat rumah ajer la jawabnya. Tak de mood nak keluar.

Sembang dengan adik laki, adik pon tanya;

“Laaa, tak hilang lagi ka sakit gigi hang kak?”
“Belum. Sampai sekarang sakit. Bila laaa nak hilang pon x tau. Huhuhu…” yan mengadu.

“Man dulu pon sakit macam hg gak. Pi check, doktor cakap gigi bongsu berlubang. Kena cabut. Pastu aku pon cabut lariiii! Hahaha…” adik bercerita.

“Laaa… Hg lariiii???” yan terkejut sambil gelak.

“Haaa laaa. Pastu sakit x tahan, aku pi klinik lain pulak. Tapi aku cerita sesiap la kat doktor tu yg aku dah pi check gigi, doc sana cakap kena cabut terus aku angkat kaki. So, doc tu tau aku penakut. Dia pon suruh aku pi cari satu mouth wash ni kat farmasi. Aku beli & guna 2-3 hari jer, terus hilang sakit gigi tu sampai sekarang. Alhamdulillah…” adik story panjang lebar.

Yan yg tengah sakit gigi ni pon apa lagi, terus eksited tanya.

“Weh… Nama apa ubat tu? Beli kat mana?”

“Oradex. Botoi kecik ja warna biru. Aku beli kat farmasi kupang. Hang try pi tengok. Kot ada lagi…” adik balas.

Keesokannya, yan pon pi la cari ubat tu kat farmasi. Yessss! Ada! RM 7 lebih sebotoi kecik tu. Beli terusss. Ikhtiar kot2 menjadi.

Nak tau tak apa jadi lepas yan kumur guna mouthwash tu?? 

2-3 hari kemudian… Jeng jeng jeng!!!! Sakit gigi yan dah hilang!!! Hilang??? Yes, hilang sampai sekarang!!! Alhamdulillah, syukurrrr. Semuanya dengan izin Allah.

So, kalau korang sakit gigi, cuba la cari mouthwash ni. Kita usaha ja. Kalau serasi dan Allah izin, in shaa Allah menjadi. Siap ada logo halal lagi. Dapat laaa guna tanpa was-was. Silakan share. Semoga bermanfaat.

Siakapkeli.my

(Video) “Tak Perlu Nak Jerit-Jerit Ajar Anak Membaca,”

Bukan semua anak-anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini dikurniakan untuk pandai membaca. Pasti ada hikmahnya mengapa sesetengah kanak-kanak lambat untuk membaca.

Sebagai ibu bapa atau guru, sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk mahir dalam bacaan kerana membaca dan mengira adalah asas dalam menjalani rutin kehidupan seharian.

Seorang guru kelas pemulihan telah mengilhamkan satu teknik bagaimana untuk mengajar anak-anak untuk pandai membaca.

Guru yang bernama Norishah Jaafar ini telah mencipta satu rekaan seakan telefon yang diperbuat daripada paip pvc.

Menurut Norishah, kanak-kanak akan lebih cepat untuk mahir membaca sekiranya mereka dapat membaca dan mendengar dengan jelas.

Jom ikuti perkongsian guru kelas pemulihan ini. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian utk ibu bapa yg nk melatih anak2 mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6thn. Boleh pakai pvc pipe ni yg kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah jer. 

 
G kedai hardware mtk dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akn pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak2 akan lebih jelas didengar. 
 
X perlu lg nk menjerit pd mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ni.Apabila mereka dgr dgn jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan bacaan akn jd lebih mudah.

Kaedah ni sangat bagus utk anak yg sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. X percaya???. Cubalah dulu. Anak2 mmg akn suka main dgn “telefon” ni. Kami guru pemulihan ramai yg guna ni sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pic ni sy ambil dgn slh seorg murid sk felda lurah bilut di program khidmat bantu guru pemulihan linus nkra .


Boleh guna kreativiti masing2 utk cat/hias bagi cantik. Kami ni x sempat lg nk menghias sbb murid ramai. Hehehe.

Boleh gunakan pvc pipe+ elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dgn mulut mcm gagang telefon tu. Sy biasa buat pjg 10cm-12cm.

Kalau rs susah nk g beli meh pm sy.. Sy tlg belikan di kedai hardware tepi rumah sy jer. Tahan lama. Berbaloi-baloi.kos satu ni rm4 shj.

*sekiranya gusar / risau dgn risiko pvc kpd anak2 tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yg lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pd masa yg perlu shj bukan spjg masa dan setiap hari bg anak mengeja dan membaca guna telefon ni. Anak hanya bercakap dan mendengar blk menggunakannya pd masa yg singkat pd satu2 waktu. Bila ank dh mahir x perlu dh pakai ni





Siakapkeli.my

Akibat Terlalu ‘Asyik’ Menghadap Telefon Bimbit Selama Lebih 20 Jam Sehari

Seorang wanita di China terpaksa dikejarkan ke bilik kecemasan selepas diserang strok akibat menggunakan telefon bimbitnya selama 20 jam tanpa henti.

Wanita berusia 47 tahun itu dibawa ke Hospital Universiti Jinan selepas tidak berhenti menggunakan telefon bimbitnya ketika berada dalam sebuah kereta api menuju ke Guangzhou pada 13 mac lalu.

Menurut doktor, wanita ini mengalami pendarahan di bahagian otak hampir dua sentimeter dan punca insiden itu berlaku dipercayai berlaku kerana peakit berada dalam keadaan statik yang lama dan hanya bermain dengan telefon bimbitnya.

Pihak doktor mengeluarkan darah dua kali ganda berbanding pesakit biasa yang mengalami strok otak.

Dalam pada itu, selepas pembedahan wanita itu memberitahu dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan.

Bagaimana pun doktor mendedahkan semakin ramai jumlah pesakit yang mengalami situasi yang sama hari ini.

Sumber- The Straits Times